BENGKEL SANTA KLAUS JADI TUMPUAN DI SURIA KLCC

Ini kerana di bengkel inilah Santa Klaus dan buniannya akan berada sepanjang musim Krismas sambil memberi pelbagai hadiah kepada pengunjung yang datang ke Centre Court mulai sekarang hingga 25 Disember nanti.

_JKS3315 (2)

Aneka keajaiban boleh didapati di bengkel Santa ini!

_JKS2935 (2)

Santa Klaus bersama buniannya akan mengedarkan hadiah di karusel alat permainan. Dalam masa sama, hiasan menara jam akan berbunyi pada setiap jam diiringi dengan melodi perayaan yang akan ditemani bunian yang akan bergerak secara beriringan.

_JKS3453 (2)

Pengunjung yang berkunjung ke Suria KLCC sepanjang kempen Hari Krismas bakal dirai dengan keindahan rekaan hiasan dan alunan meriah yang sinonim dengan sambutan hari Krismas.

_JKS3346 (2)

Bagi yang sukakan permainan cabaran, boleh singgah dan membuat pendaftaran di skrin interaktif yang disediakan. Hanya jawab soalan-soalan yang diberikan dan anda akan mengetahui sama ada anda dikategorikan “Naughty or Nice”. Santa akan memberi hadiah kejutan pada mereka yang menjawab soalan interaktif ini. Bagaimanapun hadiah kejutan ini terhad untuk 100 pembeli setiap hari.

Pembeli juga dapat menikmati kemeriahan membeli-belah ssempena sambutan Krismas di Suria KLCC. Satu sudut paparan kad ucapan disediakan untuk pembeli menghantar ucapan perayaan kepada yang tersayang melalui kad ucapan Krismas Suria KLCC.

Kanak-kanak juga berpeluang menyertai bengkel “Santa Workshop Alive!”. Aktiviti mewarna pelbagai watak Krismas yang mana hasil kraf tersebut akan disiar di skrin layar yang pastinya memberi kejutan dan kegembiraan pada kanak-kanak.

Pembeli berpeluang untuk bersua muka bersama Santa Klaus pada sesi hujung minggu manakala kanak-kanak akan diberikan  lolipop secara percuma.

_JKS3176 (2)

Pelbagai latar belakang perayaan juga tersedia untuk digunakan oleh pengunjung merakam detik bermakna bersama. Karusel Bengkel Santa bersaiz kecil yang di letakkan di “Ramlee Mall” di Aras 1, manakala kaunter simpanan hadiah dan alat permainan akan diletakkan di pintu masuk “Ampang Mall” dan “Ramlee Mall”. Kereta Berkuda Santa boleh dilihat di pintu masuk “Park Mall” yang mana ruangan pemberian hadiah juga boleh didapati di situ. Kios foto perayaan dan juga cetakkan foto dan e-foto percuma akan disediakan untuk pembeli merakam memori bersama yang tersayang.

_JKS3735 (2)

Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki adalah hiasan pokok krismas mewah yang tertinggi di Malaysia, sekali kali lagi akan membuat penampilan di “The Esplanade” untuk menyapa ketibaan pengunjung. Selain dari pelbagai aksesori unik dan bergemerlapan digantung di pokok tersebut, pelbagai hadiah juga di letakkan sebagai hiasan utama di ruang bawah pokok krismas tersebut sinonim dengan tema bengkel Santa. Dekorasi ini mampu memberikan peluang untuk pengunjung mengambil gambar yang lebih mesra dengan panggilan “insta- worthy”.

Kemeriahan membeli-belah sempena perayaan Krismas pastinya tidak lengkap dengan peluang untuk membawa pulang pelbagai ganjaran. Pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas melalui DUA resit pembelian daripada mana-mana kedai terpilih bermula dari 25 November sehingga 18 Disember 2022 akan menerima e-baucar Suria KLCC (SKLCC) melalui Program Ganjaran Pembeli. Bagi mereka yang berbelanja RM3,000 dan ke atas melalui DUA resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima rantai tangan Pandora yang bernilai RM600.

“Dengan kepelbagaian ganjaran kami berharap untuk membantu jualan para peruncit dengan sambutan perayaan yang meriah sebagai tirai penutup untuk tahun ini. Sambutan Krismas sentiasa menjadi sambutan yang amat penting buat kami di Suria KLCC melihat dari sudut kemeriahan suasana yang kami sediakan untuk pembeli. Bagaimanapun, kami tidak lupa untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi untuk setiap pengunjung bagi mengekalkan persekitaran yang terlindung menginjak sambutan akhir tahun. Kesimpulannya, sambutan Krismas bukan dinilai dari sudut dekorasi yang meriah dan paparan yang indah semata-mata. Ia adalah sambutan yang sinonim dengan saat meluangkan masa bersama mereka yang tersayang. Selepas mengharungi tempoh gitar yang baru sahaja berlalu, terlalu banyak detik bersama yang sewajarnya kita raikan”ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC.

_JKS3603 (2)

Selaras dengan inisiatif Program Kesederan Kesihatan Mental, Suria KLCC akan memberi sokongan kepada Kumpulan Green Ribbon melalui hasil jualan Pin Reben Suria. Pin reben tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan Suria KLCC pada harga RM10 setiap pin.

KEMERIAHAN KARUNGAN HADIAH DAN ANEKA PERMAINAN DI ALAMANDA PUTRAJAYA

00011 (2)

Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya juga mengadakan Kempen Krismas yang menyediakan Bengkel Santa bermula dari 25 November sehingga 25 Disember 2022. Anjung “Centre Court” dilengkapi dengan pelbagai permainan kanak-kanak yang dihiasi di atas mesin penghantar automatik yang mana sudah semestinya akan memberi kemeriahan suasana di kalangan pengunjung.

Pelbagai persembahan dan aktiviti Krismas akan diadakan bagi menyemarakkan lagi suasana membeli-belah. Para pembeli juga turut dihiburkan dengan pertunjukan silap mata, tarian dan akrobatik Krismas di anjung “Centre Court”.

Untuk menceriakan lagi pengalaman membeli-belah, pembeli yang berbelanja RM500 dan ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM30. Melalui Program “High Spender Rewards”, pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM80 selagi stok masih ada.

Pada Ambang Krismas dan Hari Krismas juga, Santa Klaus akan membuat penampilan istimewa untuk menyambut ketibaan para pembeli. Pembeli berpeluang untuk merakam detik keraian tersebut dengan mengambil gambar bersama Santa Klaus semasa pemberian gula-gula secara percuma kepada kanak-kanak.

Kepelbagaian seleksi bengkel yang bertemakan Krismas akan dianjurkan untuk VIKids. Setiap ahli VIKids berpeluang menyertai bengkel yang tersedia dan pernyataan adalah terhad berdasarkan konsep “first-come-first-serve”.

Antara bengkel menarik adalah bengkel “Gingerbread Man Decoration” dan “Waterless Snow Globes”. Bagi kanak-kanak yang belum mendaftar sebagai ahli VIKids, pendaftaran keahlian boleh dibuat untuk menyertai bengkel tersebut.

SAMBUTAN KRISMAS DI MESRA MALL

Kempen Krismas di Mesra Mall Terengganu berlangsung dari 1 Disember sehingga 25 Disember 2022. Memandangkan sambutan Krismas amat sinonim dengan kehadiran salji, Mesra Mall akan memeriahkan suasana dengan hiasan perayaan yang bertemakan “White Christmas”.

Tebusan ganjaran program Krismas di Mesra Mall turut berlangsung sepanjang tempoh perayaan bagi menggalakkan pengalaman bermakna buat semua. Pembeli yang berbelanja RM350 ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih layak menebus sebuah balang simpanan kaca. Sementara itu, pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit daripada mana- mana kedai terpilih akan menerima satu set kombo balang simpanan kaca yang mengandungi dua balang simpanan bersaiz 800ml dan juga sekeping baucar beli-belah bernilai RM50.

Pembeli juga boleh beramah mesra bersama Santa Klaus semasa dua sesi lawatan pada hari Krismas tersebut pada jam 3.00 petang dan juga 5.00 petang. Semasa tempoh ini, kanak-kanak berpeluang mendapatkan gula-gula percuma.

Untuk info lanjut, layari:
Suria KLCC – http://www.suriaklcc.com.my / http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
Alamanda – http://www.alamanda.com.my / http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
Mesra Mall – http://www.mesramall.com / http://www.facebook.com/MyMesraMall

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: