53 OUTLET AEON TAWAR PRODUK THAI DI KEMPEN “THINK THAILAND”

53 outlet itu termasuk 33 Stor, 9 Max Valu dan 11 AEON Big di seluruh negara yang terlibat dalam kempen yang dianjurkan bersama Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan (DITP) beserta Kedutaan Thailand.

OPENING CEREMONY AT AEON SHAH ALAM (2)

Kempen “Think Thailand” itu menawarkan barangan Harga Istimewa, selain memperkenalkan makanan Asli Thailand yang dibawa khas dari negara itu.Ia bermula pada 26 Mei hingga 15 Jun.

AIR_3941 (2)

Antara barangan yang ditawarkan dengan Harga Istimewa:

  • Jenama snek:Bento, Tao Kae Noi, Lay’s, Amae Me, Koh-Kae Peanuts, Pocky&Ladybird
  • Jenama Perisa:Ayam Brand, Roi Thai, King Rice & Tae Pee
  • Jenama Material:Pama, Serda & Jasmine
  • Makanan Segar:Mangga Thai, Jambu Thai, Laici Thai, Petai Thai, Jagung kecil Thai & Asparagus Thai

Manakala produk baharu yang diperkenalkan adalah:

  • Jenama snek: Vfoods, Jaxx, Bento, Makado
  • Jenama Minuman Sejuk: Tc Super & Taste Nirvana
  • Makanan Segar: Cili Merah & Hijau Thai, Halia Thai & Enoki Thai

Pengarah DITP, ENcik Worawan Wanwil memuji pihak pengurusan AEON dalam merangka pelan perniagaan yang strategik:

“AEON sudah menjadi rakan kerjasama strategik yang penting di wilayah ini. Mereka sentiasa menyokong dalam memperkenalkan makanan Thailand pada rakyat Malaysia meskipun pada waktu pandemik melanda”

Selain menyediakan gerai-gerai kecil yang menawarkan pelbagai barangan Thai, AEON turut mengadakan sesi memasak di LIMA outletnya iaitu AEON Puchong, AEON Shah Alam, AEON Bandar Utama, AEON Bukit Tinggi dan AEON Wangsa Maju pada setiap hujung minggu bermula jam 3 petang hingga 4.30 petang. Bagi yang ingin mendapatkan beberapa petua memasak daripada cef-cef Thailand, bolehlah mengunjungi lima outlet ini.

Pengurus Bahagian Kanan untuk Makanan Mudah Rosak, Thomas Tan berkata:

Ini adalah kali ke-dua kami mengadakan kempen sebegini setelah mendapat sambutan meggalakkan tahun lepas. Meskipun Malaysia masih lagi dalam pergerakan terhad, tidak mematahkan semangat mereka yang ingin menikmati pelbagai makanan Thai. Tahun ini, kami membawa masuk tambahan barangan baru yang enak supaya dapat berkongsi dengan ramai orang. Dalam masa sama, kami akan memberi peluang pada pelanggan memenangi peluang berkunjung ke Thailand untuk dua orang. Kami sangat berbesar hati juga mempunyai hubungan yang erat bersama pengilang Thai, komuniti pertanian, eksporter dan Duta Thai yang membolehkan kami memperkenalkan kepelbagaian barangan Thai yang diterima oleh semua kategori masyarakat”

AEON ARTWORK

Pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung yang beebelanja sebanyak RM50 dalam SATU resit antaranya:

  • 2 Tiket penerbangan Air Asia (penerbangan dua hala Malaysia-Thailand)
  • Pakej penginapan hotel di Thailand (1 bilik 2 Malam)
  • 10 baucer Thai Odyssey
  • 10 hadiah beg Tourism Authority Thailand
  • 20 hadiah baucer pilihan Thai-restoran Thai di Malaysia
  • 10 Hamper Besar bernilai RM300
  • 30 Hamper Kecil bernilai antara RM5-RM100

Untuk maklumat lanjut, layari:

#Aeonthinkthailand #AeonMalaysia

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: