MILO SAYANG BUMI Dorong Rakyat Ke Arah Kelestarian Alam

Tahukah anda bumi semakin tenat setiap hari?

Pencemaran udara, pencemaran alam sekitar misalnya antara yang menyumbang pada ketenatan bumi.

Sebab itulah, MILO® mengorak langkah PERTAMA ke arah kelestarian alam sekitar menerusi pelancaran MILO® Sayang Bumi sebagai komitmen mereka dalam menerapkan amalan serta inovasi produk dan proses yang mesra alam demi kebaikan bumi.

copy MILO Sayang Bumi Launch Photo 4

Berbekalkan sokongan rakyat Malaysia, MILO® Sayang Bumi menyatupadukan inisiatif kelestarian alam yang bakal diterajui jenama tersebut bermula tahun ini, sekaligus menyumbang kepada aspirasi global Nestlé untuk mencapai impak sifar terhadap alam sekitar dalam operasinya menjelang 2030.

Menyedari pencemaran plastik dan perubahan iklim sebagai ancaman terhadap kelestarian alam sekitar, Nestlé kini mempergiatkan tindakan di peringkat global dan di Malaysia ke atas komitmennya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, serta memastikan semua bungkusannya dapat diguna semula atau dikitar semula menjelang 2025.

MILO Sayang Bumi Launch Photo 5

“Di Malaysia, kami memacu usaha kelestarian alam sekitar menerusi pelbagai inisiatif dan berazam untuk terus memimpin usaha industri ke arah masa hadapan yang lebih hijau. Kami berbangga kerana salah satu jenama terbesar kami, MILO® kini menjadi teraju utama perjuangan kelestarian alam sekitar. Semoga MILO® menjadi suara Nestlé yang paling lantang di Malaysia untuk menerajui, menginspirasi dan mempengaruhi tindakan bersama untuk melangkah lebih jauh demi kelestarian alam, digerakkan atas platform MILO® Sayang Bumi,”

-Juan Aranols, Ketua Eksekutif Pegawai, Nestlé (Malaysia) Berhad

copy MILO Sayang Bumi Launch Photo 1

MILO® membekalkan tenaga berkhasiat kepada jutaan rakyat Malaysia setiap hari. ini bermakna setiap hari, kami berupaya untuk menginspirasi jutaan rakyat Malaysia sebagai juara untuk bertindak demi kelestarian bumi. Bumi memerlukan juara untuk memperjuangkan matlamat yang lebih besar: Masa hadapan bumi yang lebih sihat dan lestari. Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, kami ingin memainkan peranan dalam menyatukan juara-juara kami terhadap komitmen kelestarian bumi menerusi MILO® Sayang Bumi.”

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad

MILO® Sayang Bumi menumpukan fokus ke atas TIGA matlamat impak iaitu:

  1. Mengurangkan sisa plastik di tapak pelupusan dan saluran air
  2. Mengurangkan pengeluaran plastik
  3. Menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui

Sehubungan itu, MILO® telah melancarkan ENAM inisiatif berikut:

  1. Projek CAREton: Kempen kitar semula karton minuman terpakai oleh MILO® UHT menerusi kerjasama dengan Tetra Pak sejak tahun 2012 yang mengubah pek minuman kepada jubin bumbung serta papan panel ‘hijau’ bagi komuniti yang memerlukan
  2. 100% Straw Kertas: Usaha pengenalan 100% straw kertas untuk keseluruhan rangkaian MILO® UHT pada tahun 2020 yang akan menjimatkan sehingga 200 juta straw plastik setiap tahun.
  3. Program-program Penebusan MILO®: Usaha berterusan MILO® untuk mengumpulkan kembali bungkusan MILO® terpakai daripada pengguna bagi mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan serta saluran air, termasuk MILO® Stik Pek X-Change yang dilancarkan baru-baru ini. Inisiatif ini bukan sahaja mengumpulkan kembali bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO® terpakai, malah mengguna semula (‘upcycling’) bungkusan-bungkusan ini untuk menghasilkan kraftangan MILO® yang unik menerusi kerjasama dengan komuniti setempat.
  4. Bungkusan Kertas untuk Rangkaian MILO® Mixes: Inisiatif Nestlé Malaysia yang pertama seumpamanya akan menggantikan bungkusan luaran produk MILO® Less Sugar dengan bungkusan kertas yang boleh dikitar semula.
  5. 100% Cawan Kertas: Peralihan kepada 100% cawan kertas, lengkap dengan usaha mendidik murid-murid sekolah tentang kepentingan pengasingan sisa.
  6. Van MILO® dengan Panel Solar: Transformasi van MILO® ikonik dengan panel solar yang menukarkan tenaga solar – sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui – kepada tenaga elektrik untuk menggantikan penjana yang bergantung pada bahan api.

Setiap inisiatif ini akan dilengkapkan dengan usaha mendidik dan menggalakkan pengguna untuk menerapkan amalan positif, baik kecil mahupun besar, demi kelestarian alam sekitar.

Menurut April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad,

“Kami memahami sebahagian perubahan ini akan membawa pengalaman baharu kepada para pengguna kami, dan mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ini. Namun, apa yang kita lakukan hari ini akan meninggalkan impak yang berkekalan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, sekaranglah masanya untuk kita sama-sama mengorak langkah demi memelihara alam sekitar. Sekecil manapun langkah pertama, jika kita bersatu menggembleng tenaga demi kebaikan bersama, pastinya kita dapat mencetuskan perubahan yang bermakna.”

Untuk sama-sama melestarikan usaha ke arah kebaikan bumi bersama MILO® Sayang Bumi, layari: https://www.milo.com.my/

Lembaran Fakta: MILO® Sayang Bumi

Continue reading “MILO SAYANG BUMI Dorong Rakyat Ke Arah Kelestarian Alam”

MILO Rai Ulang Tahun ke 70

Tahniah MILO kerana telah menambat hati rakyat Malaysia dengan memberikan sarapan pagi TERBAIK dan TERHEBAT selama 70 tahun !

Sebagai peneraju pembangunan sukan, MILO® sentiasa memimpin usaha memupuk dan mencungkil bakat juara sukan bertaraf dunia untuk Malaysia bermula di peringkat akar umbi menerusi pelbagai program sukannya, di samping membudayakan gaya hidup aktif untuk semua melalui gerakan MILO® Aktif Negaraku.

Mengimbas perjalanan 70 tahun ini, MILO® menghulurkan kebaikan khasiat dan nilai-nilai murni yang dipupuk melalui sukan yang telah memacu pembangunan rakyat dan negara selama 70 tahun. Sehubungan itu, pelbagai acara dan aktiviti menarik untuk memeriahkan sambutan menanti rakyat Malaysia.

Bagi merancakkan fasa sambutan seterusnya, dari sekarang hingga 4 Oktober, Konvoi Kebaikan MILO®, iaitu jelajah konvoi van MILO® vintaj – dari 1950-an hingga reka bentuk terkini – telah memulakan perjalanan di seluruh negara bagi meneruskan kebaikan dan berkongsi keceriaan dengan MILO® dari van MILO® yang menyegarkan dan bertenaga untuk semua secara percuma.

Jelajah konvoi ini kini sedang membuat persinggahan sementara di Pekan MILO®, iaitu jerayawara yang menemui pengguna di Sunway Pyramid yang dilancarkan hari ini. Dengan reka bentuk yang menyerupai sebuah pekan kecil Malaysia, Pekan MILO® menyatukan semua kebaikan MILO® masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Pengalaman seumur hidup untuk menggamit kenangan perjalanan 70 tahun MILO® di samping meneroka sekilas gambaran masa hadapan jenama itu menanti para pengunjung. Pekan MILO® di Sunway Pyramid dibuka sehingga 6 September.

“Seiring dengan Nestlé, MILO® telah membangun bersama Malaysia serta menyumbang kepada pertumbuhan negara sehingga menjadi sebati dengan cara hidup masyarakat. Kami berbangga dengan warisan ini yang bukan sahaja membuktikan kebaikan khasiat MILO®, malahan nilai-nilai murni yang dipupuk melalui sukan seperti kecekalan, kegigihan, keberanian dan semangat takkan gentar. Tahun ini sangat mencabar bagi kita semua, namun nilai-nilai ini telah mendorong kita untuk melangkah lebih jauh,” ulas Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Sementara itu, Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “MILO® telah menjalinkan ikatan yang cukup istimewa dengan Malaysia menerusi kebaikan yang dihulurkan. Baik susah mahupun senang, kami telah sentiasa berada di sisi rakyat dengan membekalkan kebaikan tenaga berkhasiat serta inspirasi untuk melangkah lebih jauh. Kami amat menghargai kepercayaan serta perasaan cinta terhadap jenama MILO® yang dicurahkan oleh rakyat selama ini. Dengan MILO® di sisi, kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghulurkan kebaikan bersama kami.”

MILO® juga mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk berkongsi cerita atau kenangan indah mereka bersama MILO® menerusi Cerita MILO® Saya di HITZ, ERA dan MY FM. Penyertaan yang paling kreatif berpeluang memenangi tin MILO® vintaj edisi terhad.

Layari http://www.milo.com.my untuk mengetahui rentetan kisah-kisah menarik yang telah membentuk sejarah serta kebaikan MILO® selama 70 tahun. Di samping itu, kongsi pengalaman MILO® 70 Tahun di Malaysia anda di media sosial dengan #MILO70Tahun.

Bengkel Bento MILO UHT Kongsi Cara Penyediaan Bekal Berkhasiat

Jadi mak-mak di luar sana dapat sediakan bekal makanan anak-anak yang berkhasiat dan menambah tenaga sepanjang hari di sekolah apatah lagi sesi persekolahan pun baru saja bermula. Puas hati bila tengok anak-anak kekal cergas sepanjang hari!

milo® pack in the energy for champions bento box worksop 05

Bengkel ‘Pack in the Energy for Champions: Bento Box Workshop’ yang memasuki tahun KETIGA penganjuran ini memberi tunjuk ajar  kepada ibu bapa tentang cara-cara menyediakan bekal makanan yang seimbang dan bertenaga untuk anak-anak mereka yang belajar di peringkat sekolah rendah.

milo® pack in the energy for champions bento box worksop 11

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada program aktivasi MILO® UHT yang berlangsung selama TIGA hari di 1Utama, Bandar Utama sempena tahun persekolahan baharu.

“Matlamat kami adalah untuk membantu ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat khasiat penting bukan sahaja dari segi perkembangan mental dan fizikal malahan keperluan tenaga mereka. Penyediaan bekal makanan yang seimbang di rumah akan membantu anak- anak membuat pilihan makanan yang lebih sihat semasa berada di luar, di samping memupuk tabiat pemakanan lebih sihat,” kata Angeline Lim, Pengurus Pemasaran Pengguna – MILO®, Unit Perniagaan Nestlé Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Pada bengkel tersebut, MILO® juga mengambil peluang untuk berkongsi satu fakta yang kurang diketahui oleh ibu bapa – iaitu kanak-kanak setiap hari memerlukan lebih banyak tenaga daripada yang disangkakan yang turut memberikan kesan terhadap pengambilan pemakanan mereka.

Sebagai contoh, ramai ibu bapa tidak sedar bahawa seorang kanak- kanak sekolah rendah menggunakan sehingga 1,500kcal tenaga dalam sehari – bersamaan dengan tenaga yang diperlukan untuk menghabiskan larian separuh maraton atau berenang 50 pusingan di kolam renang!

“Kehidupan harian kanak-kanak adalah lebih mencabar daripada yang disangkakan. Kajian menunjukkan badan manusia kehilangan kira-kira 80 peratus tenaga simpanan semasa tidur1. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa membantu anak-anak memulakan hari mereka dengan cara yang betul untuk kekal cergas di sekolah. Selaku peneraju pemakanan sihat, kami berkongsi dengan ibu bapa tentang kepentingan penyediaan bekal makanan yang seimbang di rumah bagi membantu menggantikan semula tenaga dan khasiat anak-anak mereka, supaya mereka mampu mengatasi cabaran hari persekolahan,” tambah beliau.

Bengkel ini menampilkan Georgen Thye, pakar pemakanan serta pengasas Georgen Cooking yang menjelaskan keperluan nutrien seseorang kanak-kanak yang sedang membesar.

Beliau juga berkongsi petua penyediaan bekal makanan di rumah berpandukan Pinggan Sihat Malaysia atau “Suku-Suku-Separuh” yang membahagikan suku hidangan pertama kepada protein, suku kedua karbohidrat dan separuh lagi sayur-sayuran serta buah-buahan. Beliau menegaskan mudarat mengabaikan sarapan yang dapat menyebabkan kanak-kanak mengalami kehausan tenaga.

“Sebagai hidangan pertama dalam sehari, kepentingan sarapan memang tidak dapat dipertikaikan. Satu pertiga kanak-kanak didapati mempunyai tahap aktiviti fizikal yang rendah apabila mereka tidak mengambil sarapan. Untuk membantu kanak-kanak mengekalkan tumpuan dalam kelas serta aktiviti kokurikulum, ibu bapa haruslah menyediakan sarapan yang sihat lagi seimbang. Bekal makanan yang disediakan di rumah, lebih-lebih lagi yang sarat dengan bahan-bahan berkhasiat seperti bijirin penuh, sayur-sayuran, buah-buahan, daging tidak berlemak, kekacang, kacang dan biji-bijian dapat membantu memenuhi jurang tenaga tersebut.”

Beliau disertai Lee Samantha, artis makanan yang terkenal dengan hasil ciptaannya yang luar biasa, berwarna-warni dan unik dalam sesi demonstrasi bersama beberapa resipi bekal makanan yang mudah dan cepat untuk dibawa ke sekolah.

Dengan hanya berbekalkan alatan seharian, bahan-bahan yang segar lagi sihat serta daya imaginasi yang tinggi, Lee berkongsi beberapa tip menarik mengenai hiasan makanan yang mudah dengan pelbagai bentuk potongan untuk menceriakan bekal bento supaya kanak- kanak teruja untuk menikmati makanan mereka.

“Penyediaan bekal makanan merupakan satu cara menyeronokkan dan bermakna bagi merapatkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak, di samping mendidik mereka mengenai makanan dan khasiat. Selain itu, fikiran ibu bapa juga lebih tenang apabila mengetahui anak- anak mereka membawa bekal makanan seimbang yang disediakan di rumah bagi membantu meningkatkan prestasi mereka di sekolah. Sebagai seorang ibu, rekaan makanan saya menitikberatkan aspek khasiat, keseimbangan dan keseronokan supaya dua anak perempuan saya dapat menikmati makanan mereka. Malahan, itu juga cara yang berkesan untuk mengelakkan pembaziran kerana saya akan menggunakan sebanyak bahagian yang mungkin bahan dalam hiasan saya,”

MILO® UHT mudah untuk dipadankan dengan bekal makanan yang sihat dan seimbang bagi membantu ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat tenaga yang mencukupi untuk memenuhi keperluan seharian mereka.

MILO® UHT mengandungi ACTIV-GO®, iaitu kombinasi unik PROTOMALT™, pelbagai mineral serta vitamin yang penting untuk membantu membebaskan tenaga secara efisien daripada makanan. Minuman berkhasiat ini juga mengandungi kalsium dan Vitamin D untuk membantu mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Kanak-kanak yang mengambil minuman malt mempunyai pengambilan mikronutrien yang lebih tinggi, dan lebih cenderung memenuhi Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) untuk kalsium, fosforus dan vitamin B3.

MILO® UHT didatangkan dalam pek sekali hidang 125ml dan 200ml serta pek pelbagai hidang 1L yang boleh didapati di kedai-kedai serbaneka, pasar raya mini, pasar raya biasa dan pasar raya hiper.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.milo.com.my.

Bekalkan MILO® UHT dalam beg sekolah anak-anak anda supaya mereka dapat memenuhi keperluan tenaga harian mereka!