Guardian Malaysia Umum Empat Pemenang “The Face of Healthy Beauty”

Selama dua bulan Guardian Malaysia melakukan pencarian untuk pertandingan ‘The Face of Healthy Beauty’, akhirnya pada 27 Julai lalu, mereka telah menemui EMPAT wanita Malaysia daripada 16 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan tersebut.

Their lives will not be the same again! From left - Nur Aimi Abdul Ghani, Nurul Ezzaty Hasbullah, Karyll Chee and Yasmin Khalid were crowned as Guardian's Face of Healthy Beauty

EMPAT wanita tersebut adalah:

  1. Nur Aimi Binti Abdul Ghani, 31
  2. Nurul Ezzaty Binti Hasbullah, 23
  3. Karyll Chee Kar Yee, 23
  4. Yasmin Binti Khalid, 23

The 16 grand finalists of The Face of Healthy Beauty posing for a group photo

Keempat-empat wanita ini telah dinobatkan selepas pencarian selama dua bulan di seluruh negara yang menyaksikan lebih 1,100 penyertaan termasuk berjaya melepasi 400 calon terpilih dan 100 peserta separuh akhir dari 4 wilayah berbeza di Malaysia.

Bagi keempat-empat wanita ini, hidup mereka bakal berubah.

Setiap pemenang akan:

  • menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian
  • menerima wang tunai bernilai RM10,000
  • baucar Guardian bernilai RM10,000
  • RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi amal pilihan mereka
  • bakal menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolateral lain
  • menerima produk-produk sumbangan penaja.

(Right) Nurul Ezzaty explaining her healthy edible terrarium to the judges at the Grand Finale of The Face of Healthy Beauty

Dikenali sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian ‘The Face of Healthy Beauty’ ini terbuka kepada semua wanita Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Berucap di pertandingan akhir tersebut, DY Cho, Pengarah Pemasaran, Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;

“Pencarian Duta Jenama Guardian baru ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat kami kerana kami menemui begitu ramai wanita yang memberi inspirasi dan menepati kriteria pencarian iaitu Healthy Beauty.

Keempat-empat orang pemenang ‘Face of Healthy Beauty’ ini merupakan bukti falsafah jenama Guardian iaitu kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar dan mereka akan membantu kami menyebarkan mesej ini kepada para pelanggan kami. Mereka adalah wanita yang menjalani kehidupan sepenuhnya dengan cara yang sihat dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang menarik. Mereka juga mempunyai sikap yang positif, mengutamakan kesihatan dan turut mementingkan penampilan diri.” 

Selain empat pemenang utama, terdapat lapan pemenang kategori dan mereka adalah;
1. Paling Sihat (diilhamkan oleh Blackmores) – Cruzellyn Alex
2. Paling Elegan (diilhamkan oleh Bio-essence) – Palvinder Kaur A/P Savinder Singh
3. Paling Kelihatan Muda (diilhamkan oleh Garnier) – Nur Aimi Binti Abdul Ghani
4. Paling Ekspresif (diilhamkan oleh L’oreal) – Karyll Chee Kar Yee
5. Paling Bersemangat (diilhamkan oleh Maybelline) – Nurul Ezzaty Binti Hasbullah
6. Paling Berkeyakinan (diilhamkan oleh Nivea) – Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal
7. Paling Ceria (diilhamkan oleh Safi) – Vanessa Yoong Foong Woon
8. Paling Menawan (diilhamkan oleh TRESemmé) – Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman

Setiap pemenang kategori membawa pulang hamper produk bernilai RM500.

Bagi pelanggan Guardian yang telah mengundi finalis kegemaran mereka untuk menang dalam Pusingan Akhir, teruskan mengikuti laman Facebook Guardian untuk mengetahui siapakah pengundi bertuah yang dipilih oleh para pemenang untuk memenangi baucar Guardian bernilai RM500.

Maklumat lanjut tentang pencarian dan finalis pertandingan akhir serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

#guardianmy
#faceofguardianmy

 

Kempen ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ Tawar Hadiah Bernilai RM200,000

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memenangi sebuah Nissan Serena!!

Photo(1)

Kempen ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ yang dipenuhi dengan lebih banyak ganjaran hebat ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pengguna atas sokongan mereka.

IMG_20190711_110124

Kempen-kempen Pensonic yang diadakan setiap tahun amat popular kerana ia bagaikan pesta bagi pengguna-pengguna produk Pensonic dengan aktiviti menarik seperti kelas memasak di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negeri, peraduan-peraduan Facebook dan beraneka hadiah untuk dimenangi.

Tahukah anda?

Musim keempat rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’, walaupun hanya disiarkan di TV3, rancangan ini telah berjaya mencapai penonton lebih daripada 7.7 juta!!!.

Rancangan musim ini lebih meriah dengan tema barunya, ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’.

Rancangan yang mengandungi LAPAN episod ini akan keudara setiap Hari Isnin, jam 6 petang bermula 12 Ogos 2019. Selepas menonton rancangan ini, sila ke Facebook Pensonic dan jawab satu soalan mudah Peraduan Beli, Tonton & Menang untuk peluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000 termasuk sebuah kereta Nissan Serena dan produk elektrik rumah.

Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah iaitu:

1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit semasa kempen iaitu dalam tempoh 15 Julai hingga 15 Oktober 2019.
2. ‘Like’ & ‘Share’ Facebook Pensonic & poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
3. Tonton rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ di TV3.
4. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.
5. Pastikan anda mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.

Selain dari Hadiah Nissan Serena, Hadiah Istimewa termasuklah:
1. Vacuum Robotik Pintar Toush
2. Penyaman Udara 2.0h/p Pensonic
3. Mesin Basuh 8.5kgs Pensonic
4. TV LED 43” Pensonic

Menarik bukan!!!

Senarai hadiah-hadiah istimewa akan dipaparkan di Facebook Pensonic tidak lama lagi.

Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 12 Ogos 2019. Hadiah mingguan akan dipaparkan di poster soalan peraduan, oleh itu sila ke Facebook Pensonic selepas menonton rancangan ini di TV3.

Pengguna yang menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang, yang memenangi hadiah, dan juga peserta-peserta yang memenuhi syarat-syarat peraduan tetapi tidak pernah memenangi hadiah, masih berpeluang menyertai Cabutan Bertuah Peringkat Akhir (Grand Final) pada bulan November 2019, yang akan disiarkan di Facebook Pensonic dan memenangi hadiah-hadiah, termasuk sebuah kereta Nissan Serena bernilai lebih RM131,000.00!

Rancangan masakan pada kali istimewa kerana ia bersempena dengan hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Dato’ Chef Haji Ismail bersama 11 selebriti ‘Anak Malaysia’, berkongsi resipi-resipi tempatan yang menyelerakan sebagai penghargaan kepada masakan-masakan tempatan.

Antara selebriti popular ‘Anak Malaysia’ tempatan dalam rancangan pada kali ini ialah Adeline Tsen, JC Chee, Ernie Zakri, Izzue Islam, Thanuja Ananthan, Bella Astillah, Fizo Omar, Diana Daniele, Sweet Qismina, Ryzal Jaafar and Afifah Nasir.

Penonton di rumah yang menonton rancangan masakan ini dan menyertai peraduan Beli, Tonton & Menang mempunyai banyak peluang memenangi produk Pensonic kerana terdapat 3 hadiah untuk dimenangi setiap minggu selama 8 minggu.

Oleh itu, setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat, mempelbagaikan masakan anda dengan mempelajari resipi-resipi baru dalam rancangan ini, dan juga menonton selebriti kegemaran anda memasak dengan Dato’ Chef Haji Ismail. Sememangnya cara yang paling baik untuk meluangkan masa anda.

“Kini anda tidak perlu lagi menghabiskan masa berjam-jam bertungkus lumus di dapur untuk menyediakan makanan yang berkhasiat. Tontoni rancangan masakan kami untuk mengetahui bagaimana menyediakan hidangan yang lazat dan berkhasiat dengan menggunakan produk elektrik rumah Pensonic.

Sertai peraduan Beli, Tonton & Menang di Facebook selepas menonton rancangan masakan kami kerana anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan melengkapkan produk elektrik rumah anda, oleh itu sila tonton rancangan ini,”

Juga, sebagai penghargaan kepada kebudayaan tempatan, kami telah melancarkan satu siri produk Pensonic yang elegan dengan corak geometrik tradisional yang diberi nama Siri Batik Pensonic.

Pensonic adalah syarikat tempatan, oleh itu kami akan menyokong kebudayaan tempatan. Kami berharap anda akan melengkapi dapur anda dengan Siri Batik Pensonic kerana peralatan ini dapat membangkitkan kesedaran generasi muda kita mengenai kekayaan warisan budaya kita.

“Anda dapat melihat Siri Batik Pensonic dalam rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ juga”, kata Pengarah Eksekutif Kumpulan Pensonic En.Nelson Chew.

“Selain dari rancangan masakan, kami juga telah mengadakan kelas memasak di lokasi-lokasi terpilih di negara ini. Kelas Memasak ‘Riang Ria Memasak Bersama Dato’ Chef Ismail’ telah diadakan di Kelantan, Kuala Lumpur, Sabah, Butterworth, Pulau Pinang and Pahang. Setiap pasukan yang menyertai kelas memasak ini telah membawa pulang hadiah-hadiah bernilai RM450.00, yang juga termasuk Periuk Serbaguna Pensonic. Jika anda berminat menyertai kelas memasak kami pada tahun hadapan, sila ‘Follow’ Facebook Pensonic untuk mengetahui caranya kerana tempat untuk peserta adalah terhad!”, tambah beliau.

En.Nelson mengumumkan,

“Kami berasa gembira berkongsi satu lagi berita hebat dengan anda. Euromonitor International, iaitu syarikat utama yang menjalankan penyelidikan pasaran strategik, telah membentangkan laporannya untuk pasaran peralatan elektrik rumah di Malaysia.
Pensonic ialah jenama tempatan dengan jualan paling laris dalam dua kategori iaitu kategori Peralatan Kecil (Small Appliances) dan Peralatan Penyediaan Makanan (Food Preparation Appliances).

Pensonic juga telah mempertahankan kedudukan kami sebagai jenama ketiga paling popular dibandingkan dengan jenama lain di Malaysia termasuk jenama antarabangsa dalam kategori Peralatan Kecil (Small Appliances) dan Peralatan Penyediaan Makanan (Food Preparation Appliances). Kami berterima kasih kepada pelanggan kami yang telah menyokong kami selama ini”.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang makan hidangan yang disediakan di rumah memakan kurang makanan yang diproses, lebih ceria dan sihat, mempunyai lebih banyak tenaga dan kesihatan mental yang lebih baik. Produk Pensonic adalah produk mampu milik yang memudahkan kerja memasak supaya anda dapat meluangkan lebih banyak masa bersama mereka yang bermakna atau penting dalam kehidupan anda. Gunakan produk Pensonic di rumah anda untuk membantu anda menyediakan hidangan yang menyelerakan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Produk Pensonic menjadikan suasana rumah anda lebih gembira.

Anda dijemput melayari:

  • laman Facebook Pensonic Malaysia Facebook page
  • laman sesawang Pensonic: https://www.pensonic.com
  • menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770

Artistik Geometri ‘Radiance of Eid’ Serlahkan Sambutan Raya Avenue K

Sempena meraikan kehadiran Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba tak lama, pusat beli-belah Avenue K meriah dengan paparan artistik Geometri berwarna-warni.

IMG_20190516_181001

Pengunjung ke sini pastinya akan teruja dengan kehadiran paparan Geometri berbentuk bintang yang besar, tergantung di satu sudut di Atrium yang menghasilkan pencahayaan terang di segenap bazar berdekatan.

Diinspirasikan melalui corak-corak pada geometrik Islam, paparan artisitik yang mengambil tema ‘Radiance of Eid’ ini turut menyerlahkan gubahan-gubahan bunga tropika yang digabungkan bersama pada paparan tersebut, menjadikan ruang di Atrium berseri-seri dengan kehadiran bunga-bungaan dan warna-warna ceria yang dihasikan oleh paparan artisitik.

IMG_20190516_183608

Kehadiran bulan Ramadan 2019 bertambah seri apabila Avenue K meraikan 25 kanak-kanak dari Pertubuhan Darul Fakir Malaysia. Mereka dibawa membeli pakaian raya, diberikan duit raya dan juga menikmati hidangan berbuka puasa bersama-sama staf, media dan penyanyi Kaka Azraff yang sebelum itu menghiburkan tetamu yang datang dengan lagu hit beliau ‘Bawaku Pergi’, ‘Sibuk’ dan juga lagu raya.

Avenue K menawarkan pelbagai barangan yang boleh dibeli untuk sambutan hari raya melalui Pasar Seloka yang mana tahun ini, kembali dengan lebih besar dan lebih banyak gerai-gerai tempatan yang menjual produk-produk berkualiti tinggi dan juga lebih moden seperti pakaian, alat solek, aksesori fesyen, kuih-kuih raya dan banyak lagi agar pengunjung yang datang membeli-belah boleh mendapatkan produk yang terbaik untuk menyambut keriangan Aidil Fitri bersama-sama keluarga.

Print

Bagi pengunjung yang membeli-belah minimum RM250 di Avenue K (RM200 jika anda ahli kad AK Neighbours  ) dalam dua resit atau kurang, membolehkan anda menebus satu set sampul kad raya yang cantik, sementara stok masih ada.

Selain itu, anda juga boleh menikmati juadah percuma dengan pembelian minimum RM500 dalam maksimum 2 resit, di mana Avenue K akan memberikan baucar makanan ‘Buka Puasa’ bernilai lebih RM100. Baucar-baucar makanan itu meliputi Samba Brazilian Steakhouse, Kafe Juan Valdez, Nene Chicken, Baba Nyonya dan Wrap ‘N Roll.

Untuk memberi lebih banyak tawaran hebat sempena ‘balik kampung’, pengujung boleh memyertai pertandingan mingguan ‘Top Spender’ di mana anda berpeluang menjadi 30 pelanggan Avenue K yang memenangi Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad bernilai RM100. Bermula 10 hingga 27 Mei ini, 10 pemenang akan dipilih, maka bersedialah untuk terpilih sebagai salah seorang pemenang!

Bagi mereka yang suka mengambil gambar ‘selfie’, anda boleh menyertai Pertandingan Instagram ‘Jom Selfie’ dan berpeluang membawa balik hamper Raya eksklusif bernilai RM200 daripada Pasar Seloka dan Wondermilk. Maka, apa lagi, follow @avenuekmy untuk maklumat lanjut.

Jika anda biasa mengguna aplikasi Grab pula, masukkan kod AKRAYA19 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM10 untuk 2 kali perjalanan pergi dan balik dari Avenue K (hanya untuk 1,000 perjalanan pertama). Penebusan diskaun ini bermula pada 10 Mei hingga 9 June sahaja.

Jadi, jangan lepaskan peluang mendapatkan pelbagai tawaran hebat yang ditawarkan oleh Avenue K sepanjang Ramadan ini.

Sunway Pyramid Bertukar Menjadi Taman Bunga Raya Menjelang Aidil Fitri

Ini bertetapan   dengan tema sambutan Raya Aidil Fitri tahun ini iaitu “Bunga-Bunga Raya”. Taman bunga ini boleh dijumpai di Orange Concourse, aras LG2 bermula 10 Mei hingga 9 Jun.

IMG_20190510_171905

“Di bawah tema utama ‘Bunga-Bunga Raya’, pusat beli-belah Sunway Pyramid telah memilih untuk mempamerkan bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang melambangkan kebersamaan. Sebagaimana perbezaan saiz dan bentuk bunga raya mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian, kami berharap perayaan Hari Raya tahun ini akan terus mengukuhkan semangat kebersamaan bagi tahun-tahun yang akan datang,” kata HC Chan, Ketua Pengawai Eksekutif Sunway Malls dan Taman Tema Sunway.

Photo 4 (2)

Kesemua pusat beli-belah Sunway akan mengetengahkan konsep kreatif mereka tersendiri berdasarkan tema utama yang meraikan kecantikan bunga-bunga Malaysia termasuk:

  • Bunga Raya
  • Bunga Orkid
  • Bunga Kertas (Bougainvillea)
  • Bunga Geranium
  • Bunga Seri Pagi (Morning Glory)
  • Bunga Melati (Jasmine)

Selain dari segi estetika, setiap bunga juga mempunyai makna simboliknya yang masing-masing membawakan maksud seperti kebersamaan, perayaan, pengampunan, harapan, permulaan dan kemurnian.

IMG_20190510_171944

Sunway Pyramid turut menjalin kerjasama dengan Kumpulan Naza untuk menghadiahkan sebuah Vespa edisi terhad kepada seorang pemenang bertuah. Vespa yang bergaya ini lebih istimewa kerana karya seni pada Vespa tersebut adalah hasil tangan karyawan seni terkenal, Fritilldea.

Untuk memiliki Vespa edisi terhad ini, pembeli hanya perlu melengkapkan tiga aktiviti di Orange Concourse Sunway Pyramid, imbas kod QR yang unik untuk muat turun aplikasi mudah alih Sunway Pyramid yang baharu dan daftarkan diri untuk peraduan ini yang akan berakhir pada 9 Jun.

Aktiviti PERTAMA melibatkan acara menangkap dan mengongsikan gambar kreatif menerusi laman Instagram atau Facebook di Buaian Bunga-Bunga (Bunga-Bunga Swing), kemudian melengkapkan EMPAT aksi di Kawasan Permainan Hopscotch (Hopscotch Play Area)

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Laluan Flora Mekar (Blooming Floral Walk); mereka yang meluangkan masa berjalan di laluan ini akan memperoleh sehelai kelopak bunga. Pembeli-belah juga boleh mengamati taman mekar yang interaktif dan serba unik serta serlahkan bakat kreatif mereka dengan menghasilkan pertunjukan bunga mereka sendiri. Kelopak bunga yang terakhir dapat diperoleh dengan mengambil gambar di kios foto Laluan Memori Flora (Floral Memory Lane).

Orange Concourse dihiasi dengan gubahan serta susunan bunga-bungaan yang membolehkan pengunjung mengamati keindahannya merentasi taman dalam bangunan yang unik ini dengan lima aktiviti berbeza, setiap satu daripadanya melambangkan sehelai kelopak bunga raya.

Bagi mereka yang ingin membawa pulang hadiah atau dekor bunga-bungaan sempena musim perayaan ini, pembeli-belah boleh mengunjungi pasar bunga Fleurs Raya atau mencuba kemahiran seni dan kraf mereka di bengkel-bengkel yang akan dianjurkan di dataran tersebut pada tarikh yang tertentu. Pembeli-belah juga boleh belajar menjaga taman mini mereka sendiri dengan menghadiri bengkel dekoratif bunga yang akan diadakan pada hujung minggu.

Untuk memaniskan lagi acara perayaan ini, pembeli-belah boleh memanjakan diri mereka dengan coklat Royce dan pembeli-belah yang berbelanja RM 500 dalam jumlah resit maksimum iaitu sebanyak dua resit (RM 400 untuk pemegang kad kredit HSBC) boleh menebus sebalang Yankee Candle di dataran tersebut.

Dengan lebih daripada 1,000 kedai khusus yang terletak dalam pusat beli-belah ini yang merangkumi fesyen antarabangsa, kecantikan, sukan dan gaya hidup, gajet, permainan dan banyak lagi, pembeli-belah pasti akan rambang mata! Jadi, jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Sunway Pyramid terbaharu yang menyediakan pelbagai tawaran eksklusif untuk anda!

Jika anda ingin memetik inspirasi berkaitan hadiah, fesyen, makanan dan banyak lagi sempena Raya ini, sila layari http://www.sunwaypyramid.com/bungabungaraya.

Ikuti perkembangan daripada laman media sosial Sunway Pyramid untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau layari:

Pusat Beli-Belah Sunway sedang bersiap untuk menjadi antara pemilik-operator pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dengan projek-projek sedia ada dan yang dirancang kini meliputi NLA yang berjumlah 7.7 juta kaki persegi, dan angka ini bakal ditingkatkan kepada NLA berjumlah 10.2 juta kaki persegi tidak lama lagi.

Pusat-pusat beli-belah tersebut meliputi:-

  1. Sunway Pyramid, Sunway City, Kuala Lumpur
  2. Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
  3. Sunway Big Box Village, Sunway Iskandar, Johor
  4. Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
  5. Sunway Carnival Mall, Penang
  6. Sunway Citrine, Sunway Iskandar, Johor
  7. Sunway Giza Mall, Kota Damansara