Burger Ayam Portugal Menu Baharu di McDonald’s Malaysia

Dihidangkan bersama sos piri-piri yang unik menambah lagi keenakan dan kelazatan burger baharu ini.

Photo 3 (8)

McDonald’s Malaysia kini membawakan hidangan menarik dari negara lain pula kepada rakyat Malaysia iaitu Burger Ayam Portugal terbaharu!

Photo 2 (5)

Diinspirasikan oleh pemandangan, suasana dan cita rasa Portugal, Burger Ayam Portugal adalah item menu menarik yang kedua diperkenalkan sempena kempen ‘Discover the World 2019’ McDonald’s Malaysia.

Burger lazat ini dimantapkan dengan kepingan daging ayam yang digoreng enak, dicelup ke dalam sos piri-piri unik, dihidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, dan kesemua ini diapit oleh ban mengandungi emping cili terbaharu. Hasilnya, satu hidangan yang mengecurkan air liur, kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah-ratus yang menyerlahkan cita rasa ala Portugal.

“Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyajikan cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada pelanggan kami, di mana kami menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu kami di Malaysia melalui kempen ‘Discover the World’. Kali ini, kami menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa dan memperkenalkan Burger Ayam Portugal baharu, yang disajikan bersama sos piri-piri istimewa kami,” kata Eugene Lee, Pengarah Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

“Apabila menghasilkan item-item menu yang inovatif, McDonald’s sentiasa mengutamakan keceriaan para pelanggan kami dan memberi kejutan kepada mereka dengan memperkenalkan perisa-perisa hebat terbaharu dan burger ini pastinya akan membuka selera dengan cita rasa yang lain daripada apa yang telah kami sajikan sebelum ini,” tambah Eugene.

Untuk pencuci mulut pula, McDonald’s Malaysia juga membawa kembali Dinosaur McFlurry yang popular, penuh dengan pusaran coklat yang enak dan dihiasi bijirin coklat.

Bagi menambah keseronokan sempena pelancaran Burger Ayam Portugal baharu ini, bermula 4 Julai, McDonald’s Malaysia akan memperkenalkan satu permainan ‘Augmented Reality’ baharu yang dinamakan Catching Nonando, di mana pelanggan perlu ‘menangkap’ sebanyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata. Pelanggan akan diberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portugal, bergantung kepada bilangan Nonando yang ditangkap.

Dan untuk menjadikannya lebih menarik, satu ‘leaderboard’ akan diperkenalkan di seluruh negara untuk menjejaki para pemain yang berada pada kedudukan teratas, di mana pemenang tempat pertama akan memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG Points!

Untuk bermain permainan ini, pelanggan hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web korporat McDonald’s Malaysia atau halaman Facebook rasmi.

Set hidangan Burger Ayam Portugal disajikan dengan French Fries dan pilihan sama ada Fanta Grape McFreeze atau Coke biasa, dengan harga bermula dari RM16.99. Ianya boleh didapati di semua restoran McDonald’s untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran pelbagai menu menarik McDonald’s, sila lawati www.mcdonalds.com.my.