MILO SAYANG BUMI Dorong Rakyat Ke Arah Kelestarian Alam

Tahukah anda bumi semakin tenat setiap hari?

Pencemaran udara, pencemaran alam sekitar misalnya antara yang menyumbang pada ketenatan bumi.

Sebab itulah, MILO® mengorak langkah PERTAMA ke arah kelestarian alam sekitar menerusi pelancaran MILO® Sayang Bumi sebagai komitmen mereka dalam menerapkan amalan serta inovasi produk dan proses yang mesra alam demi kebaikan bumi.

copy MILO Sayang Bumi Launch Photo 4

Berbekalkan sokongan rakyat Malaysia, MILO® Sayang Bumi menyatupadukan inisiatif kelestarian alam yang bakal diterajui jenama tersebut bermula tahun ini, sekaligus menyumbang kepada aspirasi global Nestlé untuk mencapai impak sifar terhadap alam sekitar dalam operasinya menjelang 2030.

Menyedari pencemaran plastik dan perubahan iklim sebagai ancaman terhadap kelestarian alam sekitar, Nestlé kini mempergiatkan tindakan di peringkat global dan di Malaysia ke atas komitmennya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, serta memastikan semua bungkusannya dapat diguna semula atau dikitar semula menjelang 2025.

MILO Sayang Bumi Launch Photo 5

“Di Malaysia, kami memacu usaha kelestarian alam sekitar menerusi pelbagai inisiatif dan berazam untuk terus memimpin usaha industri ke arah masa hadapan yang lebih hijau. Kami berbangga kerana salah satu jenama terbesar kami, MILO® kini menjadi teraju utama perjuangan kelestarian alam sekitar. Semoga MILO® menjadi suara Nestlé yang paling lantang di Malaysia untuk menerajui, menginspirasi dan mempengaruhi tindakan bersama untuk melangkah lebih jauh demi kelestarian alam, digerakkan atas platform MILO® Sayang Bumi,”

-Juan Aranols, Ketua Eksekutif Pegawai, Nestlé (Malaysia) Berhad

copy MILO Sayang Bumi Launch Photo 1

MILO® membekalkan tenaga berkhasiat kepada jutaan rakyat Malaysia setiap hari. ini bermakna setiap hari, kami berupaya untuk menginspirasi jutaan rakyat Malaysia sebagai juara untuk bertindak demi kelestarian bumi. Bumi memerlukan juara untuk memperjuangkan matlamat yang lebih besar: Masa hadapan bumi yang lebih sihat dan lestari. Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, kami ingin memainkan peranan dalam menyatukan juara-juara kami terhadap komitmen kelestarian bumi menerusi MILO® Sayang Bumi.”

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad

MILO® Sayang Bumi menumpukan fokus ke atas TIGA matlamat impak iaitu:

  1. Mengurangkan sisa plastik di tapak pelupusan dan saluran air
  2. Mengurangkan pengeluaran plastik
  3. Menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui

Sehubungan itu, MILO® telah melancarkan ENAM inisiatif berikut:

  1. Projek CAREton: Kempen kitar semula karton minuman terpakai oleh MILO® UHT menerusi kerjasama dengan Tetra Pak sejak tahun 2012 yang mengubah pek minuman kepada jubin bumbung serta papan panel ‘hijau’ bagi komuniti yang memerlukan
  2. 100% Straw Kertas: Usaha pengenalan 100% straw kertas untuk keseluruhan rangkaian MILO® UHT pada tahun 2020 yang akan menjimatkan sehingga 200 juta straw plastik setiap tahun.
  3. Program-program Penebusan MILO®: Usaha berterusan MILO® untuk mengumpulkan kembali bungkusan MILO® terpakai daripada pengguna bagi mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan serta saluran air, termasuk MILO® Stik Pek X-Change yang dilancarkan baru-baru ini. Inisiatif ini bukan sahaja mengumpulkan kembali bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO® terpakai, malah mengguna semula (‘upcycling’) bungkusan-bungkusan ini untuk menghasilkan kraftangan MILO® yang unik menerusi kerjasama dengan komuniti setempat.
  4. Bungkusan Kertas untuk Rangkaian MILO® Mixes: Inisiatif Nestlé Malaysia yang pertama seumpamanya akan menggantikan bungkusan luaran produk MILO® Less Sugar dengan bungkusan kertas yang boleh dikitar semula.
  5. 100% Cawan Kertas: Peralihan kepada 100% cawan kertas, lengkap dengan usaha mendidik murid-murid sekolah tentang kepentingan pengasingan sisa.
  6. Van MILO® dengan Panel Solar: Transformasi van MILO® ikonik dengan panel solar yang menukarkan tenaga solar – sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui – kepada tenaga elektrik untuk menggantikan penjana yang bergantung pada bahan api.

Setiap inisiatif ini akan dilengkapkan dengan usaha mendidik dan menggalakkan pengguna untuk menerapkan amalan positif, baik kecil mahupun besar, demi kelestarian alam sekitar.

Menurut April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad,

“Kami memahami sebahagian perubahan ini akan membawa pengalaman baharu kepada para pengguna kami, dan mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ini. Namun, apa yang kita lakukan hari ini akan meninggalkan impak yang berkekalan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, sekaranglah masanya untuk kita sama-sama mengorak langkah demi memelihara alam sekitar. Sekecil manapun langkah pertama, jika kita bersatu menggembleng tenaga demi kebaikan bersama, pastinya kita dapat mencetuskan perubahan yang bermakna.”

Untuk sama-sama melestarikan usaha ke arah kebaikan bumi bersama MILO® Sayang Bumi, layari: https://www.milo.com.my/

Lembaran Fakta: MILO® Sayang Bumi

Continue reading “MILO SAYANG BUMI Dorong Rakyat Ke Arah Kelestarian Alam”

MILO Rai Ulang Tahun ke 70

Tahniah MILO kerana telah menambat hati rakyat Malaysia dengan memberikan sarapan pagi TERBAIK dan TERHEBAT selama 70 tahun !

Sebagai peneraju pembangunan sukan, MILO® sentiasa memimpin usaha memupuk dan mencungkil bakat juara sukan bertaraf dunia untuk Malaysia bermula di peringkat akar umbi menerusi pelbagai program sukannya, di samping membudayakan gaya hidup aktif untuk semua melalui gerakan MILO® Aktif Negaraku.

Mengimbas perjalanan 70 tahun ini, MILO® menghulurkan kebaikan khasiat dan nilai-nilai murni yang dipupuk melalui sukan yang telah memacu pembangunan rakyat dan negara selama 70 tahun. Sehubungan itu, pelbagai acara dan aktiviti menarik untuk memeriahkan sambutan menanti rakyat Malaysia.

Bagi merancakkan fasa sambutan seterusnya, dari sekarang hingga 4 Oktober, Konvoi Kebaikan MILO®, iaitu jelajah konvoi van MILO® vintaj – dari 1950-an hingga reka bentuk terkini – telah memulakan perjalanan di seluruh negara bagi meneruskan kebaikan dan berkongsi keceriaan dengan MILO® dari van MILO® yang menyegarkan dan bertenaga untuk semua secara percuma.

Jelajah konvoi ini kini sedang membuat persinggahan sementara di Pekan MILO®, iaitu jerayawara yang menemui pengguna di Sunway Pyramid yang dilancarkan hari ini. Dengan reka bentuk yang menyerupai sebuah pekan kecil Malaysia, Pekan MILO® menyatukan semua kebaikan MILO® masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Pengalaman seumur hidup untuk menggamit kenangan perjalanan 70 tahun MILO® di samping meneroka sekilas gambaran masa hadapan jenama itu menanti para pengunjung. Pekan MILO® di Sunway Pyramid dibuka sehingga 6 September.

“Seiring dengan Nestlé, MILO® telah membangun bersama Malaysia serta menyumbang kepada pertumbuhan negara sehingga menjadi sebati dengan cara hidup masyarakat. Kami berbangga dengan warisan ini yang bukan sahaja membuktikan kebaikan khasiat MILO®, malahan nilai-nilai murni yang dipupuk melalui sukan seperti kecekalan, kegigihan, keberanian dan semangat takkan gentar. Tahun ini sangat mencabar bagi kita semua, namun nilai-nilai ini telah mendorong kita untuk melangkah lebih jauh,” ulas Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Sementara itu, Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “MILO® telah menjalinkan ikatan yang cukup istimewa dengan Malaysia menerusi kebaikan yang dihulurkan. Baik susah mahupun senang, kami telah sentiasa berada di sisi rakyat dengan membekalkan kebaikan tenaga berkhasiat serta inspirasi untuk melangkah lebih jauh. Kami amat menghargai kepercayaan serta perasaan cinta terhadap jenama MILO® yang dicurahkan oleh rakyat selama ini. Dengan MILO® di sisi, kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghulurkan kebaikan bersama kami.”

MILO® juga mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk berkongsi cerita atau kenangan indah mereka bersama MILO® menerusi Cerita MILO® Saya di HITZ, ERA dan MY FM. Penyertaan yang paling kreatif berpeluang memenangi tin MILO® vintaj edisi terhad.

Layari http://www.milo.com.my untuk mengetahui rentetan kisah-kisah menarik yang telah membentuk sejarah serta kebaikan MILO® selama 70 tahun. Di samping itu, kongsi pengalaman MILO® 70 Tahun di Malaysia anda di media sosial dengan #MILO70Tahun.

MILO Lancar Inisiatif “MILO Aktif Negaraku”

Siapa yang tak kenal jenama hebat ini?

Selain telah membantu 5 juta rakyat Malaysia menjalani gaya hidup aktif, MILO kini meningkatkan sifat kesukanan melalui teknologi canggih

3 - (L-R) MILO football freestyler; MILO Champions Clinic Coach Chiew Chun Yong; Alois Hofbauer, Nestlé Malaysia CEO; Philomena Tan, Nestlé Malaysia Business Executive Officer (MILO);
MILO®, telah melancarkan inisiatif MILO® Aktif Negaraku. MILO® dengan tekad untuk membantu 5 juta rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif menerusi pelbagai jenis program sukan yang disediakan di bawah inisiatif MILO® Aktif Negaraku.

“Lebih daripada 60 tahun, MILO® telah membekalkan tenaga dan nutrisi kepada rakyat Malaysia dan tidak mengenal lelah untuk membangunkan sukan tanah air serta menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih aktif. MILO® Aktif Negaraku adalah sebahagian daripada rancangan berterusan kami untuk memperluas misi menggalakkan 5 juta rakyat Malaysia menjadi aktif. Inisiatif ini mencerminkan janji kami untuk memberikan ‘Good Food, Good Life’ kepada semua rakyat Malaysia.

“Misi untuk menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif adalah selari dengan komitmen global Nestlé untuk membantu lebih 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengamalkan gaya hidup lebih sihat.”

-Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Bagi menggalakkan 5 juta rakyat Malaysia menjadi aktif, siri-siri aktiviti sukan akan dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun melalui inisiatif MILO® Aktif Negaraku.

Inisiatif ini akan menghimpunkan pelbagai platform sukan yang disokong MILO®, termasuk :

  • MILO® Champions Clinic
  • MILO® ActivJam Senamrobik
  • MILO® Hidup Bola
  • Hari Sarapan Malaysia MILO
  • pengenalan teknologi canggih MILO® Bola Juara.

Menerusi pelbagai aktiviti ini, MILO® Aktif Negaraku mampu mewujudkan pelbagai peluang untuk memulakan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sejak 60 tahun lalu, MILO® telah menerajui pembangunan sukan di peringkat akar umbi bagi semua rakyat Malaysia. Setiap tahun, MILO® telah menganjurkan pelbagai aktiviti hebat yang dinanti-nantikan semua rakyat Malaysia. MILO® Aktif Negaraku melambangkan komitmen kami untuk membina masa depan yang lebih aktif bagi rakyat Malaysia.

Dalam merealisasikan komitmen ini, kami telah membawa bersama pelbagai platform dengan unsur-unsur baharu yang mengujakan, seperti kerjasama dengan FC Barcelona untuk MILO® Champions Clinic: Edisi Barca, serta beberapa inisiatif terbaharu, seperti MILO® Bola Juara, teknologi canggih yang diperkenalkan buat julung kali di peringkat dunia.”

-Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

MILO® Bola Juara, “Smart Ball” unik yang dihasilkan oleh MILO® akan diperkenalkan buat julung kali di pentas dunia sempena pelancaran MILO® Aktif Negaraku. Apabila dihubungkan dengan aplikasi telefon bimbit, MILO® Bola Juara mampu menjejak pelbagai pergerakan yang dibuat, sekaligus membolehkan para pengguna menjejaki aktiviti dan perkembangan amalan sukan mereka.

MILO® Bola Juara bakal ditampilkan di pelbagai acara MILO® Aktif Negaraku di seluruh tanah air dalam beberapa bulan ini bagi menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa di setiap negeri menjalani gaya hidup lebih aktif dengan bantuan teknologi canggih ini.

MILO® Champions Clinic:

-Edisi Barca yang bakal berlangsung dari 31 Mac hingga 13 Mei akan menyaksikan kanak-kanak dari seluruh Malaysia menjalani latihan dengan jurulatih terkemuka tanah air, Azman Adnan dan Coach Yong. Lebih menarik lagi, 19 kanak-kanak yang telah menyertai Klinik Juara MILO®: Edisi Barca akan berpeluang berkunjung ke Camp Nou, stadium kebanggaan FC Barcelona!

Beberapa MILO® Champions Clinic untuk enam sukan lain turut akan dilancarkan pada tahun ini, di samping pelbagai akitiviti lain dalam inisiatif MILO® Aktif Negaraku, termasuk MILO® Hidup Bola yang bakal kembali mengujakan semua.

Untuk maklumat lanjut mengenai sukan- sukan yang terlibat dalam MILO® Aktif Negaraku, serta perkembangan usaha MILO® dalam menggalakkan gaya hidup aktif di Malaysia, sila layari www.milo.com.my atau www.facebook.com/MiloMalaysia

Mengenai Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL)

Baru-baru ini, MILO® Activ-Go® telah memperoleh Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL). HCL merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia, dan logo ini hanya akan diberikan kepada syarikat-syarikat makanan dan minuman yang memenuhi kriteria nutrisi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Logo ini mudah dikenal pasti kerana ia dipamerkan di hadapan bungkusan makanan atau minuman, sekaligus dapat membantu pengguna membuat pilihan produk makanan yang lebih sihat.

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak 1912, kami telah menjana khasiat rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari http://www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia