Antara persatuan seni yang terlibat adalah Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Karyawan, Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Pertubuhan NGO Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS).
Mereka bertemu dan bersatu dalam acara Bazar Ramadan dan Raya Warga Seni 2022 kerjasama Pink Bazar serta Jom Mall.
Antara tujuan diadakan acara ini adalah untuk membantu anak-anak seni dan warga kerja belakang tabir industri hiburan menjana pendapatan sampingan sepanjang bulan Ramadan dan membantu mereka yang terjejas akibat kesan pandemik Covid-19 selama dua tahun ini.
Fiesta Pink Bazar ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk FINAS, Koperasi Perdana Jaya, Millenium Land, Hotel Hilton Garden Inn Puchong, Kelab Motosikal 2fast Bikers Malaysia serta Dapur Pasak (Putra Amaris).
Bazar Ramadan ini telahpun memulakan perniagaan sejak 3 April lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekitar.
Wakil penganjur iaitu Tiara Johar menyatakan bahawa acara ini turut memfokuskan kepada aktiviti bersama komuniti yang mana tema Pink Bazar itu sendiri adalah Industri Kreatif dan Komuniti. Maka banyak aktiviti yang telah dirancang antaranya sesi perkongsian dengan Pengarah daripada FDAM, pelakon dan penyanyi berkneaan industri kreatif kepada komuniti.
Leave a Reply