MGPA SATUKAN PERNIAGAAN HADIAH DI BAWAH SATU BUMBUNG

Penyatuan ini diwar-warkan pada majlis pelancaran rasmi Pameran Hadiah Malaysia ke-12 pada 12 April lalu manakala Pameran hadiah, cenderamata dan alat tulis ini bakal dibuka kepada pengunjung pada 22 Jun hingga 14 Jun 2022 di Pusat Konvensyen Kualan Lumpur nanti.

IMG_8336_R1 (2)

Dianjurkan oleh Persatuan Pengusaha Hadiah & Cenderamata (MGPA) Malaysia dan diperakui oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), pameran yang terbesar di rantau Asean ini bakal berlangsung selama 3 hari dengan menghimpunkan pelbagai pengusaha industri dari seluruh dunia untuk pertukaran idea, perkongsian pengetahuan dan peluang perangkaian.

Pameran Hadiah Malaysia ke-12 ini turut mendapat sokongan padu daripada Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. MyCEB berfungsi sebagai hab untuk membantu perancangan mesyuarat serta untuk membida dan mengadakan acara perniagaan antarabangsa di Malaysia dan bertindak sebagai saluran untuk pembangunan produk negara.

“Kami amat teruja dengan Pameran Hadiah Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif 3R (Reset-Penetapan Semula, Restart – Mulakan Semula dan Responsible – Bertanggungjawab), program pemulihan seperti yang diumumkan oleh MyCEB. Ini meletakkan industri pada posisi yang menguntungkan untuk mempercepatkan pemulihan dan memberi inspirasi kepada pertumbuhan” kata Encik Ivan Loo, Pengerusi Penganjur Malaysia Gifts Fair 2022.

IMG20220412160439

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Yang Berhormat YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P., Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir Encik Peh Leong Seng, Presiden Persatuan Pengusaha Hadiah dan Cenderamata Malaysia, Encik Ivan Loo, Pengerusi Penganjur Pameran Hadiah Malaysia 2022 ke-12, pempamer dan tetamu serta wakil media.

Pameran Hadiah Malaysia menyediakan platform bagi hadiah keluaran tempatan dan keluaran global serta pengusaha industri cenderamata, yang terdiri daripada lebih 200 gerai. Tahun ini, peserta antarabangsa boleh menyertai menerusi kaedah hibrid melalui MGF Online, dengan penyertaan daripada beberapa syarikat terkemuka dari Hong Kong, Taiwan, Thailand, Korea dan Indonesia.

“Perjumpaan dengan pihak berkepentingan dapat memberikan kami peluang untuk berhubung, memperkasakan serta saling memberi inspirasi antara satu sama lain untuk mencipta nilai sinergi masa depan, menggalakkan perkongsian pengetahuan serta mengukuhkan hubungan peribadi dan profesional.” kata Encik Peh Leong Seng, Presiden Persatuan Hadiah dan Cenderamata Malaysia.

Sebelum ini, Pameran Hadiah Malaysia telah berjaya menarik lebih daripada 14,000 pengunjung selama 3 hari pameran berlangsung, ini membuktikan bahawa pameran ini adalah salah satu pameran perdagangan yang paling dinantikan di rantau ini. Sejajar dengan landskap perniagaan yang sentiasa berubah,baru-baru ini, persatuan ini telah melancarkan MGF Online, platform atas talian untuk semua ahli dan pengusaha industri mempromosikan produk mereka, sekali gus meningkatkan kebolehlihatan dan jangkauan mereka.

Satu lagi projek Pameran Hadiah Malaysia yang paling menarik ialah Anugerah Rekaan Produk Promosi (PPD). Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbakat supaya reka bentuk mereka diiktiraf, diberi ganjaran, serta dikomersialkan dengan kerjasama usahawan tempatan yang mapan.

“Visi Anugerah PPD adalah untuk menyediakan platform yang adil, beretika, berdaya saing kepada pereka profesional dan pelajar daripada pelbagai latar belakang, pengalaman untuk berdaya saing, serta menyediakan platform penonton di seluruh negara untuk mempamerkan kejayaan dan bakat mereka.” kata Encik Peh Leong Seng.

Selari dengan pembukaan semula sempadan negara, MGPA berharap untuk pemulihan yang kukuh dalam industri kerana pembukaan semula sempadan ini akan membantu membuka pintu untuk kebangkitan industri bagi meningkatkan pemulihan. Semua pelawat perniagaan dialu-alukan untuk menyertai pameran ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mgpa.org.my dan http://www.malaysiagiftsfair.com.my

SENIBINA INDO-ISLAM JADI TARIKAN DI AVENUE K

Kecantikan seni bina Taj Mahal, India menjadi pilihan gaya dekorasi Hari Raya di Avenue K tahun ini, sesuailah dengan temanya “Raya Majestik”.

IMG_7041 (2)

Bahagian tengah pusat beli-belah ini penuh dengan warna-warna yang terang menjadikan suasana dan pengalaman beli-belah cukup seronok.

 

IMG_7381 (2)

Pintu gerbang beserta kubah berona biru pirus mewah dengan limpahan warna emas jadi tumpuan pengunjung yang ingin bergambar kenangan bersama keluarga setelah penat membli-belah.

IMG_7059 (2)

Kali ini bazar terbuka di Avenue K menawarkan pelbagai pilihan menarik seperti jualan tudung dan aksesori tudung oleh Anita Scarves, aneka kuih raya moden oleh Bread Talk, koleksi sarung tangan serta anak tudung oleh Vaytita, pakaian hari raya oleh Putera, Hollakidz dan banyak lagi.

IMG_7409 (2)

Selain itu, outlet-outlet dalam Avenue K seperti Max Fashion, H7M, Buttonscarves, Dressing Paula, Good2U, Cotton On turut menawarkan kepelbagaian pakaian untuk sambutan perayaan. 

IMG20220407162248 (2)

Bagi pengunjung yang berbelanja RM100 dengan maksimum  DUA resit, bakal membawa pulang sampul duit raya Avenue K dengan rekaan menarik, manakala jika berbelanja RM250 dan ke atas, bakal menerima mangkuk kaca eksklusif dari Avenue K berserta sampul duit raya. Jika anda berbelanja RM300 dalam TIGA resit pula, anda boleh menebus baucar bernilai RM50 daripada jenama terkenal Indonesia iaitu Buttonscarves dan jika berbelanja sehingga RM500, anda bakala menerima baucar Buttonscarves bernilai RM100.

Memang berbalo-baloi beebelanja di Avenue K kerana banyak tawaran hebat diberikan kepada pelanggan! Bukan itu sahaja, sambil membeli-belah, anda bakal dihiburkan dengan persembahan daripada The Heart of Malaysia, Gintagansa (States of Malaysia) dan Magika setiap hari Jumaat serta Sabtu bermula 8 April hingga 30 April. Demo kraf pula akan diadakan setiap hari Sabtu bermula 10 April hingga 1 Mei 2022.

Manakala pada 22 April nanti, pengunjung yang datang ke sini akan dihiburkan oleh Akademi Broadway yang akan menghiburkan dengan persembahan berbentuk muzikal yang bertajuk “A Taj of Eidul Fitr”. Persembahan ini akan berlangsung selama setengah jam dan akan mempersembahkan cerita mengenai Taj Mahal dan cerita cinta antara empunya Taj Mahal iaitu Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal.

Bagi yang sukakan cabaran, anda digalakkan menyertai pertandingan “Cari & Kira Pelita” yang dianjurkan melalui laman Facebook Avenue K. Pertandingan yang sudhapun bermula ini bakal berakhir sehingga 8 Mei 2022. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mencari dan mengira jumlah pelita yang diletaakan di sekitar Atrium Avenue K ini. Tiada sebarang belian barangan perlu dilakukan untuk menyertainya. Mudah bukan? Dan anda antara LIMA pelanggan yang bakal membawa pulang baucar beli-belah dan makanan bernilai RM100.

Avenue K juga tidak melupakan mereka yang memerlukan perhatian sepanjang Ramadan ini. Pusat Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur menjadi tetamu jemputan khas Avenue K’ares pada 14 April lalu di mana kanak-kanak kurang bernasib baik ini dijamu dengan majlis berbuka puasa oleh KFC dan Max Fashion serta pemberian duit raya oleh Pengurus Besar Avenue K, Phang Sze Sze.

Masih ada banyak masa lagi untuk membuat belian untuk perayaan Hari Raya.Jadi jangan lupa datang ke Avenue K dan dapatkan pelbagai barangan yang diperlukan sempena sambutan Hari Raya tak lama lagi.

BAZAR RAMADAN BERTEMAKAN RETRO PECAH REKOD KUNJUNGAN

Wow TAHNIAH!

Manakan tidak, Bazar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati ini menjadi sensasi viral pada hari pertama pembukaannya.

Jati_RasaKasihAidilfitri_05 (2)

Pembeli dari Lembah Klang, pelawat dari negeri-negeri lain dan juga pelancong mengambil kesempatan dengan pemasangan hasil seni retro dan kilauan lampu untuk kandungan media sosial mereka sambil mengunjungi lebih 60 gerai pilihan khas yang menawarkan kepelbagaian makanan dan minuman untuk berbuka puasa berserta juadah Raya, barangan runcit, hasil seni dan kraf, koleksi busana raya untuk seisi keluarga, peralatan rumah dan banyak lagi jenama tempatan yang viral dan dipercayai.

Jati_RasaKasihAidilfitri_13 (2)

Media sosial dibanjiri dengan gambar dan video selebriti, influencer dan warga Malaysia yang memilih untuk membeli-belah barangan Ramadhan dan Raya mereka di Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri bagi pilihan produk dan perkhidmatan yang unik, dan untuk kemudahan dan keselesaan dalaman yang terletak di tengah-tengah tetapan tempat yang dilindungi daripada matahari dan hujan, berhawa dingin, dengan kawalan keselamatan yang baik dan mematuhi SOP COVID-19 sepenuhnya.

Ramai selebriti juga telah dilihat membeli-belah di Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri termasuk Sazzy Falak, Bella Astillah, Maryam dan Ryzal Ibrahim yang terkenal kerana durian Kimchi TV.

Ditubuhkan sejak 1993, Jati terkenal sebagai salah satu pengisar dan pemborong beras terkemuka negara yang memfokuskan kepada produk berasaskan beras termasuk edisi terbaharu mereka yang lebih sihat iaitu siri Jati Signature Pusa Finest Basmathi, iaitu Basmathi 1121, Original dan Basmathi 1509.

“Jati menerajui Rasa Kasih Aidilfitri untuk menyokong dan mempromosi jenama dan perniagaan Malaysia, menggalakkan perbelanjaan domestik dengan memberi perhatian kepada perniagaan tempatan sambil mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian barangan dan perkhidmatan Malaysia yang berkualiti. Selepas ekonomi negara berhenti sejak pandemik bermula, pengguna-pengguna perlu diingatkan tentang kekayaan dan kualiti tawaran buatan Malaysia yang begitu membanggakan.

Jati_RasaKasihAidilfitri_12 (2)

Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri akan berlangsung di Malaysian Grand Bazaar yang bermula pada hari ini 9 April hingga 24 April selama 16 hari, dari 10 pagi hingga 10 malam. Ia adalah bazaar yang harus dikunjungi pada tahun 2022, dengan begitu banyak tawaran berserta pelbagai aktiviti, peraduan, giveaway, permainan dan banyak lagi dengan menyokong jenama Malaysia. Jadilah rakyat Malaysia yang sejati, sokong jenama tempatan. Mulakan di sini! ” kata Encik Chua Keng Jin, Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi Sdn Bhd.

“Sebagai pusat beli-belah artisanal tetap yang pertama di KL, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jati, pengeluar beras terkemuka di negara ini untuk mempersembahkan Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri di premis ini kerana kami berkongsi etos yang sama dalam mempromosi dan menyokong jenama dan peruncit tempatan,” ulas Michelle Liew, Ketua Peruncitan untuk BBCC Development Sdn Bhd.

Setiap pengunjung menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s serta baucar dengan hanya melengkapkan ‘treasure hunt’ gerai-gerai di bazaar, tiada pembelian diperlukan. Terdapat juga pemberian sampul Raya eksklusif untuk setiap pengumpul yang pasti akan menambah koleksi mereka. 

“Saya sangat suka dengan suasana, kemudahan, keselesaan, pilihan dan tawaran tempatan. Saya juga amat gembira apabila mendapati begitu banyak jenama tempatan yang viral berkumpul di satu tempat, dan boleh melakukan pembelian terus kerana Raya sudah tidak lama lagi. Syabas Jati kerana menyokong dan memberikan ruang kepada usahawan tempatan untuk menyinar. Tetapan tempat adalah menakjubkan. Setiap sudut adalah Insta-worthy, benar-benar tempat sempurna untuk membeli-belah Ramadhan ini, “jelas pelakon, penyampai TV dan pelabur Sazzy Falak.

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah teruja dengan apa yang ditawarkan termasuk biskut dan hadiah untuk keluarga dan rakannya di kampung halaman.

“Saya jumpa biskut yang paling comel, aksesori yang sesuai untuk pakaian Raya seisi keluarga, dan begitu banyak barangan cantik yang akan dijadikan hadiah menarik untuk keluarga dan rakan-rakan. Ianya sangat selesa untuk membeli-belah di sini, dan ia adalah tempat yang sesuai untuk mencipta kandungan untuk Ramadhan dan Raya. Suka, suka, suka” 

Maryam dan Ryzal Ibrahim, pasangan Korea-Malaysia yang terkenal kerana Durian Kimchi TV sedang sibuk di gerai Jati memilih pelbagai jenis nasi untuk resipi gabungan Ramadhan dan Raya untuk saluran YouTube mereka.

“Kualiti dan pilihan beras dari Jati sangat mengagumkan. Ia akan berfungsi dengan baik dengan resipi Korea, Malaysia dan fusion. Saya mempunyai banyak idea tentang apa yang perlu dibuat. Ini adalah bazaar Ramadhan berskala besar yang pertama untuk saya, malah ia lebih baik daripada apa yang saya jangkakan. Suasananya begitu meriah dan membangkitkan suasana kampung,”

Parkir adalah percuma di Bukit Bintang City Centre untuk para pembeli Rasa Kasih Aidilfitri

Terdapat banyak peraduan seperti peraduan Tangkap Gambar & Menang yang menawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker bernilai RM148, dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar di acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial anda menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB. Buat gaya terbaik anda, klik, siarkan dan anda boleh menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah!

Peraduan Beli & Menang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding bagi hadiah yang merangkumi 3X motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10X topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200. 

Pengunjung juga berpeluang untuk dihiburkan sepanjang Bazar dengan persembahan dan mengambil bahagian dalam aktiviti sepanjang hari seperti bengkel dan sesi permainan, ia dapat menjanjikan keseronokan untuk setiap ahli keluarga pada semua peringkat umur.

Lawatilah Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri anjuran Jati yang Insta-worthy daripada 9 April sehingga 24 April, 2022 kerana ia merakam kembali jiwa bazaar Ramadhan dari era pra-pandemik, dilengkapi dengan kawalan, keselamatan, kebersihan dan pematuhan SOP sewaktu fasa endemik.

Untuk maklumat lanjut sila layari:

M SQUARE MALL PUCHONG SATUKAN PERSATUAN SENI MALAYSIA

Antara persatuan seni yang terlibat adalah Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Karyawan, Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Pertubuhan NGO Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS).

IMG20220407180254_01

Mereka bertemu dan bersatu dalam acara Bazar Ramadan dan Raya Warga Seni 2022 kerjasama Pink Bazar serta Jom Mall.

IMG20220407181034_01

Antara tujuan diadakan acara ini adalah untuk membantu anak-anak seni dan warga kerja belakang tabir industri hiburan menjana pendapatan sampingan sepanjang bulan Ramadan dan membantu mereka yang terjejas akibat kesan pandemik Covid-19 selama dua tahun ini.

IMG20220407181256_05

Fiesta Pink Bazar ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk FINAS, Koperasi Perdana Jaya, Millenium Land, Hotel Hilton Garden Inn Puchong, Kelab Motosikal 2fast Bikers Malaysia serta Dapur Pasak (Putra Amaris).

IMG20220407184408 (2)

Bazar Ramadan ini telahpun memulakan perniagaan sejak 3 April lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekitar.

Wakil penganjur iaitu Tiara Johar menyatakan bahawa acara ini turut memfokuskan kepada aktiviti bersama komuniti yang mana tema Pink Bazar itu sendiri adalah Industri Kreatif dan Komuniti. Maka banyak aktiviti yang telah dirancang antaranya sesi perkongsian dengan Pengarah daripada FDAM, pelakon dan penyanyi berkneaan industri kreatif kepada komuniti.

 
Pink Bazar ini akan berakhir pada 30 April nanti dan sepanjang bulan Ramadan ia dibuka daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam.

ALHUMAIRA BUKA BUTIK PERDANA DI KL EAST MALL

Nak raya tak lama lagi ni, tak payah ke Bangi lagi untuk beli tudung Alhumaira sebab sekarang butik perdananya telah dibuka di pusat beli-belah KL East Mall. 

35 (2)

“Ini merupakan butik pertama Alhumaira di dalam pusat beli-belah dan juga batu loncatan buat Alhumaira untuk terus berkembang lebih maju. Dengan pembukaan butik ini juga, ia secara tidak langsung dapat memenuhi hajat penggemar fesyen Muslimah agar menyediakan rapian yang berkualiti tinggi dan menarik,” kata pengasas Alhumaira, Hani Elia Rousli.

IMG20220326111209

Dekorasi, gaya dalaman dan warna yang dilontarkan pada butik ini mengutamakan keselesaan para pengunjung yang datang membeli belah di pusat beli-belah ini dan menarik hati mereka untuk mengunjungi butik Alhumaira.

IMG20220326110909

Flagship store Alhumaira yang terletak di tingkat G2 mempunyai keluasan 1,800 kaki persegi dan beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Cukup istimewa juga, kerana rekaan dalaman butik Alhumaira ini memberikan nafas tersendiri dengan mengetengahkan tema ‘seamless’ dan ‘elegan’.

IMG20220326111224

Malah, jenama ini juga tidak melupakan sentuhan feminin sebagai lambang identiti jenama fesyen Muslimah yang sofistikated lagi menawan.

Hani Elia menambah:

“Naik turun sesebuah perniagaan itu adalah lumrah. Namun, jangan mudah berputus asa dalam memberikan yang terbaik buat semua, terutama kepada keluarga Alhumaira dan juga penyokong Alhumaira selama ini. Keputusan saya untuk membuka cawangan butik di dalam pusat membeli- belah setelah kita menghadapi zaman pandemik COVID-19, ternyata bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira. Namun, kami di Alhumaira percaya bahawa
langkah ini merupakan permulaan bagi kejayaan pada masa hadapan. Saya percaya, pemilihan lokasi di dalam pusat beli- belah ini juga, tentunya memberi kemudahan kepada penggemar Alhumaira, juga untuk menarik minat orang baru untuk memilih jenama kami dan fesyen Muslimah yang kontemporari.”

Pembukaan flagship store Alhumaira telah diadakan pada 26 Mac lalu dengan disaksikan bukan sahaja penggemar setia jenama berkenaan, malahan juga kehadiran beberapa barisan Instafamous termasuk Duta Alhumaira sendiri iaitu Qasrina Qarim.

Hari pertama pembukaan Alhumaira telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung sekitar usia 20-an sehingga 50-an. Seawal jam 8.30 pagi lagi, pengunjung sudah beratur dan tidak sabar untuk merasai pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan di butik Alhumaira ini.

Selain disuakan dengan pelbagai koleksi baharu dan lama, pengunjung juga dapat beramah mesra bersama para influencers Muslimah yang turut menghadiri majlis pelancaran ini.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disajikan buat para pengunjung, antaranya adalah pertunjukan koleksi Raya terbaharu, sesi penggayaan hijab bersama hijab stylist terkemuka, Didiyana Ehsan.

Tetamu yang datang juga dapat bergambar bersama Qasrina Karim dan pengacara majlis Dayah Bakar, disamping membabitkan diri dalam aktiviti ‘spin and win’.

IMG20220326111457

Bersempena dengan pembukaan butik ini juga, Alhumaira mengambil kesempatan melancarkan koleksi khas Raya mereka, yang diberi nama #SempurnaRaya2022 sebagai persediaan awal menyambut bulan Syawal.

Hadir dengan 2 jenis tudung iaitu printed dan plain, koleksi #SempurnaRaya2022 ini mempunyai lebih daripada 6 Barisan Nama yang di mana Alhumaira akan memperkenalkan satu persatu pada setiap minggu bermula pada awal bulan Mac lalu sehingga awal Mei depan, melalui media sosial Alhumaira.

Rata-rata pengunjung yang hadir berasa amat teruja kerana berpeluang menjadi pengunjung awal yang dapat membeli koleksi ini.

Terharu menyaksikan kunjungan yang amat menggalakkan ini, Alhumaira menyasarkan pembukaan butik di lokasi Shah Alam atau Setia Alam bagi memenuhi permintaan para penyokong di kawasan tersebut.

Alamat: Alhumaira,
G2-10, KL East Mall, 823,
Jalan Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur

GUARDIAN DINOBATKAN SEBAGAI PERUNCIT NO 1 DI ANUGERAH JENAMA PUTRA 2021

Tahniah & Tahniah Guardian Malaysia! 

7AEC4CA0-4002-48C7-95CA-37A27135EB7F_1_201_a

Memang hebat sungguh Guardian Malaysia kerana memenangi anugerah berprestij ini!

Manakan tidak! 

Komitmen Guardian Malaysia yang jitu dalam memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk berkualiti pada nilai hebat dan keupayaan untuk menggerakkan perniagaan bersesuaian dengan persekitaran pasaran yang mencabar dan pantas berubah adalah antara sebab Guardian Malaysia telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021.

Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;

“Kemenangan dan penghormatan yang luar biasa ini adalah hasil kerja berpasukan yang cemerlang serta kerja keras yang diberikan oleh semua orang di Guardian Malaysia termasuklah rakan-rakan perniagaan kami. Hakikat bahawa kami telah memenangi anugerah idaman iaitu Anugerah Platinum (Kategori Runcit) pada tahun yang sangat mencabar seperti 2021, dimana wabak Covid masih berleluasa, lengkap dengan sekatan dan kawalan pergerakan, menjadikan kemenangan ini sangat manis dan bermakna.”

Ia juga merupakan ganjaran di atas usaha yang telah kami lakukan, dan untuk memberi tumpuan penuh kepada kepuasan pelanggan dengan memberikan nilai hebat untuk membantu pelanggan melalui masa yang sukar. Kami sangat gembira usaha kami tidak sia-sia. Untuk diundi oleh rakyat Malaysia sebagai peruncit utama mengatasi lautan jenama terkenal adalah satu penghormatan yang sangat besar.” 

Anugerah Jenama Putra adalah anugerah pengiktirafan jenama yang paling berprestij oleh industri pemasaran dan komunikasi Malaysia. Ia adalah anugerah jenama yang disokong oleh MATRADE dan SATU-SATUNYA anugerah yang dipilih oleh orang ramai.

Tahun ini, lebih 11,000 responden daripada pengguna di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur telah mengambil bahagian dalam kajiselidik pilihan pengguna yang dikendalikan oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas untuk menentukan jenama-jenama kegemaran mereka merentasi 24 kategori produk dan perkhidmatan yang berbeza. Dalam setiap kategori, Platinum, Emas, Perak dan/atau Gangsa akan dianugerahkan kepada jenama yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Oleh itu,

5B58FB53-27C7-4C66-962E-0CDF68ECCF6F_1_201_a

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi, Guardian mengadakan ‘Jualan Terima Kasih’ bermula pada 1 Mac hingga 27 Mac 2022.

ECBC5EC7-E323-466B-8CE9-25FEE708B5D2_1_201_a

Jualan Terima Kasih yang kami adakan ini menawarkan lebih daripada 700 produk kesihatan dan kecantikan yang ditawarkan secara Beli 1 Percuma 1 dan turut menampilkan peraduan Beli & Menang dengan hadiah bernilai RM300,000 untuk dimenangi oleh 10,000 pemenang. Lima Kerusi Urut OGAWA iMelody, 20 jam Tag Heuer Aquaracer adalah antara hadiah yang ditawarkan. Apa yang pelanggan perlu lakukan adalah membuat pembelian minimum RM30 untuk mendapatkan kad peraduan dan kod QR untuk memuatnaik gambar atau imbasan resit mereka untuk menyertainya.

Tidak perlu dijelaskan, kami juga telah mempergiatkan usaha untuk memastikan kami terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan memperkenalkan teknologi terkini untuk pengalaman pengguna yang lebih baik. Sebagai contoh, kami telah melancarkan Aplikasi Mudah Alih Guardian baru-baru ini dengan lebih banyak ciri menarik, kemudahan 24/7 dan tawaran-tawaran app-klusif,” tambah Soren.

Selain itu, Guardian Malaysia juga telah melancarkan kempen baru Live Health Smart, satu inisiatif untuk membantu pelanggan agar hidup lebih sihat, lebih bijak menerusi pengetahuan produk yang lebih luas dan akses kepada nasihat profesional daripada ahli-ahli farmasi Guardian.

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Guardian melancarkan satu siri pendidikan untuk melengkapkan pelanggan dengan pengetahuan tentang cara mencegah dan mengendalikan penyakit biasa seperti diabetes, kesihatan jantung, kesihatan kulit dan kesihatan umum. Selain itu, lebih banyak jenama dan pilihan produk yang lebih luas akan disediakan bagi memastikan pelanggan mempunyai pilihan sihat yang lebih banyak.

“Lagipun, kami memiliki reputasi dan legasi sebagai pakar kesihatan komuniti yang dipercayai dan pemenang Stor Kegemaran Malaysia untuk dipertahankan. Kini kami perlu meningkatkan tahap perkhidmatan dan nilai yang kami tawarkan,” kata Soren.

#GuardianMYApp
#No1StoreMalaysia

 

RANGKAIAN CLOROX MEMBERSIH & MEMBUNUH VIRUS DI SEMUA PERMUKAAN

Nasib baik ada Clorox!

Dengan peningkatan kes Covid-19 akibat varian Omicron yang mudah berebak, maka  perlunya ada sesuatu yang dapat melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus serta kuman. Bukan itu sahaja, ia juga perlu untuk memastikan ruang kediaman, ruang kerja mahupun ruang belajar bersih daripada virus.

Products_466021_image_B558_9251539

Memperkenalkan rangkaian disinfeksi Clorox Expert yang dapat membantu anda mendisinfeksi kediaman, tempat kerja, sekolah mahupun universiti secara profesional.

Clorox_HighTouchSurfaces_02

Dihasilkan dengan komponen-komponen yang digunakan dalam rangkaian Clorox bagi kegunaan hospital dan perkhidmatan perubatan, rangkaian terbaharu, yang menerima pengiktirafan EPA, ini membunuh 99.9% virus dan bakteria dalam masa 1 minit. Ia juga dapat menyingkirkan virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19. Menberikan hasil profesional dan pembersihan yang rapi, Clorox Expert adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kebersihan ruang anda daripada kuman dan virus termasuk COVID-19.

Clorox_DisinfectYourDevices

Clorox telah berada dalam bidang solusi pembersihan dan disinfektan sejak tahun 1913. Clorox Bleach merupakan jenama peluntur NOMBOR SATU di dunia dan kemampuannya untuk membunuh 99.9% kuman telah dipercayai selama bergenerasi. Kenyataan ini telah dibuktikan menerusi data dengan produk-produk Clorox telah dicuba dan diuji oleh golongan profesional dan pengguna sebelum pandemik melanda.

“Varian Omicron amat mudah merebak, menjadikan disinfeksi permukaan keras dengan lebih kerap menjadi satu keutamaan. Pastikan anda selalu menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh seperti kunci, tombol dan pemegang pintu, telefon, komputer riba dan meja, ruang dalaman kenderaan serta bungkusan dan penghantaran. Adalah lebih baik mengambil langkah berwaspada agar kekal selamat. Penyebaran varian Omicron bermakna kita berpotensi menjadi pembawa virus tersebut ke rumah dan menyebarnya kepada insan tersayang. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita disinfek item-item yang sering disentuh bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan ketenangan minda” kata Paulo Lao, Pengarah Jualan dan Pemasaran Clorox Asia Tenggara.

Clorox turut berkongsi beberapa tip bagaimana anda boleh menjaga ruang dan melindungi diri dan insan tersayang dalam menghadapi peningkatan kes Omicron:

  • Memastikan Keselamatan Ruang Kerja, Sekolah dan Kolej
    Kolaborasi merupakan sebahagian besar daripada sesi penting di tempat kerja, sekolah ataupun kolej. Sungguhpun kita berhasrat untuk mengekalkan penjarakan fizikal, namun masih terdapat kemungkinan bahawa kita menyentuh item-item yang telah disentuh pihak lain. Tidak salah untuk menjadi ‘pembersih’ atau ‘clean freak’ dengan menyahjangkit ruang kerja atau belajar anda apabila anda tiba atau kembali ke ruang tersebut selepas waktu makan tengah hari.
  • Buatkan Satu Pek Pencegahan
    Pastikan anda mempunyai item-item pencegahan jangkitan (seperti pelitup muka, topeng muka, pensanitasi tangan, sarung tangan pakai buang serta pengelap dan penyembur pembasmi kuman) di lokasi tumpuan kediaman, konsol pusat kereta, di tempat kerja atau meja belajar, mahupun di dalam beg tangan atau beg galas anda untuk kegunaan jika anda berada di luar.
  • Membasmi Kuman Pada Peranti dan Barangan Bawaan Harian
    Item bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih berpotensi untuk terkena titisan cecair tubuh – daripada diri atau individu sekeliling anda. Setibanya di rumah, pastikan anda mengelap item-item ini dengan rapi. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk memastikan item peribadi anda selamat dan mengelak anda dari menyebarkan virus secara tidak sengaja.

    Clorox_InVehicles

  • Disinfeksi Kenderaan Anda
    Kita menghabiskan banyak masa dalam kenderaan dan pada kebiasaannya tanpa memakai pelitup muka. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Spray untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada kadar segera atau guna Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk mengelap permukaan keras dengan lebih rapi. Jangan lupa untuk mengelap bahagian dalam dan luar lubang pendingin hawa dan pemegang pintu.
  • Singkir Kuman Melalui Semburan
    Sebelum membawa masuk pembelian barangan keperluan atau bungkusan ke dalam rumah, sembur terlebih dahulu permukaan barangan tersebut. Letakkan Clorox Expert Disinfecting Spray di pintu masuk rumah untuk segera menyahjangkit item-item terlibat bagi menyingkirkan virus yang ada dan memastikan keselamatan diri dan insan tersayang terus terpelihara.
  • Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh
    Susur tangan, suis lampu, pemegang dan tombol pintu adalah antara permukaan yang dipenuhi kuman. Seperti juga item-item yang sering dipegang dan sentuh seperti telefon, papan kekunci komputer dan alat kawalan jauh televisyen. Kami mengesyorkan Clorox Expert Disinfecting Wipes bagi membersihkan permukaan item-item ini kerana ia mampu membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk Covid-19 hanya dalam 15 saat9. Bersihkan permukaan ini dengan rapi sekurang-kurangnya sekali sehari.

Apa pun,

  1. JANGAN leka dan lalai dalam memastikan keselamatan.
  2. Ikuti tip-tip mudah ini bagi membantu anda kekal selamat dan sihat serta mampu bertahan dalam mendepani cabaran yang dibawa varian Omicron.

Rangkaian Clorox Expert termasuk Clorox Expert Disinfecting Wipes dengan pek 15 dan 30 helaian kain pengelap; dan Clorox Expert Disinfecting Spray. Produk-produk Clorox boleh didapati di peruncit-peruncit terkemuka di seluruh negara.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkara berkaitan pembersihan serta sebagainya di laman web Clorox Malaysia di:

FARMASI CARING SAMBUT ULANG TAHUN KE 10,000 HARI

Tahniah dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-10,000 Hari!

Image 09 (2)

Dan menariknya sambutan ulang tahun ini dihadiri oleh Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah, anakanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, ditemani oleh Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab bin Haji Rahim, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Pejabat Perdana Menteri.

Turut hadir dalam majlis gilang gemilang tersebut adalah wakil-wakil dari Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais ASEAN (ARFF) dan Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.

Sambutan 10,000 hari itu melambangkan 27 tahun penubuhan Caring Pharmacy sejak September 1994 di Taman Muda, Cheras. Ditubuhkan oleh 5 orang ahli farmasi dengan tujuan menyediakan kemudahan barang-barang penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik untuk para pengguna dan setelah 27 tahun beroperasi, Caring Pharmacy telah berkembang kepada 158 buah cawangan di seluruh negara, termasuk di kompleks membeli-belah terkemuka. Kini, mereka memperluaskan perniagaan mereka melalui program-program kesetiaan, melancarkan aplikasi mudah alih Caring, pengambilalihan 36 buah cawangan Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy, serta menembusi pasaran Asia Tenggara.

Image 07 (2)

Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkata,

“Jenama tempatan seperti Caring Pharmacy menjadi kebanggaan kita melalui usaha mereka di dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan ikhlas mereka, setiap usaha diambil kira, dan setiap tindakan ada impaknya. Bersama-sama kita mampu melakukannya.”.

Sedang negara berada di fasa pemulihan akibat pandemik dan bencana alam, jenama tempatan – Caring Pharmacy dan NEUTROVIS bekerjasama dengan 10 buah organisasi untuk melindungi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki pelitup separuh muka gred perubatan yang bersesuaian.

Pelitup separuh muka yang disumbangkan ini akan digunakan oleh para anggota dan sukarelawan dalam operasi seharian mereka, dan juga akan diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik, terutama kepada mangsa banjir yang terkesan sejak dua bulan lepas.

Dengan sumbangan ini, mereka berharap dapat memberi peluang kepada semua dalam melawan COVID-19 dan mengingatkan kita untuk menyambut Tahun Baru Cina secara berhemah, semasa berkunjungan sesama keluarga dan sahabat handai.

Image 15 (2)

Caring Pharmacy menyumbang 10,000 kotak (500,000 unit) Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium NEUTROVIS kepada 10 buah organisasi iaitu:

  1. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
  2. Kechara Soup Kitchen
  3. Yayasan OrphanCare
  4. Kelab Rotary Puchong
  5. Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia
  6. The Giving Bank
  7. Yayasan Food Bank Malaysia
  8. Uncle Kentang
  9. World Vision Malaysia
  10. Worldwide Wellness Club

Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab bin Haji Rahim berkata,

“Saya menyokong usaha Caring Pharmacy yang masih menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik di sebalik sambutan ini, dan juga NEUTROVIS dengan kerja-kerja CSR luar biasa mereka pada tahun lepas. Jenama-jenama tempatan ini menjiwai slogan #KITASUPPORTKITA dengan mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan saudara kita yang berbilang kaum di Malaysia, pada masa-masa yang diperlukan.”

Pengarah Urusan Maystar Beauty, Encik Zayn Puah berkata,

“Saya berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Caring Pharmacy dalam kempen ini, kerana objektif kami adalah sama iaitu melindungi rakyat Malaysia dan menyumbang kembali kepada masyarakat. Setelah melibatkan diri di dalam kerja-kerja CSR, saya tahu usaha di dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan memberi makna. Ia membuatkan kita tidur lebih lena, dengan mengetahui kita telah berbakti kepada masyarakat Malaysia. Saya amat berbangga dengan pencapaian 10,000 hari Caring Pharmacy, dan saya lebih menyanjungi mereka kerana manyambutnya dengan menyumbang kembali kepada masyarakat dan memberi impak pada kehidupan ramai, termasuk saya. Ini amat penting terutamanya pada masa yang mencabar ini, dan kita perlu berganding bahu demi menolong saudara kita yang memerlukan.”

Menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, selebriti tempatan popular, Nadia Brian dan Tong Bing Yu turut menyertai sambutan ini dengan menggunakan pengaruh mereka untuk memberi kesedaran tentang kepentingan penggunaan pelitup separuh muka gred perubatan yang efektif untuk melawan COVID-19, dan mengingatkan semua orang supaya sentiasa mematuhi SOP untuk melindungi orang tersayang dalam menyambut kehadiran Tahun Harimau.

Dalam majlis ini, Nadia Brian dan Tong Bing Yu dilihat mengagihkan Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium NEUTROVIS kepada orang awam di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur.

Image 14 (2)

Pengarah Urusan Caring Pharmacy, Chong Yeow Siang berkata,

“Ianya memberikan kebanggaan kepada saya untuk merayakan sambutan 10,000 hari dengan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui 10 buah persatuan tersebut. Ianya merupakan pencapaian bersejarah dan amat bermakna buat kami, untuk membantu orang awam dalam urusan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Seperti nama kami, kami amat prihatin terhadap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai rangkaian farmasi terbesar tempatan, kami akan terus berkhidmat menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan yang paling relevan semasa dan selepas pandemik ini.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun 10,000 hari, Caring Pharmacy akan memberi 1000 mata ganjaran tambahan kepada 10,000 orang ahli terawal yang berbelanja sebanyak RM100 ke atas di cawangan Caring Pharmacy.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://caring2u.com/.

MITSUI LALAPORT BBCC BAKAL DIBUKA SECARA BERPERINGKAT MULAI 20 JAN 2022

Yey, satu lagi pusat beli-belah baharu bakal dibuka di bandar raya KL tahun 2022!

IMG20220117102625

Dengan anggaran 400 kedai yang bakal beroperasi, LaLaport akan dibuka secara berperingkat-peringkat kepada umum.

Pusat beli-belah dengan gaya hidup dari Jepun ini adalah fasiliti luar negara yang PERTAMA di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co., Ltd. Bertemakan konsep rekaan “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”, ia mempunyai gaya penampilan yang sesuai dengan lokasi di pusat bandar. Pembinaannya mewujudkan suasana interaksi yang damai lagi santai menerusi gabungan fasiliti komersil, pejabat, kediaman dan hotel.

Dengan keluasan lebih daripada 82,600 meter persegi, LaLaport akan menjadi pusat beli-belah yang pertama di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan dan menjadi LaLaport KEDUA Mitsui Fudosan di luar negara selepas Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao.

IMG20220117110116

LaLaport turut membawa jenama terkenal dari Jepun seperti NITORI, Nojima dan JONETZ oleh DON DON DOKI. Star Child, sebuah sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun juga akan membuka kemudahan pertamanya di LaLaport.

Di sini juga bakal menawarkan pengalaman makanan yang tidak pernah dilihat di mana-mana pusat beli-belah yang mana ia menawarkan kedai yang disenaraikan oleh Michelin, tempat makan berkonsep baharu oleh Cef terkenal dengan juadah unik seperti dari Shin’Labo, Marta’s Kitchen, Buena Brasa Gastropub, DONQ/Mini One, MATCHA EIGHT, YAKINIKU SIZZLE oleh YAKINIQUEST dan banyak lagi.

IMG20220117103438

“Gourmet Street” bakal memberi pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka, “Depachika Marche” yang menyediakan aneka makanan bungkus, medan selera “Cafeteria” dan “Garden Dining” di aras 4 yang boleh memuatkan kapasiti 1,400 orang dalam satu masa. Bagi pengunjung beragama Islam, LaLaport menyediakan satu aras khas yang menempatkan restoran-restoran Halal.

Jika penat berjalan, bolehlah bersantai di ruang acara seperti “Central Rooftop Garden” yang mempunyai keluasan kira-kira 1,700 meter persegi yang dikelilingi oleh pokok-pokok dan tumbuhan hijau. 

IMG20220117103407

Namun yang paling unik ruang acara yang dikenali sebagai “WOW PLAZA” yang terletak di tengah-tengah Gourmet Street. Tiang kayu berbentuk huruf “W” di pintu masuk menjadi tarikan utama.

Tidak sukar untuk datang ke sini jika anda tidak mempunyai pengangkutan sendiri kerana ia mudah diakses dengan tren iaitu:

  • Laluan jalan kaki yang bersambung ke Stesen LRT Hang Tuah
  • 5 minit berjalan kaki dari Stesen Merdeka

Sebanyak 2,400 unit parkir disediakan bagi pengunjung yang ingin membawa pengangkutan sendiri ke sini.

Apa lagi, jom kunjungi LaLaport mulai esok!

NSK GROCER DIBUKA DENGAN SAMBUTAN MERIAH DI QUILL CITY MALL

Tahniah Quill CIty Mall dan NSK Grocer atas pembukaan secara besar-besaran kedai runcit terbesar di bandar raya ini! 

Image 1 2

Memang ramai yang datang berkunjung tanpa putus-putus dan membeli-belah sewaktu majlis pembukaannya pada 8 Januari lalu.

Image 2 2

Sempena pembukaan NSK Grocer, pelbagai promosi ditawarkan kepada pelanggan antaranya:

  • pemberian baucar bernilai RM100 bagi 100 pelanggan pertama dengan 1 baucar untuik satu keluarga
  • Satu kotak buah oren dengan berat 4kg kepada 1000 pelanggan yang pertama
  • Percuma keahlian dan menerima baucar bernilai RM10
  • Harga GEMPAK untuk barangan terpilih dalam pemberian waktu yang tertentu

Dengan membawa konsep kedai runcit moden baharu dan berinovatif, NSK Grocer menawarkan pelbagai produk premium yang mampu milik serta produk tempatan untuk warga kota.

IMG20220108094806

NSK Grocer di Quill City Mall KL kini pastinya menjadi lokasi terpilih untuk membeli keperluan harian dan barangan runcit berkualiti memandangkan kedudukannya di tengah bandar raya yang menjadi tumpuan ramai.

IMG20220108095025

Berkeluasan lebih 85,000 kaki persegi yang terdiri daripada bahagian makanan segar terbesar, bahagian barangan kering, bahagian borong dan deli, NSK Grocer @ Quill City Mall KL menggayakan konsep pertama seumpamanya yang memodenkan suasana pasar tradisional yang dilengkapi dengan persekitaran yang kemas dan selesa.

IMG20220108095007

Sebagai kedai runcit terbesar dengan pilihan makanan segar yang paling luas di Kuala Lumpur, NSK Grocer bakal menjadi kedai runcit pertama oleh Kumpulan NSK yang menawarkan rangkaian produk premium berkualiti dan mampu milik dari seluruh dunia. Barangan yang ditawarkan termasuk pelbagai jenis barangan runcit, barangan isi rumah, ayam, hasil segar seperti sayur-sayuran, makanan laut seperti ikan, udang dan ketam pada harga yang berpatutan untuk lebih nilai kepada wang anda. Selain itu, pemilik perniagaan kecil juga boleh membeli barangan pukal di bahagian borong dengan pelbagai pilihan produk pada harga yang menjimatkan.

Encik Justin Liew, Naib Presiden Kanan Quill City Mall Retails Sdn Bhd berkongsi bahawa dengan memperolehi NSK Grocer yang pertama sebagai penyewa di Quill City Mall KL, ianya bukan sahaja satu kejayaan untuk pusat beli-belah itu, tetapi juga merupakan satu usaha strategik yang dibentuk untuk memenuhi permintaan pembeli hari ini yang arif lagi moden.

“Kami berbesar hati untuk memiliki NSK Grocer yang pertama sebagai sebahagian daripada keluarga Quill City Mall, dan kami berbesar hati untuk membawa pengalaman membeli-belah yang teristimewa dan menyeronokkan kepada pembeli moden masa kini. Sebagai salah satu pusat membeli-belah terkemuka di Pusat Bandar Kuala Lumpur, kami sentiasa berusaha untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang menarik dan memudahkan khas buat pembeli untuk mendapatkan keperluan harian mereka di satu tempat lalu menghasilkan destinasi membeli-belah yang ideal untuk semua. Kami yakin NSK Grocer mempunyai potensi dan kredibiliti yang kukuh untuk memenuhi keperluan orang ramai di Kuala Lumpur dan seluruh Lembah Klang.” 

Encik Loh Teck Wah, Pengarah Eksekutif NSK Grocer (KL) Sdn Bhd pula menegaskan bahawa Quill City Mall adalah lokasi yang ideal untuk membuka cawangan baharunya yang pertama. Ini disebabkan lokasi strategik pusat beli-belah ini yang terletak di tengah-tengah bandar, ditambah pula dengan kehadiran pelbagai jenis pelanggan yang berkunjung setiap hari, terutamanya pekerja pejabat, keluarga muda dan pelajar kolej di kawasan sekitar.

NSK Grocer bersedia untuk memainkan peranan sebagai pembekal produk premium berkualiti pada harga yang sangat berpatutan untuk orang ramai. Konsep inovatif terkini ini memenuhi keperluan setiap gaya hidup, dan kami percaya pembukaan NSK Grocer di Quill City Mall KL akan menghasilkan pengalaman membeli-belah yang santai serta mendatangkan impak positif kepada orang ramai, terutamanya bagi mereka yang menetap atau bekerja di pusat bandar yang sentiasa sibuk maka memerlukan kedai runcit yang bersesuaian untuk mendapatkan keperluan harian mereka.

NSK Grocer berbangga kerana kami sentiasa menawarkan produk berkualiti pada harga yang kompetitif. Dengan penyediaan bahagian hasil segar yang terbesar, NSK Grocer memberi pelbagai pilihan kos efektif untuk setiap individu. Kami komited untuk sentiasa menyediakan hasil segar dengan bekerjasama rapat dengan semua pembekal utama kami dan memberikan hanya yang terbaik untuk pelanggan kami.”

Nota:

  • Anda boleh kunjungi NSK Grocer di LG-19-21 Lower Ground di Quill City Mall KL
  • Dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam
  • Layari https://www.quillcitymall.com.my/
  • Dihubungkan oleh Monorel. Stesen LRT tersekat adalah di Dang Wangi