RAI BIBIT KEBERSAMAAN & CINTA LATTE DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF

Perayaan Krismas bakal disambut tak lama lagi. The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia turut meraikan perayaan ini bersama-sama pelanggannya dengan menawarkan pelbagai menu keraian dan juadah musim cuti yang menarik dan enak untuk dinikmati bersama-sama yang tersayang!

IMG20221122110525 (3)

“Kebanyakan kita meluangkan sebahagian besar daripada masa dan juga tahun kita bagi tanggungjawab harian. Dengan menjelangnya musim cuti hujung tahun, The Coffee Bean & Tea Leaf® ingin mengajak anda semua untuk berehat sejenak sambil meraikan bibit kebersamaan dengan insan yang disayangi. Biar melalui juadah musim cuti kami yang anda biasa nikmati, atau aneka minuman kami yang baharu, kami berharap seperti kafe kami yang dapat mengukir senyuman pada wajah anda, tahun 2023 juga dapat melakukan yang sama!”” kata Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

IMG20221122101726 (2)

Winter Berry dan Starry Starry Night merupakan manisan bercoklat yang hadir dengan sentuhan buah beri.

IMG20221122100500 (2)

Sementara itu, santapan yang diberi nama Warm Winter Log, Happy Holiday Log dan Snowy Holiday bukan sahaja cantik untuk dilihat (dan dimuat naik ke Instagram anda) tapi juga lazat dimakan!

Jingle Berry Swirl dan Panettone Frost pula boleh dihidangkan bersama sajian lengkap anda, atau dibawa bersama untuk dinikmati di mana-mana!

IMG20221122100251 (2)

Untuk si cilik (termasuk yang berjiwa muda), Lil’ Mr Snow dan Jolly Breadman juga kini kembali!

IMG20221122100301 (2)

Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk menyingkap nostalgia dengan hidangan Grandpa’s Chicken Sandwich dan Grandma’s Smoked Duck Salad.
* Untuk menu lengkap, sila rujuk lembaran fakta yang disertakan pada penghujung siaran akhbar ini.

IMG20221122101820 (2)

Barisan minuman keraian daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia bagi musim ini berasaskan ramuan coklat dan pudina, yang mendatangkan kemesraan dan “kebersamaan dalam setiap cawan”. Malah, biar sesiapapun anda, pasti ada sesuatu yang dapat menggamit citarasa anda!

Bagi penggemar latte pula, setiap cawan disajikan dengan kasih sayang, “a latte love”. Pilihan yang disediakan meliputi:

  • Macadamia White Chocolate Latte (panas/berais) (kecil RM 17.90, biasa RM 18.90)
  • Double Chocolate Peppermint Latte (panas/berais) (kecil RM 17.90, biasa RM 18.90)
  • Gibraltar Peppermint Latte (panas/berais) (biasa RM 15.80).

Bagi peminat minuman Ice Blended®, pasti anda akan rambang mata apabila menyaksikan sajian minuman pencuci mulut The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia yang terdiri daripada:

  • Macadamia White Chocolate Ice Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM 19.90)
  • Pure Macadamia White Chocolate Ice Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM 19.90)
  • Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM 19.90)

MENARIK bukan?

Tidak lupa juga pada penggemar Cold Brew, sempena musim cuti ini, jangan lepaskan peluang untuk menikmati:

  • Macadamia White Chocolate Cold Brew Latte (kecil RM 14.50, biasa RM 15.50)
  • Peppermint Cream Cold Brew (kecil RM 14.50, biasa RM 15.50).

Akhir sekali, untuk menyempurnakan musim yang diisi keseronokan ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia persembahkan secawan koko yang menggiurkan! Ia hadir dalam bentuk:

  • Double Chocolate Peppermint Cocoa (panas/berais) (biasa RM 18.90)

Sajian kopi Holiday Blend juga kini kembali (kecil RM 9.50, biasa RM 10.50) dan akan dihidangkan secara percuma bersama All-Day Breakfast Set!

Selain itu, anda boleh lengkapkan pengalaman keraian anda dengan aneka juadah bertemakan musim cuti hujung tahun ini! Musim ini juga untuk anda meneliti barangan siri Holiday Amber Wing, yang bakal datang ke kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia terdekat tidak lama lagi! Siri ini termasuk Chill Amber Wing, Arendal Amber Wing dan Sustain Amber Wing. Selain itu, tag hadiah musim cuti juga aka dijual pada RM 2.00 setiap tag hadiah, atau RM 8.00 sebagai set empat. Inilah sebahagian daripada program Caring Cup, di mana semua hasil jualan tag hadiah ini akan didermakan kepada Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia (ADFM).

Pelbagai promosi juga menanti anda untuk menyerikan lagi perayaan hujung tahun ini!

Pertama sekali, promosi “early bird” ditawarkan untuk barangan musim cuti kami yang terpilih. Ahli kad TCB dan pelanggan yang membuat pesanan dalam talian boleh menikmati diskaun sebanyak 20% bagi santapan Snowy Holiday, Happy Holiday Log (bentuk sebiji kek), Warm Winter Log (bentuk sebiji kek), Starry Starry Night (bentuk sebiji tart) dan Winter Berry (bentuk sebiji kek) mulai hari ini hingga 30 November 2022.

Tambahan lagi, bagi mereka yang ingin mendapatkan mesin pembuat kopi, Single Serve Machine (SSM) untuk diri mereka atau insan tersayang, boleh menikmati diskaun sebanyak 30% bagi mana-mana SSM mulai sekarang hingga akhir tahun ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi platform dalam talian kami seperti Facebook di http://www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram di @coffeebeanMY, TikTok di @coffeebeanMY, atau laman sesawang kami di http://www.coffeebean.com.my.

Lembaran Fakta The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia – Menu Musim Cuti 2022

Starry Starry Night

Starry Starry Nights persembahkan coklat dan raspberi untuk mewarnai detik romantik anda!

Disediakan dalam bentuk sebiji tart (RM159.00/1.4 kg) dan potongan (RM15.90/potong).

Warm Winter Log

Perkenalkan Warm Winter Log! Sebuah kek yang meriah dengan ramuan kacang berangan dan segalanya yang enak-enak belaka.

Disediakan dalam bentuk sebiji kek (RM159.00/0.7 kg) dan potongan (RM15.90/potong).

Happy Holiday Log

Waktu untuk hidangan kek “balak” kami yang ikonik telah tiba; ia berintikan coklat mousse dan coklat ganace untuk menjadikan sesi keramaian anda lebih menarik.

Disediakan dalam bentuk sebiji kek (RM159.00/1.0 kg) dan potongan (RM15.90/potong).

Winter Berry

Amati musim sejuk dengan deria rasa anda. Kek ini diperbuat daripada coklat putih dan ‘fudge’ yang menyelubungi jeli strawberi dan kranberi, disempurnakan dengan butir-butir gumi yang kenyal.

Disediakan dalam bentuk sebiji kek (RM159.00/1.8 kg) dan potongan (RM15.90/potong), serta saiz kecil (RM65.00/0.6 kg).

Lil’ Mr Snow

Hadiahkan Lil’ Mr Snow kepada insan kesayangan anda untuk mengukir senyuman pada wajah mereka!

Setiap satu berharga RM9.90.

Jolly Breadman

Juadah untuk si cilik dan mereka yang berjiwa muda! Biskut halia Jolly Breadman hadir dengan butang bajunya yang diperbuat daripada bebola manisan, manakala coklat gelap dan putih untuk senyumannya!

Setiap satu berharga RM8.50.

Snowy Holiday

Singkap musim salju dengan rumah biskut halia kami yang dikraf menggunakan tangan. Biarkan setiap suapan membawa anda ke satu perjalanan yang enak.

Setiap satu berharga RM230.00 (2.0 kg).

Jingle Berry Swirl

Manjakan diri anda dengan juadah Jingle Berry Swirl! Beramuankan kranberi dan badam, hidangan ini akan menyuntik keceriaan pada hari anda!

Setiap satu berharga RM9.50.

Panettone Frost

Persembahkan roti tradisional Itali sempena detik yang istimewa ini. Berintikan kismis, kranberi, dan kulit oren.

Setiap satu berharga RM7.50.

Grandpa’s Chicken Sandwich

Bagi para peminat sandwic, kami tidak lupakan anda! Santapan ini menampilkan ayam salai, timun, tomato, dan limpahan sos kranberi dalam sekeping ban.

Setiap satu berharga RM22.00.

Grandma’s Smoked Duck Salad

Sempena musim cuti ini, kami persembahkan hidangan dada itik salai beralaskan salad mesklun, lalu disempurnakan dengan sos mustard madu kami yang popular, dan secubit jeli kranberi.

Setiap satu berharga RM28.00.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: