Guardian Malaysia Umum Empat Pemenang “The Face of Healthy Beauty”

Selama dua bulan Guardian Malaysia melakukan pencarian untuk pertandingan ‘The Face of Healthy Beauty’, akhirnya pada 27 Julai lalu, mereka telah menemui EMPAT wanita Malaysia daripada 16 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan tersebut.

Their lives will not be the same again! From left - Nur Aimi Abdul Ghani, Nurul Ezzaty Hasbullah, Karyll Chee and Yasmin Khalid were crowned as Guardian's Face of Healthy Beauty

EMPAT wanita tersebut adalah:

  1. Nur Aimi Binti Abdul Ghani, 31
  2. Nurul Ezzaty Binti Hasbullah, 23
  3. Karyll Chee Kar Yee, 23
  4. Yasmin Binti Khalid, 23

The 16 grand finalists of The Face of Healthy Beauty posing for a group photo

Keempat-empat wanita ini telah dinobatkan selepas pencarian selama dua bulan di seluruh negara yang menyaksikan lebih 1,100 penyertaan termasuk berjaya melepasi 400 calon terpilih dan 100 peserta separuh akhir dari 4 wilayah berbeza di Malaysia.

Bagi keempat-empat wanita ini, hidup mereka bakal berubah.

Setiap pemenang akan:

  • menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian
  • menerima wang tunai bernilai RM10,000
  • baucar Guardian bernilai RM10,000
  • RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi amal pilihan mereka
  • bakal menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolateral lain
  • menerima produk-produk sumbangan penaja.

(Right) Nurul Ezzaty explaining her healthy edible terrarium to the judges at the Grand Finale of The Face of Healthy Beauty

Dikenali sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian ‘The Face of Healthy Beauty’ ini terbuka kepada semua wanita Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Berucap di pertandingan akhir tersebut, DY Cho, Pengarah Pemasaran, Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;

“Pencarian Duta Jenama Guardian baru ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat kami kerana kami menemui begitu ramai wanita yang memberi inspirasi dan menepati kriteria pencarian iaitu Healthy Beauty.

Keempat-empat orang pemenang ‘Face of Healthy Beauty’ ini merupakan bukti falsafah jenama Guardian iaitu kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar dan mereka akan membantu kami menyebarkan mesej ini kepada para pelanggan kami. Mereka adalah wanita yang menjalani kehidupan sepenuhnya dengan cara yang sihat dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang menarik. Mereka juga mempunyai sikap yang positif, mengutamakan kesihatan dan turut mementingkan penampilan diri.” 

Selain empat pemenang utama, terdapat lapan pemenang kategori dan mereka adalah;
1. Paling Sihat (diilhamkan oleh Blackmores) – Cruzellyn Alex
2. Paling Elegan (diilhamkan oleh Bio-essence) – Palvinder Kaur A/P Savinder Singh
3. Paling Kelihatan Muda (diilhamkan oleh Garnier) – Nur Aimi Binti Abdul Ghani
4. Paling Ekspresif (diilhamkan oleh L’oreal) – Karyll Chee Kar Yee
5. Paling Bersemangat (diilhamkan oleh Maybelline) – Nurul Ezzaty Binti Hasbullah
6. Paling Berkeyakinan (diilhamkan oleh Nivea) – Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal
7. Paling Ceria (diilhamkan oleh Safi) – Vanessa Yoong Foong Woon
8. Paling Menawan (diilhamkan oleh TRESemmé) – Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman

Setiap pemenang kategori membawa pulang hamper produk bernilai RM500.

Bagi pelanggan Guardian yang telah mengundi finalis kegemaran mereka untuk menang dalam Pusingan Akhir, teruskan mengikuti laman Facebook Guardian untuk mengetahui siapakah pengundi bertuah yang dipilih oleh para pemenang untuk memenangi baucar Guardian bernilai RM500.

Maklumat lanjut tentang pencarian dan finalis pertandingan akhir serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

#guardianmy
#faceofguardianmy

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: