Telefon vivo Siri X80 dilancarkan hasil kerjasama antara vivo Malaysia dengan ZEISS.
Siri fotografi terunggul: vivo Siri X80 ini membawakan pengalaman mudah alih premium yang lebih hebat lagi kepada pengguna dengan keupayaan pengimejan sinematik baharu.
Dibangunkan berasaskan ciri vivo Siri X yang mengetengahkan fotografi mudah alih profesional, vivo Siri X80 yang menampilkan X80 dan X80 Pro membuktikan usaha yang berterusan dalam membawakan pengalaman pengguna yang terunggul dalam fotografi dan videografi dengan mod sinematik artistik, konfigurasi terbaik, dan inovasi teknologi.
Harga dan Ketersediaan
vivo X80 Pro dijual pada harga RM4,999, manakala vivo X80 boleh didapati pada harga RM3,499. Rangkaian baharu ini boleh didapati menerusi pratempahan di e-kedai rasmi vivo Malaysia dan gedung rasmi utama vivo Malaysia di Shopee dan Lazada.
Pelanggan yang membuat pratempahan bagi X80 Pro dari 8 hingga 13 Mei layak menerima hadiah-hadiah percuma bernilai sehingga RM1,525, termasuklah Vertical Wireless Flash Charger vivo 50W, jaminan penukaran 1-untuk-1 dalam tempoh 100 hari, sarung telefon, dan waranti tambahan perlindungan bateri. Sementara itu, bagi pembeli X80 pula, mereka boleh mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,465, termasuklah vivo TWS 2e, jaminan penukaran 1-untuk-1 dalam tempoh 100 hari, sarung telefon, dan waranti tambahan perlindungan bateri.
Ciri Pengimejan Profesional Inovatif dengan ZEISS
Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, berkata:
“vivo Siri X80 menunjukkan usaha kami yang berterusan ke arah inovasi berorientasikan pengguna dan teknologi pengimejan mudah alih premium. Dalam kolaborasi yang berterusan dengan ZEISS, peneraju global dalam bidang optik dan optoelektronik, kami sekali lagi membawakan pengalaman revolusioner kepada pengguna yang kini dapat merakam memori dan menghasilkan foto dan video berkualiti dengan kelebihan dari segi dinamik dan perspektif.”
Diperkasa oleh dual chip untuk pengimejan profesional, vivo Siri X80 menampilkan penambahbaikan meluas yang melangkaui pengalaman fotografi mudah alih yang tiada bandingannya, dan buat julung kalinya, membawakan mod video gaya sinematik melalui kolaborasi dengan ZEISS.
Ciri ZEISS Cinematic Video Bokeh baharu menghasilkan bokeh yang menonjol dengan kesan flare bujur dengan nisbah 2.39:1, yang mewujudkan kesan lensa sinematik skrin lebar yang dapat merakam video yang ekspresif dan mempunyai nilai estetik yang tinggi. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menghasilkan video potret dengan kesan bokeh menggunakan lensa biasa dengan satu sentuhan sahaja. Kesan bokeh berbeza-beza mengikut jarak fokus, apertur, dan jarak rakaman; dan kesan flare adalah berbentuk bulat dalam bingkai 16:9 biasa.
vivo Siri X80 turut menyertakan ZEISS Cinematic Style Bokeh dalam rangkaian ciri ZEISS Superb Portrait, yang membolehkan pengguna menghasilkan estetik klasik Hollywood dengan menggunakan kesan bokeh seakan filem yang digandingkan dengan flare berbentuk bujur memanjang yang artistik. Kesan keseluruhan boleh ditingkatkan dengan algoritma simulasi lensa sinematik vivo dan teknologi kedalaman medan dwikamera yang menggabungkan penerapan dan pemprosesan flare. Teknologi ini mengenal pasti titik yang paling terang pada gambar dan menaikkannya dengan ciri cahaya biru artistik yang menyerupai silau biru di lensa filem.
vivo masih mengekalkan kesan pemandangan malam yang hebat menerusi ZEISS Superb Night Camera. Ditambah pula dengan ciri-ciri yang ditambah baik seperti Pure Night View, Siri X80 mampu merakam pemandangan di bandar pada waktu malam, pada masa yang sama mengekalkan senario sebenar pemandangan tersebut. Di samping itu, X80 Pro menyokong XDR Photo, yang meningkatkan kejelasan bagi imej yang mempunyai pencahayaan belakang dan rona yang dapat mencerminkan dengan lebih baik apa yang dapat dilihat oleh mata manusia. Prestasi pemandangan pada waktu malam kekal hebat dengan ZEISS T* Coating eksklusif yang melengkapi semua peranti, yang mempertingkatkan penghantaran cahaya untuk mengurangkan pantulan dan cahaya lilau.
Untuk membawakan pengalaman fotografi mudah alih yang terunggul, Siri X80 dari vivo juga menyertakan ZEISS Natural Colour yang dibantu oleh AI Perception Engine yang pertama bagi siri ini untuk meningkatkan ketepatan warna dan memudahkan perubahan warna dan kecerahan semasa rakaman. ZEISS Natural Colour adalah teknologi pengubahan rona yang memaparkan warna-warna semulajadi, yang merupakan peneraju dalam industri. Bila digabungkan dengan AI Perception Engine, ia mengoptimakan dedahan yang tepat dan imbangan putih secara automatik untuk rakaman yang autentik. Penambahbaikan ciri ini turut menyertakan keupayaan untuk mengubah kecerahan rona bagi rakaman pengalaman yang tampak hidup, bermutu, dan natural.
Pengalaman Fotografi Mudah Alih Premium
Siri X80 yang dilengkapi penambahbaikan fotografi unggul tetap mengekalkan ciri-ciri klasik yang terbaik yang meletakkan vivo sebagai jenama pilihan bagi fotografi mudah alih. Pengguna boleh terus menghasilkan karya fotografi dan videografi dengan mudah menerusi inovasi vivo yang berorientasikan pengguna ini.
X80 Pro didatangkan dengan sistem EMPAT kamera belakang:
- kamera Ultra-Sensing GNV 50MP yang lengkap dengan penstabilan imej optik (OIS)
- kamera sudut lebar 48MP
- kamera Gimbal Portrait 12MP
- kamera Periscope 8MP dan kamera depan 32MP
Kamera Gimbal Portrait 12MP adalah penambahbaikan teras yang meningkatkan kualiti dan kestabilan video, manakala kamera utama X80 Pro turut menyertakan Ultra-Sensing GNV Sensor yang disesuaikan khusus untuk mengoptimumkan keterpantulan dan mengurangkan cahaya lilau, digabungkan dengan High Transmittance Glass Lens bagi penyebaran dan aliran suhu yang rendah untuk mengurangkan silau. Model X80 pula mempunyai kamera depan 32MP dan sistem kamera belakang yang terdiri daripada Ultra-Sensing Sensor Camera 50MP, Portrait Camera 12MP, dan kamera sudut lebar 12MP baharu. Model X80 menampilkan sensor ultra-sensing IMX866 baharu yang meningkatkan prestasi kamera dalam keadaan yang gelap dan kurang pencahayaan.
Untuk pengalaman pengimejan berkualiti tinggi, Siri X80 dilengkapi dengan cip pengimejan khusus yang terkini oleh vivo, iaitu cip vivo V1+, yang membawakan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna dengan sistem AI terbina dalam bagi peningkatan visual tahap profesional. X80 Pro pula mempunyai ciri tambahan iaitu AI Video Enhancement yang membolehkan peranti menukar secara automatik antara video HDR dan mod malam mengikut senario. Cip vivo V1+ juga mempertingkatkan pengalaman visual bagi X80 series dari segi paparan dan gaming.
Camera Panning merupakan ciri baharu yang eksklusif yang meningkatkan lagi keupayaan dinamik siri yang unggul ini. Teknologi pengesanan pergerakan potret peranti ini boleh mengurangkan kekaburan gerakan yang disebabkan oleh tangan yang bergoyang. Mod Night Sports pada X80 Pro membolehkan pengguna merakam imej hebat dan dinamik, kerana ia mampu merakam gambar yang lebih jelas walau dalam senario yang ekstrem sekalipun, dengan keupayaan pengesanan pergerakannya yang dipertingkatkan.
Prestasi yang Unggul
Continue reading “VIVO X80 TAWAR PENGIMEJAN SINEMATIK BAHARU”