JDX Presto Concept Store Kini di Quill City Mall

JDX Presto Concept Store merupakan gedung konsep tanpa tunai terbesar di ASEAN.

Photo 1 (23)

Ia dibuka sebagai melambangkan usaha sama antara PUC dan Smuzcity dalam mewujudkan landskap peruncitan tanpa tunai di Malaysia iaitu gedung Dalam Talian ke Luar Talian (“O2O”) yang pertama seumpamanya.

Berkeluasan sejumlah 50,000 kaki persegi di Aras 3 (Lot 63, 63B dan 72) Quill City Mall KL, JDX Presto Concept Store menampilkan pelbagai label dan jenama produk yang merangkumi barangan Elektrikal, Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Kelengkapan Rumah, Fesyen dan Makanan & Minuman. Penawaran-penawaran yang berjumlah sebanyak 3,000 Unit Penyimpanan Stok (SKU) ini melibatkan produk daripada J.Zao, serta produk-produk laris dari China dan rantau ASEAN.

Photo 3 (11)

Membeli-belah di gedung berkenaan adalah mudah. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR produk pilihan mereka dengan menggunakan aplikasi Presto dan menikmati pengalaman pembayaran mudah melalui eDompet bernama PrestoPay yang terdapat dalam aplikasi berkenaan. Pelanggan kemudiannya dapat memilih sama ada pemungutan barangan daripada gedung atau penghantaran ke pintu rumah untuk kemudahan menerusi sokongan JD Logistics, afiliasi logistik kepada peruncit terbesar China, JD.com.

Para pelanggan boleh berehat daripada aktiviti membeli-belah mereka dengan menikmati sajian ringan daripada Peti Sejuk Tanpa Kendalian Manusia (JDX Presto Unmanned Fridge) yang berada dalam kafe gedung dan dikuasai dengan teknologi AI dan RFID. Peti Sejuk ini merupakan ciptaan makmal inovasi logistik kepada JD Logistics, JDX. Dengan mengimbas paparan kod QR melalui aplikasi Presto, pelanggan berupaya membuka peti sejuk tersebut dan memilih produk kegemaran mereka. Pembayaran akan ditolak daripada PrestoPay apabila pintu peti sejuk ditutup.

Seiring dengan pelan kerajaan untuk mencapai masyarakat tanpa tunai di Malaysia, PUC telah mendukung usaha kewangan digital sepenuhnya menerusi usaha-usaha seperti penerapan PrestoPay dan pengenalan kemudahan pembiayaan mikro PrestoPay Credit Financing ke dalam ekosistem berkenaan. Di JDX Presto Concept Store, setiap transaksi tidak melibatkan tunai dan disempurnakan dengan lancar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, CHEONG Chia Chou berkata,

“Kami dengan bangga telah melancarkan Presto dua tahun lalu dan sejak itu, pasukan kami telah berusaha keras untuk memperkaya Presto dengan pelbagai penawaran digital secara berperingkat-peringkat. Dengan pembukaan rasmi gedung O2O pertama kami, hari ini sememangnya merupakan satu pencapaian penting dalam pengembaraan selama ini. Kami amat teruja untuk menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai produk dan teknologi inovasi JDX menerusi PrestoMall dan menyempurnakan pengembaraan beli-belah dengan mengunjungi JDX Presto Concept Store atau sebaliknya kerana kami mempercayai bahawa pengalaman bersepadu ini adalah penting bagi pelanggan untuk merasai produk berkaitan bagi membolehkan mereka membuat pilihan, terutamanya kepada golongan yang kurang atau tidak pernah membuat sebarang pembelian dalam talian.”

Cheong menambah, “Simbol Presto diwakili oleh arnab. Pilihan arnab sebagai watak utama disebabkan oleh sifat yang mudah disayangi, kepekaan, keupayaan untuk mengemudi melalui cabaran dan kepantasan melompat, menggambarkan kecenderungan jenama Presto terhadap pertumbuhan. Menerusi pelancaran gedung O2O pertama kami, pelanggan boleh bertemu dan mengambil gambar bersama Presto, menggandakan pengalaman membeli-belah dengan unsur-unsur keseronokan dan interaktif. Barangan bertema Presto juga boleh didapati daripada gedung ini bagi pengemar Presto.”

Pengasas Smuzcity, Kent Lee Kian Yan berkongsi pendapat,

“Kami amat berbangga untuk menggunakan teknologi JDX bagi menggandakan kesenangan tanpa tunai kepada pembeli Malaysia melalui aplikasi super tempatan yang bernama Presto.”

“Pernahkah anda membayangkan diri anda membeli barangan di pusat beli-belah tanpa membawa dompet anda? Kini, dengan hanya sebuah telefon pintar di tangan, perjalanan membeli-belah anda boleh bermula. Bersama PUC, kami berdedikasi untuk menambahkan sentuhan inovasi dalam landskap peruncitan, memberikan definisi baharu dan membentukkan pengalaman beli-belah O2O yang unik kepada rakyat Malaysia,” tambah Lee.

Rakan tuan rumah rasmi, Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong berkata,

“Pusat beli-belah kami memberikan sokongan sepenuh kepada usaha pembayaran digital yang memanfaatkan kedua-dua pelanggan dan peniaga. Pada Mei lalu, Presto telah menganjurkan Bazar Raya Tanpa Tunai pertama mereka di Quill City Mall KL untuk menggalakkan dan mendidik pengguna untuk membuat pembayaran barangan keperluan Hari Raya mereka tanpa melibatkan wang tunai. Usaha itu telah berjaya dan kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan mereka dalam dunia peruncitan.”

Naib Presiden Kanan Quill City Mall KL, Justin Liew menambah,

“Dengan peralihan Quill City Mall KL ke arah era ‘phygital’, JDX Presto Concept Store yang bertumpu pada infrastruktur teknologi berasaskan pengguna yang melicinkan interaksi antara pengguna dan jenama, amat seiring dengan langkah kami. Oleh sebab itu, kami amat teruja untuk berganding bahu dengan kedua-dua pihak dalam usaha-usaha yang menarik, seperti mengembangkan jenama tempatan ke platform antarabangsa.”

Bersempena pembukaan rasmi JDX Presto Concept Store, 300 pelanggan pertama dapat membuat pembelian barangan SKU terpilih pada harga RM12.12 sahaja, terhad hanya satu item bagi setiap pelanggan. Orang ramai boleh beratur mulai pukul 8 pagi dan pintu akan dibuka kepada orang ramai pada pukul 11 pagi, 12 Disember ini. Melanjutkan sambutan sehingga 15 Disember 2019, pelanggan boleh mencari dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam gedung dan pusat beli-belah untuk memperoleh PrestoPay Credits, yang boleh terus berbelanja dalam gedung dan servis yang terdapat dalam Presto.

Lima pelanggan yang membelanjakan nilai minimum RM50 dalam gedung tersebut dari 12 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019 akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket masuk ke Taman Tema Disneyland Hong Kong masing-masing.

Jangan lepaskan peluang ke Quill City Mall KL dan menikmati pengalaman beli-belah penuh keunikan pada hari ini!

Aplikasi Presto boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut berkenaan Presto, sila layari https://www.prestouniverse.com/presto.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s