Guardian Malaysia Umum Empat Pemenang “The Face of Healthy Beauty”

Selama dua bulan Guardian Malaysia melakukan pencarian untuk pertandingan ‘The Face of Healthy Beauty’, akhirnya pada 27 Julai lalu, mereka telah menemui EMPAT wanita Malaysia daripada 16 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan tersebut.

Their lives will not be the same again! From left - Nur Aimi Abdul Ghani, Nurul Ezzaty Hasbullah, Karyll Chee and Yasmin Khalid were crowned as Guardian's Face of Healthy Beauty

EMPAT wanita tersebut adalah:

  1. Nur Aimi Binti Abdul Ghani, 31
  2. Nurul Ezzaty Binti Hasbullah, 23
  3. Karyll Chee Kar Yee, 23
  4. Yasmin Binti Khalid, 23

The 16 grand finalists of The Face of Healthy Beauty posing for a group photo

Keempat-empat wanita ini telah dinobatkan selepas pencarian selama dua bulan di seluruh negara yang menyaksikan lebih 1,100 penyertaan termasuk berjaya melepasi 400 calon terpilih dan 100 peserta separuh akhir dari 4 wilayah berbeza di Malaysia.

Bagi keempat-empat wanita ini, hidup mereka bakal berubah.

Setiap pemenang akan:

  • menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian
  • menerima wang tunai bernilai RM10,000
  • baucar Guardian bernilai RM10,000
  • RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi amal pilihan mereka
  • bakal menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolateral lain
  • menerima produk-produk sumbangan penaja.

(Right) Nurul Ezzaty explaining her healthy edible terrarium to the judges at the Grand Finale of The Face of Healthy Beauty

Dikenali sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian ‘The Face of Healthy Beauty’ ini terbuka kepada semua wanita Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Berucap di pertandingan akhir tersebut, DY Cho, Pengarah Pemasaran, Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;

“Pencarian Duta Jenama Guardian baru ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat kami kerana kami menemui begitu ramai wanita yang memberi inspirasi dan menepati kriteria pencarian iaitu Healthy Beauty.

Keempat-empat orang pemenang ‘Face of Healthy Beauty’ ini merupakan bukti falsafah jenama Guardian iaitu kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar dan mereka akan membantu kami menyebarkan mesej ini kepada para pelanggan kami. Mereka adalah wanita yang menjalani kehidupan sepenuhnya dengan cara yang sihat dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang menarik. Mereka juga mempunyai sikap yang positif, mengutamakan kesihatan dan turut mementingkan penampilan diri.” 

Selain empat pemenang utama, terdapat lapan pemenang kategori dan mereka adalah;
1. Paling Sihat (diilhamkan oleh Blackmores) – Cruzellyn Alex
2. Paling Elegan (diilhamkan oleh Bio-essence) – Palvinder Kaur A/P Savinder Singh
3. Paling Kelihatan Muda (diilhamkan oleh Garnier) – Nur Aimi Binti Abdul Ghani
4. Paling Ekspresif (diilhamkan oleh L’oreal) – Karyll Chee Kar Yee
5. Paling Bersemangat (diilhamkan oleh Maybelline) – Nurul Ezzaty Binti Hasbullah
6. Paling Berkeyakinan (diilhamkan oleh Nivea) – Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal
7. Paling Ceria (diilhamkan oleh Safi) – Vanessa Yoong Foong Woon
8. Paling Menawan (diilhamkan oleh TRESemmé) – Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman

Setiap pemenang kategori membawa pulang hamper produk bernilai RM500.

Bagi pelanggan Guardian yang telah mengundi finalis kegemaran mereka untuk menang dalam Pusingan Akhir, teruskan mengikuti laman Facebook Guardian untuk mengetahui siapakah pengundi bertuah yang dipilih oleh para pemenang untuk memenangi baucar Guardian bernilai RM500.

Maklumat lanjut tentang pencarian dan finalis pertandingan akhir serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

#guardianmy
#faceofguardianmy

 

‘Shop Your Way To Korea’ Bakal Bawa Pemenang Bercuti ke Korea Dengan Nilai Pakej RM36,000

EMPAT pemenang utama peraduan ‘Shop Your Way to Korea’ ini bakal memenangi Pakej Percutian Eksklusif Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan selama 7 hari 5 malam!!

Guardian Malaysia's Head of Marketing and Promotions, Wong Vai Chi (3rd from left) and Marketing Director, Cho Do Youn with the main sponsors of 'Shop Your Way To Korea' contest

Dan lagi hebat, pakej itu termasuk untuk dua orang dan harga setiap pakej bernilai RM36,000!

Hadiah kedua pula tidak kurang hebatnya iaitu Samsung Note 9 untuk 16 orang pemenang bertuah!!

Shop Your Way To Korea

Menyedari betapa hebatnya pengaruh produk dan trend Korea terhadap gaya hidup dan tabiat berbelanja pengguna setempat buat masa kini, Guardian Malaysia menawarkan peluang menarik kepada pelanggannya melalui Peraduan “Shop Your Way To Korea”.

Melalui peraduan “Shop Your Way to Korea” itu, pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama berupa Pakej Percutian Eksklusif Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea untuk DUA orang, dimana mereka boleh menyelami budaya, trend dan gaya hidup masyarakat Korea.

Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), berkata di majlis pelancaran itu:

“Sebagai peneraju dalam peruncitan kesihatan dan kecantikan, kami telah menyaksikan bagaimana produk penjagaan kulit dan kecantikan Korea dengan cepat menarik minat pelanggan kami, yang sentiasa mencari variasi, kualiti dan nilai yang lebih hebat. Jadi peraduan ini adalah untuk mengiktiraf kehebatan produk-produk Korea dalam mempengaruhi gaya hidup dan tabiat berbelanja, dalam masa yang sama, memberi ganjaran kepada pelanggan kami.

Jelas Ms Wong lagi, peraduan tersebut juga sejajar dengan polisi Guardian Malaysia yang sentiasa mengutamakan pelanggan. Guardian akan terus berusaha untuk menawarkan pelbagai promosi baru dan inovatif yang memberikan produk bervariasi, berkualiti dan bernilai hebat serta perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami.

“Kami yakin para pelanggan akan teruja dengan peraduan ini kerana ia sangat mudah dan hadiah-hadiah yang ditawarkan pula sangat menarik! Hadiah Utama adalah Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea selama 7 hari 5 malam untuk DUA orang, bernilai hampir RM36,000!

Dan lagi menarik adalah terdapat EMPAT Hadiah Utama!”

Hadiah bagi pemenang KEDUA pula berupa 16 Samsung Note 9 dan 30 hadiah KETIGA berupa baucar Guardian bernilai RM300 untuk setiap pemenang!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah-hadiah yang berjumlah lebih RM200,000 ini!

Cara menyertainya:

  1. Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 termasuk satu jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit
  2. Selepas membuat pembelian, mereka perlu ‘mengira bilangan Guardian Jeju Mask yang terdapat di dalam bekas akrilik I Guardian Heart yang berukuran 780mm (lebar), 600mm (tinggi) dan 270mm (diameter). Setiap Jeju Mask pula berukuran 11.4cm x 15.9 cm
  3. Setelah mereka yakin dengan bilangan Guardian Jeju Mask tersebut, pelanggan perlu menulis jawapan dan menghantar penyertaan mereka. Peraduan bermula pada 1 November sehingga 31 Disember. Penyertaan pula boleh dibuat melalui borang fizikal atau melalui atas talian, yang berakhir pada 31 Disember.

Sebanyak 38 jenama mengambil bahagian dalam peraduan ini, termasuk LIMA penaja utama iaitu Dove, L’Oreal, Maybelline, Pantene dan Safi.

Maklumat lengkap peraduan serta terma dan syarat boleh didapati di:

“Kami menyarankan agar pelanggan menghantar seberapa banyak mungkin penyertaan, agar peluang untuk mereka memenangi hadiah-hadiah menarik ini lebih besar.” tambah Ms Wong.

Dove DermaSeries Bantu Rawat Kulit Kering

Memang tertekan bila alami kulit kering dan sensitif. Mudah terasa gatal, sakit dan tidak selesa.

Dove DermaSeries_Photo 2

Tapi, kini tidak lagi dengan Dove DermaSeries, koleksi penjagaan kulit terbaru daripada Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd yang memang dicipta khusus untuk kulit yang sangat kering dan sensitif, dengan matlamat untuk memperkasakan dan membolehkan si penderita rasa yakin, positif dan bangga dengan kulit mereka.

Dove DermaSeries_Photo 4

“Bila kulit saya meragam, kulit akan merekah teruk, dan semua cap jari saya hilang. Keadaan memang meresahkan hati.” Michelle, yang dibelenggu masalah kulit sangat kering dan sensitif.

Wanita seperti Michelle yang mempunyai kulit sangat kering dan sensitif memerlukan belaian dan penjagaan kulit yang jauh lebih rapi. Dianggarkan seorang daripada lima individu rakyat Malaysia hidup dengan keadaan kulit yang sangat kering . Dengan gaya hidup masa kini yang semakin sibuk dan pendedahan kepada perubahan suhu dan kelembapan, semakin ramai orang terjejas.

Dr Irene Lee Chew Kek, Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Pantai Cheras, menjelaskan,

Kulit kering kekurangan lembapan dalam stratum korneum – lapisan luar kulit, dan ia boleh dikaitkan dengan kehilangan air daripada lapisan ini. Biasanya, pelembapan adalah cukup untuk membetulkan kulit dan membantu memulihkan fungsi normal rintangan kulit. Bagaimanapun, dalam keadaan kulit yang sangat kering, stratum korneum tidak berfungsi dan tidak dapat memperbaiki sendiri, lantas mengakibatkan kulit merekah, gatal dan pedih.”

Oleh yang demikian, keadaan ini akan berterusan dan berlarutan. Penghidapnya belajar untuk “menguruskan” gejala-gejala mereka, bukan menyembuhkannya, dan berusaha mengelakkan situasi yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti kepanasan atau sesetengah makanan, dan cuba menyembunyikan keadaan mereka daripada orang lain.”

“Setiap hari saya perlu jumpa pelanggan, dengan keadaan kulit saya yang terdedah, dan saya mendapat tatapan – pandangan mereka terpaku ke arah saya.” Charlene, menghadapi masalah kulit sangat kering dan sensitif.

Selain gejala fizikal, kulit kering juga boleh menjejaskan emosi, meningkatkan perasaan malu, kurang selesa dan keresahan apabila berhadapan dengan orang lain – walaupun apabila gejala mereka tidak dapat dilihat . Meskipun kelaziman keadaan kulit ini, kurang mendapat perwakilan di media, namun ia boleh menyebabkan rasa malu dan pengasingan untuk penderita.

Cathie Wu, Pakar Perunding Psikologi, Abri Integrated Mental Health, berkata,

“Terdapat hubung kait yang jelas antara kesihatan mental individu dan keadaan fizikal kulit mereka – hubung kait kulit-minda – apa yang anda rasa boleh menjejaskan kulit anda dan begitu juga sebaliknya. Dengan tumpuan kepada mereka yang menghadapi masalah kulit dan juga masalah itu sendiri, kita perlu membantu wanita yang dibelenggu masalah kulit merasa gembira dan yakin dengan kulit mereka.”

Sebagai pelopor revolusi pembersihan secara lembut sejak 60 tahun dahulu, Dove terus merintis jalan dalam kepakaran penjagaan kulit dengan pelancaran produk yang dicipta eksklusif untuk kulit sangat kering dan sensitif, yang bertujuan untuk menyuntik keyakinan dalam kalangan penghidap agar mereka boleh berbangga dengan kecantikan kulit mereka.

Dove DermaSeries sama sekali tidak menimbulkan alahan dan tidak mengandungi wangian, membolehkan proses semula jadi kulit sendiri untuk membantu memulihkan, melembapkan dan menyihatkan kulit kering, menerusi penjagaan kulit yang lebih baik.

Koleksi Dove DermaSeries membawakan EMPAT produk khusus untuk keperluan kulit kering dan sensitif:

  • basuh badan
  • losen badan
  • krim tangan
  • salap pemulihan.

Pembersih Dove DermaSeries melindungi stratum korneum, membolehkan kulit membina semula rintangan lipid dan mengurangkan kehilangan lembapan, manakala pelembap pula bukan sahaja melembapkan dan melindungi kurang kering, tetapi juga mengaktifkan PPAR – sejenis protein yang terdapat dalam kulit – untuk menyihatkan semula lipid kulit.

Bukan seperti rawatan kulit lain, yang selalunya berat dan boleh menjadikan pengguna terasa lebih tidak selesa, rangkaian Dove DermaSeries baharu membawa sentuhan kelembutan dan penjagaan ke tahap baharu dengan tekstur halus untuk melegakan kerengsaan kulit. Dengan menggabungkan keberkesanan klinikal yang cemerlang dengan faedah sensorial, koleksi ini memberikan penjagaan kulit yang berkesan dan kelegaan bagi individu dengan keadaan ini.

Tati Lindenberg, Pengarah Jenama Global, Dove DermaSeries, Unilever, berkata,

“Korelasi antara kebimbangan dan kulit yang sangat kering adalah isu yang sangat diabaikan dalam industri kecantikan, dengan produk yang ditumpukan hanya pada permukaan, bukannya orang yang merasai kesannya.

Dengan pelancaran Dove DermaSeries, kami berusaha untuk mengubah cara individu yang hidup dengan keadaan kulit kering menjaga kulit mereka; dengan menggabungkan teknologi penjagaan kulit yang canggih dengan belas kasihan kepada keperluan rakyat, kita boleh menggalakkan wanita berasa yakin, positif dan bangga dengan kulit yang mereka ada. “

Untuk meneruskan komitmennya kepada kecantikan semula jadi, pelancaran Dove DermaSeries diiringi kempen terbaru Dove, “Make peace with dry skin”, satu inisiatif untuk meraikan wanita yang hidup dengan keadaan kulit kering. Kempen ini bertujuan untuk menangani cabaran sosial yang dihadapi oleh individu dengan keadaan kulit yang sangat kering, seperti kesalahpahaman umum bahawa keadaan kulit menular, dan tindak balas negatif orang lain terhadap gejala mereka yang boleh dilihat.

Kempen Malaysia diterajui oleh tiga wanita sejati – Charlene, Farah dan Michelle – yang berkongsi perjalanan hidup mereka yang unik dan bermakna untuk mencapai keyakinan diri dengan kulit mereka.

Cerita mereka menerokai cabaran peribadi dan pencetus fizikal apabila hidup dengan keadaan kulit yang kering, di samping mengenal pasti peranan beberapa faktor seperti sokongan keluarga, sikap positif dan keazaman terhadap mencapai perdamaian dengan kulit mereka, sebagai inspirasi kepada mereka yang mengalami keadaan yang sama.

Selain bertindak sebagai satu suara individu yang hidup dengan keadaan kulit kering, tiga wanita ini juga mencerminkan wajah sebenar pengguna koleksi Dove DermaSeries, menghidupkan harapan dan kepercayaan bahawa semua kulit boleh menjadi cantik.

“Kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan Charlene, Farah dan Michelle dalam misi kami untuk membawa transformasi terhadap cara keadaan kulit kering dilihat. Dengan tumpuan kepada kecantikan semula jadi dan wanita sejati di Malaysia, kami berharap untuk memperkasakan wanita yang mempunyai masalah kulit sangat kering untuk berdamai dengan kulit mereka,” kata Tati.

“Usah bandingkan diri anda dengan orang lain. Sekarang, bila kulit saya meragam, saya pulihkan keadaan dengan keyakinan.” Farah, yang menghadapi masalah kulit yang sangat kering dan sensitif.

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi Dove DermaSeries dan kempen “Make peace with dry skin”, sila ke laman http://www.dove.com/my/collections/dermaseries.html.

Mengenai Dove

Pada tahun 1957 Dove melancarkan sabun kecantikan lambang keunggulannya, yang kekal sebagai produk tunggalnya sehingga pelancaran Moisturizing Body Wash (Pelembap Mandian Badan) di Amerika Syarikat pada 1995. Selepas itu, kategori tambahan segera menyusul di seluruh dunia: deodoran pada 1997 dan losen badan pada 1998. Pada 1999, Dove berjaya dilancarkan di Jepun. Dan pada 2000, pelancaran Penjagaan Rambut Dove berlangsung di Taiwan, disusuli pelancaran secara agresif di negara-negara lain. Kini Dove boleh didapati di lebih 80 negara dan merupakan salah satu jenama kecantikan yang terbesar di dunia. Jenama ini dibangunkan berasaskan satu prinsip mudah: membuat janji sebenar kepada pengguna, dan sentiasa menunaikannya.
Ikrar Kecantikan Sebenar Dove
Kami sentiasa memaparkan wanita sejati, sama sekali bukan model
Model mencerminkan pandangan sempit terhadap kecantikan. Dove percaya bahawa kecantikan adalah untuk semua orang dan oleh itu ciri wanita sebenar dari umur, saiz, etnik, warna rambut, jenis atau gaya yang berbeza.
• Tiada model dalam kempen kami
• Wanita sebenar diperkenalkan dengan nama mereka sendiri
• Kempen kami mencerminkan kepelbagaian penduduk
Kami memaparkan wanita sebagaimana mereka dalam kehidupan sebenar
Kami tidak pernah memaparkan gambar kecantikan “sempurna” yang tidak boleh dicapai, kecantikan tanpa cela yang dimanipulasi dengan menggunakan alat pengemasan
• Tidak mengubah wajah wanita secara digital
• Gambar diluluskan oleh wanita yang kami paparkan
Pertanyaan media
Untuk semua pertanyaan media, sila hubungi Edelman PR Worldwide Sdn Bhd:
Helen Sullivan | helen.sullivan@edelman.com | 011 2840 3562
Sahana Prabhakar | Sahana.prabhakar@edelman.com | 012 627 7604

derma365 Bantu Kulit Sensitif Sepanjang Tahun

Memang recommend produk derma365 ini untuk mereka yang mengalami masalah kulit sensitif dan kulit kering

Faktor persekitaran seperti pencemaran udara, perubahan suhuderma dari bahagian dalaman yang berhawa dingin kepada keadaan panas dan lembap serta kekurangan penghidratan menyebabkan kulit menjadi sensitif dan tidak selesa, kering atau merekah.

derma365_01

Oleh itu, Guardian Malaysia yang mengendalikan rantaian lebih daripada 400 kedai, menyediakan pelbagai produk Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan kepada lebih daripada 2.5 juta pelanggan Malaysia sebulan, dengan gembira memperkenalkan penyelesaian untuk kulit yang sensitif iaitu rangkaian derma365 baru Gentle Cleanser dan Gentle Lotion yang sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit kering dan sensitif.

IMG_20180411_110039

Tentang derma365

derma365 adalah barisan produk yang terbukti secara klinikal dan dermatologi yang dirumus khas untuk menawarkan penyelesaian kulit sensitif harian untuk anda dan keluarga anda. Kulit yang sihat memerlukan penjagaan yang khusus setiap hari, bukan sahaja sewaktu timbul masalah kulit.

Inilah sebabnya mengapa derma365 Gentle Cleanser dan Gentle Lotion adalah pH-seimbang dan hypoalergenik, untuk melegakan kulit dan melindungi kulit dari persekitaran luaran yang sukar. Semua produk derma365 dirumus agar lembut pada kulit dan diformulasi bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT, paraben, lanolin, bahan-bahan yang berasal dari haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES.

derma365 dibangunkan di makmal Baxter dan dibuat di Australia. Pusat Makmal, Penyelidikan & Pembangunan Baxter mempunyai kepakaran kulit dan merupakan penerima anugerah bagi perkembangan teknologi dermatologi. Dengan pengetahuan dan komitmen yang tinggi terhadap keperluan kulit yang unik, semua produk diformulasikan mengikut piagam dan piawaian kualiti yang ketat.

derma365 merupakan gabungan semulajadi dan sains dengan Sensium 2, kompleks pelbagai faedah yang membantu menenangkan dan melindungi kulit sensitif dan kering. derma365 Gentle Cleanser dan Gentle Lotion untuk semua jenis kulit menggabungkan organik Koloidal Oatmeal dan Trimethylglycine yang membantu mempromosikan lapisan perlindungan kulit dan melindungi dari persekitaran luaran yang mencabar.

  • Trimethylglycine membantu untuk mengawal keseimbangan air di dalam kulit dan membantu untuk melindungi daripada dehidrasi untuk kulit yang lembut dan licin
  • Koloidal Oatmeal telah digunakan berabad lamanya sebagai agen penenang untuk menghalang daripada dehidrasi. Kepekatan tinggi kanji dan hidrokolloid β-D-glucan membentuk penghalang air yang mengikat air secara eksklusif bagi memegang kelembapan pada kulit. Ia juga bertindak sebagai sistem penampan, membantu mengembalikan pH normal kulit.

Untuk hasil yang terbaik, pengguna dinasihatkan mandi menggunakan air suam dengan derma365 Gentle Cleanser, diikuti dengan penggunaan derma365 Gentle Lotion untuk melembapkan kulit.

Encik Alfonso Roderos, Pengarah Own Brand, The Dairy Farm Company berkata:

“Oleh kerana ramai yang mengalami kulit sensitif, maka kami mencipta produk yang mampu dimiliki yang boleh melegakan serta melindungi kulit daripada persekitaran luaran yang mencabar. derma365 mahu memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati kulit yang lebih sihat dengan menawarkan produk yang berbeza dan inovatif yang dirumuskan oleh makmal Baxter. “

Ms Antoinette Lasjunies, Ketua Penjagaan Peribadi, Own Brand, Kesihatan & Kecantikan, Kumpulan Dairy Farm menjelaskan:

“bahawa gabungan alam dan sains dalam rangkaian derma365 menawarkan pilihan pembersih dan pelembap yang lebih lembut berbanding dengan rutin menjagaan kulit yang mengeringkan atau meyebabkan liang-liang pori tersumbat. Semua produk derma365 dirumus menjadi lembut pada kulit dan formulasi bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT, parabens, lanolin, bahan-bahan dari sumber haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES.”

derma365 boleh didapati secara eksklusif di Guardian bermula March 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.derma365.com/.

derma365 Gentle Cleanser

Formula yang lembut, pH seimbang dan hypolergenik, diuji secara klinikal dan terbukti secara dermatologi, khusus untuk pembersihan dan pelembapan harian. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan kering, untuk kedua-dua muka dan badan. Ia membersihkan dan menenangkan kulit kering serta membantu mempromosikan perlindungan kulit dari persekitaran luaran. Rumusan ini bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT dan parabens, juga “non-comedogenic” yang tidak akan menyumbat liang-liang pori.

Harga RM48.90 untuk 500ml derma365 Gentle Cleanser boleh didapati secara eksklusif di Guardian.

derma365 Gentle Lotion

Formula pH-seimbang dan Hypoalergenik, diuji secara klinikal dan terbukti secara dermatologi, khusus didedikasikan untuk pelembapan harian. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan kering, untuk kedua-dua muka dan badan. Ia melembapkan kulit dan membantu mencegah dehidrasi untuk kulit lembut dan licin. Ia melegakan kulit kering dan membantu mempromosikan perlindungan kulit dari persekitaran luaran. Losyen ini mudah disapu diserap dengan cepat dan tidak berminyak. Perumusan itu bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT dan parabens, juga “non-comedogenic” yang tidak akan menyumbat liang-liang pori.

Harga RM34.90 untuk 200ml derma365 Gentle Lotion boleh didapati secara eksklusif di Guardian.

GUARDIAN Umum Harga Runtuh Setiap Minggu Sepanjang Tahun

Dengan penjimatan daripada 10 hingga 70 peratus, memang wajiblah datang berbelanja di GUARDIAN untuk nikmati Kempen Harga Runtuh!

B

Guardian Malaysia telah mengumumkan bahawa ia akan menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini, satu langkah berani untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus.

dav

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen berkata:

“Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang secara langsung, dan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat secara signifikan.

Pelanggan di seluruh negara, tidak kira dimana mereka berada, dan termasuk mereka yang lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian, boleh menikmati harga runtuh ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad.

Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkatan kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini, setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.”

Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini.

“Kami percaya kempen ini diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaian, memandangkan persekitaran perniagaan semasa. Dan kami yakin pengguna akan teruja dengan kempen ini,” tambah beliau.

Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April.

Soren menekankan bahawa Guardian juga telah melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, dimana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%.

Beliau berkata: “Bukan itu sahaja. Saya jamin ada banyak lagi promosi menarik yang telah kami rancang untuk anda.”

Beliau menambah bahawa kempen-kempen ini membolehkan Guardian menentukan semula fokusnya terhadap DNA jenama itu, yang mana, sentiasa menawarkan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan kepada pelanggan. Ia juga selari dengan strategi Syarikat untuk menawan hati pelanggan, setiap kali mereka berkunjung ke stor Guardian!

Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com.my
 

AVON Perkenal Rangkaian Produk Terbaharu di Ekspo Kecantikan

Wah, lepas ni makin berseri-serilah bila guna produk Avon!

Bukan nama yang asing lagi dalam dunia kecantikan dan penjagaan diri tempatan dan antarabangsa sejak 40 tahun, Avon terus kekal komited membantu setiap wanita agar berasa yakin dan menyerlah.

Setiap tahun, pasti ada penghasilan produk terbaru dan ia sememangnya dinanti-nantikan oleh orang ramai yang sukakan kecantikan dan ketrampilan diri.

Menariknya, setiap produk baharu akan diperkenalkan secara besar-besaran dalm majlis berprestij.

 

Baru-baru ini telah diadakan pelancaran rangkaian produk utama di Ekspo Kecantikan Avon 2018 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Produk yang diperkenalkan adalah terdiri daripada koleksi jagaan kulit terbaru Nutraeffects, alat solekan Ultra Volume Lash Magnify Mascara dan haruman paling terbaru Eve Duet.

Pada suku pertama 2018 bersempena Persidangan Kebangsaan Avon, satu majlis yang mengiktiraf kecemerlangan Wakil-Wakil Avon sepanjang 2017, kesemua rangkaian produk tersebut diperkenalkan dengan lebih terperinci oleh pakar kecantikan Avon di kaunter pameran yang berlangsung selama dua hari.

Sepanjang tempoh itu, tetamu yang hadir berpeluang mencuba produk terbaharu itu dan mendapatkan penerangan lebih lanjut merangkumi pelbagai aspek daripada pakar kecantikan Avon.

Rangkaian produk termasuk koleksi jagaan kulit untuk kekal cntik dan sihat, paduan gincu bibir rona merah jambu hebat memukau, padanan gaya dan karakter mempersona melalui haruman serta pakaian dalam yang menyerlah sisi wanita.

Antara acara di Ekspo Kecantikan itu adalah mengundang pakar haruman, Wendy Wong yang berkongsi mengenai penghasilan haruman terkini Eve Duet.

Tahun 2018, Avon sekali lagi memperkenalkan hasil inovasi rangkaian kecantikannya yang bukan sahaja membuatkan wanita tampil jelita dan yakin malah menyerlahkan sisi sendiri yang selesa.

Sesuai dengan peredaran masa, Avon meyediakan produk yang menepati citarasa wanita Malaysia pelbagai peringkat umur dan jaminan kualiti.

davAvon True Ultra Volume Lash Magnify Mascara

  • Melebat bulu mata dengan mewahnya dari setiap sudut
  • Smartfibre Complex memberi 3 transformasi hebat pada bulu mata. Membesarkan, mengganda dan memaksimum
  • Terdapat dalam rona Blackest Black
  • 10ml-RM23.90 WM/ RM27.50 EM
  • Bakal berada di pasaran pada 1 April

Avon True Nutraeffects

  •  Koleksi jagaan kulit yang lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Diuji untuk alergi, bebas paraben dan pewarna
  • Diformulasi dengan Active Seed Complex untuk kulit nyata sihat
  • Berada di pasaran 1 Feb

Produk baharu ini akan berada di pasaran secara berperingkat mulai bulan Feb ini sehingga April 2018.

Anda ingin memiliki koleksi terbaru Avon ini?

Hubungi wakil Avon atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara atau hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.avon.my