Category: perkhidmatan
-
IPC TRANSFORMASI DEKOR KRISMAS MUSIM SEJUK KE MUSIM BUNGA
Jarang-jarang berlaku transformasi sebegini, tetapi pusat beli- belah ini mengadakan satu transformasi unik dengan mengitar semula dua kali dekorasi perayaan! Berpegang teguh kepada prinsip kelestarian yang menjadi tunjang perniagaan mereka, IPC Shopping Centre terus mempertingkatkan pendekatan hijau mereka dengan konsep kitar semula dua kali dekorasi Krismas mereka. Menerusi usaha kreatif dan berinovasi baharu serta komitmen…
-
BINTAI KINDEN DIANUGERAHKAN PROJEK BERNILAI RM39 JUTA DARI TNB
Tahniah Bintai Kinden atas kejayaan dianugerahkan projek yang bakal melakukan kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah di Nusajaya, Johor. Bintai Kinden Corporation Berhad (“Bintai Kinden” atau “Syarikat”; Bursa: BINTAI, 6998), pakar perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (“M&E”), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya – Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd (“KBK”), telah dianugerahkan projek bernilai…
-
SAMAIDEN GROUP UMUM PENINGKATAN HASIL BAGI SUKU PERTAMA
Samaiden Group Berhad (“Samaiden”), pakar tenaga boleh diperbaharui (“RE”) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) sistem fotovoltaik solar (“PV”) dan loji janakuasa mengumumkan bahawa bagi Suku Pertama berakhir 30 September 2022 (“S1 TK2023”), hasil meningkat 71.82% kepada RM40.77 juta berbanding RM23.73 juta yang dicatatkan pada S1 TK2022. Bagi suku dalam tinjauan,…
-
JOI CLASSMATE® 30 UNTUK PEMBELAJARAN ERA TERKINI
Komputer riba JOI Classmate® 30 adalah antara peranti khas untuk pelajar-pelajar pelbagai kategori usia yang mengikuti pembelajaran di bilik darjah dalam talian yang disediakan oleh SNS Network Technology Berhad. JOI menyediakan pendekatan pembelajaran fleksibel yang ideal untuk pembelajaran secara dalam talian yang menekankan kemahiran kritikal seperti komunikasi, kerjasama, pemikiran kritis dan kreativiti. Peranti JOI juga…
-
AL-IKHSAN SPORTS & FOOT REPUBLIC LANCAR KEMPEN “WORLD FOOTBALL FESTIVAL 2022”
Pelancaran kempen itu diadakan di pusat beli-belah IOI Mall, Putrajaya sempena meraikan musim bola sepak bertaraf dunia yang bakal berlangsung di Doha, Qatar. Menyedari pesta bola sepak itu hanya diraikan EMPAT tahun sekali, Al-Ikhsan Sports telah mengatur pelbagai acara serta barisan barangan premium khas untuk dijadikan koleksi oleh pencinta bola sepak di Malaysia. Al-Ikhsan Sports…
-
SCIB UMUM PERLETAKAN JAWATAN PERINGKAT LEMBAGA PENGARAH
Sarawak Consolidated Industries Berhad (“SCIB” or the “Company”, Bursa: SCIB, 9237), syarikat pakar kejuruteraan awam telah mengumumkan perletakan jawatan Datu Haji Soedirman Haji Aini sebagai Pengarah syarikat pada 9 November lalu. Untuk makluman, Datu Soedirman adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif SCIB. Pengerusi SCIB, Encik Shamsul Anuar Ahamad Ibrahim berkata, “Lembaga Pengarah mengucapkan selamat maju jaya…
-
SOUTHERN SCORE BUILDERS SELESAI PELAN REGULARISASI
Dan akan memberi tumpuan kepada mengembangkan perniagaan perkhidmatan pembinaan dan pembuatan IBS. SOUTHERN SCORE BUILDERS BERHAD (“Southern Score Builders” atau “Syarikat”; Bursa: SSB8, 0045), bekas syarikat Guidance Note 3 (GN3), telah melengkapkan pelan penyusunan semula yang melibatkan, antara lain, pengambilalihan Southern Score Sdn Bhd (“SSSB”), kontraktor G7. Berikutan pengambilalihan itu, Southern Score Builders akan terlibat…
-
SPRITZER MENANG ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA 2022
Tahniah Spritzer atas kemenangan buat kali ke-LAPAN berturut-turut! Jenama air terbaik Malaysia ini telah memenangi Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 bagi kategori air peringkat nasional. Anugerah nasional telah disampaikan kepada Spritzer pada 3 November 2022 lalu di Kensington Palace, London dan diterima oleh Winnie Chin, Pengurus Kumpulan Perhubungan Awam dan Kelestarian Spritzer. Program…