RINDU UNTUK “HANYA KAWAN BIASA”

Ya, lagu bertajuk ‘RINDU’ ini adalah lagu khas yang dicipta untuk mereka yang pernah mengalami saat-saat di ‘friendzoned’ ataupun ‘hanya kawan biasa’. Lagu ini juga dicipta sebagai meluahkan perasaan yang tertekan akibat cinta yang tidak berbalas.

dav
dav

Lagu ‘RINDU’ ini dihasilkan oleh MFMF, satu kumpulan anak muda yang dianggotai oleh Brendan Lim, Justin Seow dan Zen. Ia juga adalah hasil kolaborasi bersama penyanyi independent Malaysia, Rapper Airliftz serta Alex Ungku.

IMG20211208161244

Bukan calang-calang penyanyi independent ini ya. Airliftz atau nama sebenarnya Aliff Shaharom adalah seorang penyanyi dan juga komposer berbakat di mana bakatnya mula terserlah apabila menghasilkan sendiri lagu sejak berusia 13 tahun manakala Alex Ungku pula telah menempa nama sejak tahun 2019 sebagai seorang penyanyi R&B yang mampu memikat sesiapa sahaja dengan kelunakan suaranya!

Gabungan MFMF bersama Airliftz dan Alex Ungku secara tak langsung menjadikan lagu ini sebagai pertaruhan PERTAMA mereka di dalam industri seni arus perdana dan juga kali PERTAMA Airliftz menyanyi dan bukan hanya “rapping” seperti selalu.

Trilogi ‘RINDU’ ini boleh didapati dalam TIGA versi bahasa iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Mandarin
  • Korea

Setiap versi mempunyai tajuk dan keistimewaan tersendiri.

‘RINDU’ Bahagian 3 ini telah dilancarkan pada 26 November lalu dan boleh didapati di semua platform strim digital.

Apa yang lebih menarik lagi mengenai Trilogi ‘RINDU’ ini, MFMF telah bekerjasama dengan myBurgerLab dalam menghasilkan satu menu burger Edisi Terhad bagi setiap pelancaran ‘RINDU’ dalam ketiga-tiga bahasa dengan nama dan rasa yang berbeza.

dav
dav

Misalnya, bagi ‘RINDU’ Bahagian 3 ini, myBurgerLab telah menhasilkan burger yang diberi nama “Percik Power” yang membawa tema kemelayuan. Promosi telahpun dijalankan mulai 29 November lalu dan berlangsung selama 14 hari sahaja. Jadi jika anda peminat myBurgerLab, bolehlah datang untuk mendapatkan burger Edisi Terhad ini di semua cawangan kecuali myBurgerLab di cawangan MyTown.

Selain itu, MFMF juga telah mendapat slot ruangan istimewa untuk mempromosikan SINGLE terbaharu mereka di sebuah BILLBOARD di Bangsaria, Jalan Maarof. Adanya ruangan promosi itu, ia dapat memperkenalkan MFMF kepada semua rakyat Malaysia sekaligus meluaskan pengaruh muzik kepada ramai pihak.

Sememangnya anak-anak muda ini mempunyai impian tersendiri untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. Maka MFMF telah merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu yang dapat menarik perhatian lebih ramai generasi muda. Antaranya mengguna aplikasi TIKTOK dan berkolaborasi dengan artis baru dari YG Entertainment, syarikat pengurusan yang menguruskan artis K-Pop terkenal seperti Blackpink dan Bigbang.

MFMF juga bakal melancarkan satu kempen khas kepada penyokong mereka tidak lama lagi. Dengan usaha yang pelbagai, dapat membawa nama MFMF sebagai komposer yang mampu mengharumkan nama Malaysia.

Untuk menyaksikan video MFMF: https://www.youtube.com/watch?v=II5Pep_9Npg

FESTIVAL PERKAMPUNGAN BUDAYA MELAYU BAKAL JELAJAH 7 DESTINASI

Destinasi negeri pilihan adalah Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur bermula awal Januari 2022. Siri jelajah Malaysia ini bakal berakhir pada Jun 2022.

IMG20211212144327 (2)

IMG20211212151342 (2)

Untuk makluman semua, Festival Perkampungan Budaya Melayu ‘Malay World Cultural Paradise’ E-FESTOUR AKZ5.0 adalah program tarikan pelancongan global yang diasaskan oleh ratu etnik Malaysia, Noraniza Idris dengan hasrat untuk menjadikannya satu produk tarikan pelancongan NOMBOR SATU PILIHAN NO. 1 MALAYSIA. Ia adalah kesinambungan kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh penyanyi berkenaan.

 

Komuniti setempat menjadi platform untuk aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan Melayu seterusnya hingga ke peringkat antarabangsa. Justeru itu, festival ini menjadi produk pelancongan Malaysia yang akan mempamerkan seni dan budaya setempat kepada pelancong menerusi media sosial secara menyeluruh.

Festival ini juga dianjurkan bagi membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya Melayu khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat disamping meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan.

IMG20211212153412 (2)

Festival ini telahpun dijalankan pada 10 hingga 12 Disember 2021 lalu dengan lokasi permulaan di AEON Mall Shah Alam selama TIGA hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. Sepanjang TIGA hari, festival itu membawakan Pertandingan Tarian Zapin secara spontan berkumpulan iaitu Tingkat Geruh Peringkat Zon untuk mencari 16 peserta terbaik yang bakal mara ke Peringkat Kebangsaan. Sebanyak 14 kumpulan telah berentap untuk mengumpul Agregate Pencapaian Tertinggi. Pertandingan Zapin ini telah dijalankan pada majlis pra pelancaran festival pada 12 Disember lalu. 

Selain pertandingan itu, terdapat 12 acara sampingan dijalankan seperti Pertandingan Nyanyian ‘Irama Malaysia Academy Awards’, Pertandingan Kompang Berirama ‘Rhythm of Unity’, Pertandingan MUA Awards Kategori Cilik dan Dewasa, Pertandingan Peragaan Busana Kategori Dewasa, Pertandingan Permainan Rakyat Congkak, Dam Ular, Batu Seremban serta Boling Kampung serta Pertandingan Mencari Harta Karun. 

IMG20211212153217 (2)

Dalam majlis pra pelancaran itu juga, satu perjanjian persefahaman diadakan bersama Symphony Travel and Tour Sdn Bhd, AEON Mall dan Persatuan Bumiputera Makeup Artis Malaysia. Majlis disempurnakan oleh YBM Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Festival ini seterusnya akan menjelajah ke TUJUH destinasi yang telah dipilih. Matlamat siri jelajah Malaysia ini bertetapan dengan misi untuk mengangkat nilai seni dan kemahiran berperingkat global ke arah menjana pendapatan negara dan juga profesion pilihan. Sasaran pengajuran program ini adalah untuk menghimpunkan penggiat-penggiat seni seluruh Malaysia untuk bebas berkarya menerusi platform yang disediakan. Ia juga menyediakan aktiviti untuk peserta seawal umur 4 tahun tanpa had umur dan pelbagai kaum.

Berikut adalan antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari di Aeon Mall Shah Alam:

10 Disember

  • persembahan kebudayaan multiracial Malaysia
  • Forum Sihat
  • Budaya
  • Kecantikan Luaran dan Dalaman
  • Bermain permainan rakyat menerusi Pertandingan bermain Congkak dan Dam Ular
  • Mempelajari asas kesenian Zapin sambil membuat senam seni
  • Pertandingan nyanyian lagu-lagu Irama Malasyai

11 Disember

  • menyaksikan Tatiseni Awards melibatkan peserta Akademi Tatihseni Malaysia. Sebanyak 114 anugerah telah dinilai
  • Pertandingan MUA Awards
  • Pertandingan Kompang Berirama

12 Disember

  • permainan rakyat
  • Treasure Hunt
  • Pertandingan bakat luar biasa kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun
  • Kids Got Talent
  • majlis pra pelancaran
  • 14 kumpulan bertanding dalam Pertandingan Zapin
  • Artis terlibat: Noraniza Idris, Ihab Ismail dan Azmir Ariff

Program ini dijangka membawa penglibatan kira-kira 500 peserta bagi mematuhi syarat penyertaan. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Malay World Cultural Paradise iaitu gabungan Persatuan Tatihseni Malaysia, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd,. Kerabu Media & Event Sdn Bhd serta C2Joy (M) Sdn Bhd.

KERJASAMA SCARLET DAN STEVEN SUNNY CIPTA NAFAS BAHARU

Hasilnya, lahirlah koleksi rekaan pakaian yang tampil lebih moden, serba anggun dalam gaya yang cukup santai serta kasual #OwnWhatYouWear oleh penggaya fesyen tersohor ini.

IMG20211210105540 (2)

Steven Sunny memang dikenali di dunia fesyen kerana bakatnya yang serba boleh sebagai seorang jurusolek dan pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Scarlet SS 8

Rekaan Scarlet x Steven Sunny memberi nafas baharu pada jenama pakaian terkenal AEON CO. (M) BHD. iaitu Scarlet. Menariknya, rekaan ini dijahit tangan oleh Steven Sunny sendiri dan koleksi yang dihasilkan adalah EDISI TERHAD

IMG20211210101106

Tahniah AEON yang kini berani mengorak langkah ke hadapan menerusi kolaborasi dengan idol fesyen tersohor, Steven Sunny.

IMG20211210101317

Oleh itu, satu sesi eksklusif bersama Steven Sunny telah diadakan pada Jumaat lalu yang menampilkan koleksi Scarlet yang telah diberi nafas baharu di AEON Mid Valley Megamall dan disaksikan bersama wakil media dan penulis blog tempatan.

Bertemakan #OwnWhatYouWear, kolaborasi ini menampilkan 10 pilihan koleksi akhir tahun. Diperkenalkan sebagai koleksi peribadi, Scarlet x Steven Sunny memberikan kenyataan tentang pemakainya yang mengutamakan kesejahteraan serta menyayangi diri dalam menyerlahkan citarasa fesyen musim ini.

Selain keselesaan dan pakaian santai yang telah menjadi pilihan selama beberapa musim dan berpandukan gaya pandemic-stay-home, penggayaan ini menyampaikan apa yang diperlukan oleh pelanggan pada waktu ini. Gaya dan fesyen berubah dengan pantas untuk disesuaikan dengan pilihan gaya hidup selepas pandemik. Daripada peningkatan terhadap populariti pakaian aktif dan fit wear hingga kepada keperluan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, permintaan kini menuju ke arah fesyen yang mempunyai nilai-nilai terapeutik.

Ini merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu AEON CHERISH yang mempromosikan ketabahan dan kesyukuran serta mendorong rakyat Malaysia untuk menghormati dan menghargai apa yang paling penting dalam kehidupan ini sambil kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 dan menyambut tahun baharu dengan lebih bersemangat.

IMG20211210111914

Kolaborasi yang sungguh menarik ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, Low Ngai Yuen serta jemputan khas para pempengaruh. Terdapat juga demonstrasi tambahan di lokasi yang merupakan gabungan idea musim ini bersama rakan solek, Shiseido.

100 pasang koleksi akhir tahun istimewa Scarlet x Steven Sunny Edisi Terhad boleh didapatkan secara dalam talian atau pun di AEON Taman Maluri, Shah Alam dan Bandar Utama dengan harga yang berpatutan.

Menyentuh mengenai kolaborasi itu, Steven berkata,

“Saya percaya setiap seorang dari kita mampu menunjukkan keunikan dalam diri masing-masing. Anda memiliki apa yang anda gayakan kerana anda merupakan edisi terhad diri anda sendiri. Saya berterima kasih kepada AEON atas usaha untuk memberikan kepada pelanggan apa yang mereka inginkan di masa yang mencabar seperti ini.”

Sempena pelancaran koleksi Scarlet x Steven Sunny ini, pelanggan berpeluang memenangi baucar AEON bernilai RM500 seorang apabila berkongsi gambar terbaik mereka memperagakan jenama Scarlet di Instagram mulai 3 Disember hingga 31 Disember 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari:

Laman Web: www.aeonretail.com.my

Facebook: www.facebook/aeonretail.com / www.facebook.com/MYAEONBiG/

Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/www.instagram.com/myaeonbig/?hl=en

Twitter: @AEON_Malaysia

SISTEM INTERNET TANDAS (IoT) TINGKAT KECEKAPAN PENGURUSAN TANDAS

Sistem Internet atau Internet of Toilet ini diperkenalkan di pusat beli-belah Sunway Pyramid sebagai usaha digital dalam menaiktaraf pengurusan tandas menggunakan data yang dikumpul melalui pelbagai sensor serta monitor.

Sunway Pyramid IoT 1

Pengumpulan data ini diperoleh apabila pengguna memberi maklum balas dan pengalaman mereka tentang kebersihan tandas secara tidak langsung memudahkan pengurusan tandas dalam masa nyata.

Sunway Pyramid IoT 3

Sistem Internet yang diperkenalkan ini menyaksikan pusat beli-belah itu beralih daripada sistem bilik air konvensional kepada sistem pengurusan yang lebih efisien untuk membekalkan pengalaman yang lebih terhubung lagi lancar buat pengguna dan juga penyelia.

IMG20211207114231aa

Usaha ini merupakan sebahagian daripada langkah Sunway Pyramid untuk mentransformasikan pelbagai aspek pusat beli-belah ini secara digital, ia menyusuli usaha digitalisasi mereka yang terdahulu, termasuk ketika pandemik dan perintah berkurung.

Sebelum ini, Sunway merupakan yang pertama seumpamanya di Lembah Klang memperkenalkan:

  1. Parkir Pintar Sunway (Sunway Smart Parking) bagi mendorong penerimagunaan sistem tanpa tiket dan tanpa tunai di kawasan parkir
  2. Hab Jalinan Pengguna (Customer Engagement Hub) untuk menangani keperluan pengguna masa kini melalui pelbagai saluran walau di mana jua mereka berada

Menerusi kerjasama dengan pakar prasarana yang berpangkalan di Singapura, Rigel Technology, sistem tandas pintar yang baharu ini akan membantu mengoptimumkan prestasi dan efisiensi tandas komersial dengan memanfaatkan sistem IoT menerusi pengumpulan data. Sistem yang diperkenalkan oleh Rigel ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, dan Singapura merupakan satu-satunya lokasi yang boleh didapati setakat ini.

Biasanya kerja penyenggaraan tandas konvensional, penyelia perlu berhadapan dengan cabaran seperti:

  • prestasi kebersihan
  • pelbagai kerosakan yang mungkin tidak dapat disampaikan dengan efektif kepada juruteknik, lantas menjurus kepada pengalaman yang kurang menyenangkan buat pengguna

Namun, masalah diatas boleh diatasi dengan sistem IoT yang banyak memberi manfaat:

  • dari segi pengalaman pengguna
  • kelestarian
  • menjimatkan kos

Dengan meletakkan kelestarian sebagai teras utama bagi perniagaan serta komunitinya, Sunway giat mencari kaedah inovatif yang baharu seperti ini untuk melahirkan pengalaman bertaraf tingi buat  pelanggan mereka lantas mengambil inisiatif agar mereka turut serta sebagai sebahagian dalam pelaksanaan teknologi baharu itu yang mula digunakan di Sunway Pyramid bulan ini.

Sunway Pyramid IoT 4 (2)

Jason Chin, Pengurus Besar Sunway Pyramid berkongsi,

“Sunway sejak sekian lama menjulang konsep bandar pintar serta perbandaran lestari. Langkah kami ke sistem IoT memenuhi konsep ini yang mencakupi sebuah visi holistik, turut melangkaui kepentingan yang bukan sahaja berpaksikan kemesraan alam semata-mata. Lagi satu aspek terletak dalam penaiktarafan pengalaman buat pelanggan, yang diterjemahkan kepada pembekalan kemudahan yang terbaik serta pengurusan fasiliti berprestasi tertinggi. Itulah harapan kami dengan IoT.”

Pengenalan IoT ini membolehkan tenaga pengurusan pusat beli-belah ini menyingkap fungsi dan prestasi tandas melalui sensor dan monitor khas yang dipasang pada barangan seperti tong sampah, dispenser sabun dan tisu; termasuk kelengkapan air yang utama seperti pili, ruang urinari, dan injap tekan; serta pemantauan persekitaran seperti kualiti udara, kelembapan suhu, kaunter individu dan panel maklum balas interaktif. Juga terdapat sensor ammonia yang akan mengesan kewujudan ammonia untuk mencegah bau busuk di bilik air.

Maklumat yang dikumpul ini akan dihantar ke pelayan awan yang boleh diakses melalui platform web dan aplikasi pintar mudah alih untuk memudahkan pengurusan dan penjejakan. Sebagai contoh, tenaga pengurusan dapat memantau dengan lebih jelas prestasi bilik air, penggunaan air serta data penting lain yang membolehkan mereka mengesan sebarang anomali atau kerosakan untuk ditangani dengan segera sebelum situasi berkenaan menjadi lebih teruk, lantas mengurangkan tempoh gendala dan kos, selain menjimatkan air demi output yang lebih lestari.

Dengan mengambil pendekatan pintar ini, Sunway Pyramid juga bermatlamat untuk mengoptimumkan tenaga kerjanya untuk memaksimumkan produktiviti. Menerusi aplikasi mudah alih IoT misalnya, tukang cuci akan dimaklumkan tentang bilik tandas yang memerlukan perhatian segera dari segi kebersihan atau mengenai bahan-bahan tertentu yang perlu diisi semula, serta diberi penugasan dengan serta-merta.

“Kami sedar bahawa inovasi perlu diteruskan untuk menunaikan keperluan para pelanggan kami. Dari Sunway Smart Parking hingga Customer Engagement Hub dan Sunway eMalls, anjakan digitalisasi, inovasi dan teknologi kami baru sahaja bermula,” simpul Jason.

TERPUKAU DENGAN SUASANA KRISMAS DI AVENUE K

Memang mempersona! Terasa seperti dalam dunia khayalan!

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39 (1)

Itu yang sesuai diperkatakan tatkala melihat hiasan dekorasi Krismas di pusat beli-belah ini lebih-lebih lagi kehadiran pokok krismas gergasi yang tersergam tinggi hingga mendongak ke langit!

Berukuran 30 kaki, pokok krismas ini dipenuhi dengan aksesori hiasan bauble berbentuk bulat beraneka saiz dan warna serta bunga poinsettia berona merah.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.38 (2)

Di hadapan pokok krismas gergasi ini pula menempatkan beberapa gerai yang menjual makanan berupa biskut, coklat dan produk dekor untuk sambutan Krismas daripada outlet-outlet yang terdapat di dalam Avenue K antaranya Famous Amos, BreadTalk dan pasar raya Village Grocer juga Mygift.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39

Sempena Krismas ini, pengunjung yang berbelanja antara RM100 atau RM250 dengan maksimum TIGA resit boleh menebus baucar makanan dan beli-belah bernilai RM40 atau RM150 di Kaunter Informasi.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39 (4)

Pengunjung yang datang ke Avenue K juga berpeluang menyaksikan persembahan sempena sambutan Krismas dan turut serta dalam aktivit-aktiviti yang disediakan antaranya Snow Fall, Tarian Jingle Bell, Nyanyian Karol, kemunculan Santa dan pembantunya dan banyak lagi yang pastinya menghiburkan.

Bagi yang sukakan cabaran, anda  boleh menyertai pertandingan Mengira Baubles yang menjadi aksesori hiasan pada pokok Krismas. Pertandingan ini dijalankan menerusi pertandingan di Facebook.  Apa yang perlu lakukan adalah:

  1. mengira jumlah baubles yang ada
  2. ambil gambar
  3. pos jawapan dan gambar di Facebook Avenue K @AvenueKMY

Cubalah dan anda berpeluang memenangi hadiah yang hebat!

Avenue K juga tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Sempena ketibaan Krismas ini, Avenue K berkolaborasi bersama-sama C.Michael London, Max Fashion dan Nando di mana bersama-sama jenama ini, mereka akan membeli pakaian baharu, memberi perkhidmatan memotong rambut dan makan malam bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary. Bagi yang ingin menderma pada kanak-kanak ini, sangat-sangat dialukan.

Memandangkan tidak lama lagi sahaja sambutan Krismas ini, jadi ambil kesempatan untuk membeli-belah di sini.

ANIMASI FANTASI JADI INSPIRASI KRISMAS DI SURIA KLCC

Berlatarkan suasana meriah sambutan Krismas pada waktu malam di hadapan stesen kereta api di luar negara, sambutan Krismas tahun ini di Suria KLCC diilhamkan daripada animasi fantasi “The Polar Express”. 

Andy_Kho_3036a

Ia lengkap dengan hiasan lampu kelip-kelip yang menerangi pokok-pokok krismas beserta replika kereta api bersaiz sebenar yang boleh dinaiki oleh pengunjung menambahkan lagi rasa keriangan menyambut perayaan ini.

IMG_20211123_170638

Sempena sambutan Krismas ini juga, Suria KLCC menawarkan ganjaran hebat bernilai lebih daripada RM500,000 melalui program ‘Ganjaran Pembelian Krismas atau Christmas Shoppers Rewards‘ yang mana pengunjung yang membuat pembelian sekurang-kurangnya RM500 dalam SATU resit dari mana-mana kedai khusus dalam pusat beli-belah itu berpeluang memenangi baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000!

Wah, ini satu tawaran yang menakjubkan!!

Sebanyak 76 pengunjung bertuah bakal dipilih dari sekarang sehingga 26 Disember nanti. Manakala pengunjung yang membeli sekurang-kurangnya RM1,500 dalam DUA resit pula akan terus menerima baucar membeli-belah bernilai RM100 selagi stok masih ada.

Selain menikmati dekorasi bertemakan fantasi di Centre Court, anda boleh menaiki replika kereta api dan paling teruja, anda boleh membunyikan hon yang disediakan! Memang rasa seperti menaiki kereta api sebenar!

Andy_Kho_3139a

Jika anda dan keluarga ingin mencuba menaiki keretapi eksklusif pula, boleh ke Aras 1 Ramlee Mall di mana kawasan tersebut telah diubahsuai kepada sebuah stesen kereta api mini yang boleh dinaiki kanak-kanak dengan harga tiket sebanyak RM8. Setiap RM1 daripada cas yang dikenakan akan disumbangkan kepada pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak Suria KLCC.

Andy_Kho_3084a

Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan Santa dan pembantunya yang akan membuat kemunculan di Kotej Santa pada hujung minggu dan hari Krismas untuk bergambar bersama pengunjung. Pengunjung boleh bergambar di kawasan pintu masuk Park Mall di mana di situ terdapat pancaran cahaya umpama aurora yang mempersonakan  setiap kali terdapat pergerakan berhampiran punca pencahayaan.

Warna lembut pastel akan dipancarkan seindah aurora yang mampu menghasilkan kesan yang menarik pada foto yang diambil. Terdapat juga aktiviti interaktif di beberapa lokasi terutama di Stesen Keretapi Polar Ekspress di Centre Court yang akan bercahaya dan mengeluarkan bunyi wisel seperti sebuah keretapi tradisional sebenar yang juga menghasilkan kepulan asap yang mampu mengimbau pengalaman bagaimana keretapi berfungsi pada zaman dahulu.

Di perkarangan pusat beli-belah ini terdapat pokok Krismas dengan ketinggian 100 kaki yang merupakan pokok hiasan tertinggi di Malaysia tersergam di Esplanade menanti kedatangan pengunjung. Bukan sahaja penuh dengan dekorasi yang mengujakan, ianya juga menampilkan kereta api wap di sampingnya. Kereta api ini adalah satu lagi tarikan Polar Ekspress yang boleh diabadikan di dalam Instagram ketika pengunjung menikmati suasana sekitar Esplanade, yang disulami dengan pancutan air berirama di Taman KLCC.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat KLCC, Andrew Brien,

Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah bersedia untuk Krismas. Tahun ini kami akan kembalikan kemeriahan dan keterujaan kepada pelanggan dengan sambutan penuh tradisi ini. Suria KLCC ialah sebuah tempat di mana pengunjung samada pasangan, kawan-kawan, keluarga dan ‘reunion’ yang mampu menceriakan semua.

“Persediaan untuk sambutan Krismas merupakan masa yang dinantikan setiap tahun di Suria KLCC, dengan situasi kelihatan lebih baik untuk tahun ini. Sudah tentu kami sangat teruja melihat pengunjung yang tidak putus-putus menikmati keindahan lampu-lampu dan dekorasi yang telah kami sediakan untuk mereka.

“Di musim perayaan ini, marilah kita bersama mengamalkan penjarakan selamat dan sentiasa memakai pelitup muka memandangkan pandemik ini masih belum tamat. Yakinlah bahawa Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard untuk memastikan keselamatan semua.”

PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA

Edit-4432a

Pengunjung di Alamanda Putrajaya juga di sajikan dengan ganjaran istimewa dari 27 November hingga 26 Disember sebagai sebahagian daripada program penebusan Krismas. Setiap hari hingga 26 Disember, 10 pembeli pertama yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam tidak lebih daripada 2 resit dari kedai khusus akan menerima bekas seramik edisi terhad.

Ibu bapa dengan keahlian VIKids juga akan menerima satu pas percuma untuk menaiki keretapi Polar Ekspress untuk seluruh keluarga sekiranya mereka berbelanja RM500 dan ke atas. Terdapat 800 pas percuma untuk diberikan di Centre Court sepanjang tempoh kempen kepada yang layak.

Kepada mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tidak lebih daripada 2 resit akan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan baucar membeli belah Alamanda bernilai RM300, di samping menerima bekas seramik edisi terhad yang sama. Ahli VIKids juga akan menerima keistimewaan yang sama seperti yang telah dinyatakan.

Pembeli di Alamanda bukan sahaja akan dapat menikmati dekorasi yang bertemakan Polar Ekspress, mereka juga boleh menikmati pelbagai hiburan yang disajikan. Ini termasuklah persembahan klasik yang akan diadakan di Centre Court, dari pertunjukan silap mata, tarian bertemakan Krismas, persembahan Jazz hinggalah kemunculan Santa Claus pada hari Krismas.

MESRA MALL

2Image

Di Mesra Mall, Centre Court akan dihiasi dengan keindahan warna-warni sempena Krismas dari 1 hingga 25 Disember dimana kempen penebusan untuk pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dalam 2 resit dari mana-mana kedai khusus. Pembeli berhak menebus sebuah balang eksklusif serta merta. Bagi mereka yang berbelanja pada mana-mana hari Ahad dalam waktu kempen akan menerima ganjaran tambahan dimana, 50 pembeli pertama yang memenuhi syarat pembelian pada hari tersebut akan membawa pulang baucar membeli belah bernilai RM20.

Pada hari Krismas, Santa Clause akan membawa keceriaan kepada kanak-kanak dengan layanan istimewa. ‘Secret Santa’ juga akan memberikan kejutan kepada pembeli bertuah dengan baucar F&B bernilai RM10 pada pukul 2 petang hari yang sama yang boleh ditebus di Baskin Robbins/Secret Recipe/Boost Juice.

Untuk info lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ http://www.suriaklcc.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ http://www.alamanda.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ http://www.mesramall.com⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/MyMesraMall