Malam Tujuh Likur Tradisi Raya di Suria KLCC

Memang seronok apabila menjelangnya Malam Tujuh Likur lagi-lagi di kampung. Semua orang kampung gembira tak kira tua atau muda akan bersama-sama menyalakan panjut di sekeliling rumah. 

IMG_20190514_190458

Dan apabila pusat beli-belah terkemuka di KL, Suria KLCC meraikan sambutan Hari raya Aidil Fitri tahun ini dengan menghidupkan semula kenangan keseronokan malam 27 Ramadan, terasa seperti berada di suasana perkampungan yang terang-benderang dek pencahayaan panjut.

IMG_20190514_185000

Keindahan Malam Tujuh Likur bermula pada 14 Mei hingga 9 Jun di Suria KLCC. Bertemakan “Semurni Ikatan Seindah Lebaran”, ruang legar utama Suria KLCC dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni umpama sebuah pesta cahaya pada Malam Tujuh Likur. Tarikan utama adalah replika istana berbentuk pentagon yang diilhamkan dari Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan.

Replika istana itu dihiasi dengan pelbagai ukiran-ukiran halus yang menampilkan keindahan serta kekayaan seni bina masyarakat melayu. Gabungan ukiran tradisional Melayu dan corak geometri Islam yang menghiasi struktur binaan memberi impak yang sempurna terhadap replika istana lama itu.

Sebuah taman mini yang cantik dihiasi bunga-bungaan dan lampu berwarna-warni menambahkan keserian dekorasi ruang legar Suria KLCC yang pastinya akan memukau pengunjung dan pelancong yang berkunjung ke sini.

IMG_20190514_191012

Hari raya tidak hanya disambut oleh masyarakat beragama Islam kerana ia turut diraikan oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Oleh itu, Suria KLCC sekali lagi mencipta keunikan dengan membina replika pelita tertinggi di Esplanade KLCC. Berketinggian 70 kaki, pengunjung boleh mengabadikan kenangan di replika tersebut sehingga 9 Jun ini.

Nikmati persembahan menarik sepanjang kempen 

Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian drmaa mak Yong, tarian musikal Raya Malam Tujuh Likur, tarian tradisional dari pelbagai negeri, tarian tradisional kanak-kanak. Dikir Barat dan persembahan silat bermula 14 Mei hingga 9 Jun.

Hulurkan bantuan

Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Suria KLCC sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Melalui program “Share the Care”, Suria KLCC bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk meraih dana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik mendapatkan bekalan makanan.

Kerjasama ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang peranan Food Aid Foundation, sebuah pertubuhan bukan kerajaan pertama yang didedikasikan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menamatkan kebuluran di Malaysia. Suria KLCC menyasarkan untuk mengumpulan sekurang-kurangnya RM10,000 melalui sumbangan orang ramai.

Pengunjung hanya perlu menderma RM10 dan dana terkumpul akan disalurkan kepada Food Aid Foundation untuk membeli makanan, membiayai bantuan kecemasan dan menyokong inisiatif Food Aid Foundation.

Untuk maklumat lanjut, layari www.foodaidfoundation.org

Dapatkan ganjaran eksklusif 

Nikmati ganjaran eksklusif apabila anda membeli-belah dari 10 Mei hingga 9 Jun di mana setiap pembelian minimum Rm1,000 dan ke atas dalam dua resit,anda akan menerima satu set bekas kaca kristal eksklusif dan sampul duit raya.

Bagi yang membeli-belah pada hujung minggu pula berpeluang menerima edisi terhad “Selendang kuala Lumpur” oleh dUCk Scarves dan sampul duit raya. Anda hanya perlu bebrelanja sebanyak RM3,500 dalam satu resit untuk menikmati ganjaran ini.

Bagi pembelian melebihi RM1,000 setiap hari termasuk hujung minggu, anda akan menerima satu borang penyertaan peraduan makan malam istimewa bersama Cef Sherson Liam. Lima pasangan yang terpilih akan menikmati hidangan yang disediakan oleh Cef Sherson di salah sebuah restoran yang disyorkan oleh beliau di Suria KLCC.

Maklumat lanjut, layari http://www.suriaklcc.com.my

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: