Bulan Oktober sememangnya adalah bulan yang penuh dengan pelbagai sambutan, namun yang pastinya perayaan Deepavali disambut dengan meriah di pusat beli-belah Pavilion REIT KL. Tidak lupa juga sambutan Hari Sukan Kebangsaan dan kempen-kempen kesedaran Kanser Payu Dara.
Antara yang boleh dilakukan sempena sambutan Deepavali adalah menikmati juadah-juadah India Utara yang enak seperti Ayam Kolapurii, Palak Paneer Berkrim, Ayam Barbekue Tikka, Biryani Ayam Dum, Kulfi Mangga, Gula Jamun dan banyak lagi menu menarik di Royal India.
Seperti namanya, Royal India, anda akan dilayan bak raja di meja makan!
Lokasi: Royal India, Aras 6 & Barbeque Nation, Aras 9, Pavilion KL
Tambah warna-warni Deepavali dengan hiasan bunga-bungaan yang menguntum segar. Kediaman anda pasti tampil berseri dengan kehadiran bunga-bunga yang disusun indah dalam pasu dan memberi wangian harum di semua sudut.
Bulu merak yang berwarna ceria misalnya membawa tuah, bunga berona merah lambang kasih sayang serta kegembiraan manakala rona oren pula mewakili sifat optimis.
Anda boleh mendapatkan bunga-bunga segar ini di Florism de Art yang menawarkan pelbagai jenis bunga yang dapat memenuhi impian-impian anda sama ada gubahan minimalis, istimewa, moden, dan apa sahaja, pastinya dapat dipenuhi!
Lokasi: Florism de Art, Aras 2, Pavilion KL
Bagi peminat coklat dan rempah ratus pula, pusat beli-belah Pavilion REIT pastinya dapat memenuhi minat anda.
Harriston Chocolatier Cafe menawarkan pelbagai seleksi pemanis mulut yang anda cari-cari. Ditambah dengan sedikit rempah dalam coklat-coklat, anda boleh mencuba Coklat Kari Susu, Coklat Gelap Cili dan Coklat Gelap Halia. Cuba sendiri dan anda pasti membawa pulang coklat-coklat ini untuk berkongsi dengan insan-insan tersayang.
Lokasin: Harriston Chocolatier Cafe, Aras 3, Pavilion KL
Serikan penampilan sepanjang perayaan Deepavali dengan mengenakan koleksi barang-barang kemas dari Les Néréides Paris!
Mungkin anda boleh menambah seri anarkali pastel ataupun pada lehenga anda, sepasang anting-anting pastinya menambah daya tarikan anda. Anda juga boleh menambah seri dengan pilihan rangkaian batu permata, logam pepejal atau pun bunga-bungaan untuk menaikkan seri pakaian yang anda pakai!
Lokasi: Les Néréides Paris, Aras 4, Pavilion KL
Jom beraksi sambil mengeluarkan peluh di Tokyo Street sempena sambutan Taiiku No Hi atau Hari Sukan. Jepun menyambut Taiiku No Hi pada hari Isnin kedua setiap Oktober sebagai cara untuk menggalakkan rakyat Jepun menyukai sukan, bersenam dan mendapatkan kesihatan yang baik.
Maka di Tokyo Street Pavilion KL ini, anda juga meraikan Taiiku No Hi dengan melakukan aktiviti-aktiviti kesukanan dalam masa sama mendapatkan pelbagai tawaran yang menarik yang ditawarkan.
Hasil kerjasama bersama Persatuan Kendo Malaysia, pengunjung yang datang ke pPavilion KL boleh menyaksikan demonstrasi Kendo, menyertai kelas Kendo untuk mengetahui lebih mendalam akan seni pertahanan diri yang mengguna pedang daripada buluh.
Atau juga menyertai cabaran bersama Celebrity Fitness dan mana tahu anda dapat memenangi hadiah!
Lokasi: Tokyo Street, Aras 6, Pavilion KL
Bagi anda pula yang mementingkan kesihatan, LAC Malaysia akan membuka gerai pop-up di Intermark Mall. LAC Malaysia menawarkan pelbagai barangan suplemen kesihatan dan anda boleh menambah stok di rumah anda!
Sambil membeli barangan untuk kesihatan anda, boleh juga singgah di Sports Direct untuk membeli barang keperluan sukan anda dari jenama-jenama ASICS, NIKE, PUMA, New Balance dan Under Armour.
Lokasi: Concourse, Intermark Mall
Memandangkan bulan Oktober adalah bulan kesedaran mengenai Kanser Payudara, ayuh semua kita Celebrate Pink!
Bermula 24 hingga 31 Oktober, anda boleh melawat pameran MAKNA. Di pameran ini, jururawat terlatih akan berada sepanjang pameran dan membantu mereka yang ingin melakukan ujian klinikal payu dara dan mengalami pengalaman VR untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kanser penyerang utama bagi wanita ini. Anda juga boleh membeli barangan yang dijual secara tak langsung anda menyumbangkan pada tabung yang dapat menyokong pada hasil penyelidikan, pencegahan, rawatan, penawar dan membantu mereka yang terjejas kewangan disebabkan oleh penyakit ini.
Lokasi: Pameran MAKNA (Bertentangan Sports Direct), Aras 1, Intermark Mall
Bertetapan dengan tema Pink sempena Kempen Kanser Payu Dara ini, beg-beg tangan berona merah jambu sangat bertetapan untuk meningkatkan kesedaran akibat kanser tersebut.
Jom lihat rangkaian koleksi beg mini Valentino Mini Roman Stud dan Jacquemus’ Le Grand Chiquito yang juga dipanggil Beg Mikro. Kecil bukan sebarang kecil, namun ia mampu memberi impak yang besar.
Lokasi: Valentino, Aras 2 & Club 21, Aras 2, Pavilion KL
Saksikan filem-filem seram yang menakutkan sepanjang Halloween ini di Dadi Cinema. Dengan sistem audio yang hebat memenuhi panggung wayang, anda pastinya terasa seram sejuk tatkala menonton filem Rasuk dan Smile.
Lokasi: Dadi Cinema, Pavilion KL Aras 5 & 6, and Da Men USJ Aras 4
The Barn pastinya perlu dikunjungi oleh mereka yang ingin merasai makanan-makanan enak apatah lagi digandingkan bersama bir dari German!. Mulai sekarang hingga 31 Oktober, anda boleh menikmati pelbagai sajian Oktoberfest yang enak di sini.
Lokasi: The Barn [TIDAK HALAL], Aras 4, Pavilion KL
Leave a Reply