YOBICK Muncul Berperisa Nenas

Sedap betul perisa terbaharu ni!

dav

Hadir dalam botol berukuran 700ml, ia diperkenalkan oleh DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd pada 8 Januari di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

20200108_151942

Dalam majlis itu juga, DyDo Drinco Malaysia melantik secara rasmi Emma Maembong sebagai Duta Yobick bagi kempen 2020. Ia disahkan oleh oleh Ketua Pegawai Eksekutif DyDo Drinco Malaysia, Encik Takeshi Suma. Majlis bersejarah itu turut dihadiri oleh wakil media, pengurusan dan rakan niaga DyDo Drinco Malaysia.

Perlantikan Fatimah Rohani Ismail atau Emma yang juga artis terkenal dan popular di dalam industri drama dan filem Malaysia pada majlis itu adalah kerana pesona serta keperibadiannya yang positif menyamai jenama Yobick dalam masa sama sebagai hebahan kepada umum mengenai minuman berasaskan yogurt yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat Malaysia yang semakin sibuk.

“Kami amat berbesar hati mengalukan Emma Maembong yang berbakat dalam keluarga Yobick, keputusan melantik Emma sebagai duta adalah kerana keperibadian positif Emma sebagai seorang pelakon popular adalah imej apa yang Yobick sebagai jenama mahukan. Kami dengan bangganya mengumumkan Yobick adalah 100% jenama dari Jepun. Minuma terbaharu kami mengandungi prebiotik yang membantu sistem penghadaman badan, mempunyai rasa tropika yang sedap dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan saya yakin Yobick akan menjadi minuman berasas yogurt pilihan ramai.

Perlantikan Emma sebagai duta kami adalah strategi Yobick untuk menembusi lebih luas lagi pasaran malaysia dan untuk memberitahu umum tentang manfaat kesihatan probiotik untuk kecantikan dalaman terutamanya kepada pelanggan wanita. Yobick adalah produk warisan Jepun dan kami ingin berkongsi kebaikan dan kualiti minuman yogurt kepada pasaran Malaysia”

Perisa nenas ini adalah langkah berani Yobick untuk terus terukir di pasaran minuman berasas yogurt. Yobick adalah jeama dari Jepun dan mula diperkenalkan ke pasaran kategori minuman berasas yogurt di Malaysia dengan perisa Original pada Mei 2018 diikuti dengan Yobick Sakura. Ia kemudiannya menjadi pilihan ramai pengguna lebih-lebih lagi dengan pengenalan produk Yobick Lite+ dengan campuran kolagen pada tahun 2019 dan terbaru, Yobick Pineapple.

Pelancaran Yobick Pineapple juga adalah usaha memperkembangkan produk Yobick secara berterusan untuk memenuhi kehendak pengguna Malaysia yang sukakan buah nanas memandangkan ia adalah buah tropika kegemaran tempatan.

Rangkaian Yobick Pineapple kini boleh didapati di pasaran dan mereka yang ingin merasai kebaikan perisa ini bolehlah berbuat demikina bersama keluarga dan rakan.

Bagi yang ingin menyertai peraduan “Kongsi-Kongsi Bersama Yobick dan Vida”, anda hanya perlu:

  1. membeli produk Yobick atau Vida di mana-mana cawangan 7-11 seluruh negara
  2. ambil foto bersama produk tersebut dengan rakan atau keluarga dengan cara yang kreatif
  3. seterusnya muat naik foto ke akaun Instagram peribadi masing-masing dengan hashtag #sharingyobickvida dan ‘mention’ @yobickmalaysia @vidamalaysia di dalam kapsyen
  4. pastikan akaun ditetapkan pada public

20 pemenang mingguan akan dipilih untuk memenangi RM228 tunai setiap minngu bagi tempoh 8 minggu tempoh peraduan. Terdapat juga pemennag mingguan khas dimana posting dengan  jumlah like terbanyak memenangi wang tunai sebanyak RM338.

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat peraduan, layari:

DOLLY Dim Sum Perkenal Outlet ke-7

Tahniah Dolly Dim Sum atas pembukaan cawangan terbaharu di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara pada 19 November lalu.

hdr

Oleh itu, satu majlis perasmian cawangan terbaharu itu telah diadakan pada 8 Januari di mana wakil media dan penulis blog dijemput untuk menghadirinya dan memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina yang turut diadakan serentak pada tarikh berkenaan.

Keunikan cawangan terbaharu ini adalah pada hiasan dalaman restoran yang direka dengan tema ‘villa resort’. Hiasan daripada kayu buluh disusun cantik pada bahagian siling, meja makan berbentuk ‘cocoon’ dan paling cantik adalah pencahayaan yang dihasilkan melalui lampu rotan kayu, memberi suasana santai di dalam restoran secara tak langsung menimbulkan persekitaran yang lebih relaks sewaktu menjamu hidangan.

Tetamu yang hadir dijamu dengan pelbagai hidangan tradisional yang memang sinonim dengan Dolly Dim Sum yang menyediakan menu-menu asli menggun bahan berkualiti dan layanan perkhidmatan yang terbaik pada pelanggannya.

dav

Antara yang dihidangkan adalah Siew Mai, Scallop Dumpling,  Fuk Luk Sau Parcel, Lemongrass Chicken, Golden Fried Rice dan Lucky Carp.

dav

Turut dihidangkan sajian utama sambutan Tahun Baru Cina iaitu Yee Sang. Tahun ini tema sambutan perayaan Dolly Dim  Sum adalah “The Beautify of Harmony”.

Dekorasi Tradisional Cina Jadi Pilihan Sambutan Tahun Baru Cina Suria KLCC

Binaan Pagoda berbentuk oktagon yang sinonim dengan masyarakat Cina dahulu kala jadi pilihan dekorasi ruang legar di Suria KLCC.

Photo 4

Ia sejajar dengan tema sambutan Tahun Baru Cina 2020 iaitu “the gReAt Lunar New Year” dan juga kempen pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2020 yang memfokuskan pada keunikan serta kepelbagaian budaya di Malaysia.

Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan pada 9 Januari lalu diraikan dengan penuh kemeriahan oleh para pengunjung apabila mereka disambut dengan persembahan tarian singa di ruang legar Suria KLCC.

Photo 1

Hadir pada majlis pelancaran itu ialah YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof, Ketua Pengarah Tourism Malaysia termasuk pihak pengurusan Suria KLCC Sdn. Bhd., YBhg. Datuk Haji Hashim Wahir, Pengerusi; Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi dan Ben Chong, Pengurus Besar. Perayaan Tahun Baru Cina kali ini turut disambut dengan pengiktirafan ‘Replika Pagoda Tertinggi di Malaysia’ di KLCC Esplanade diikuti dengan upacara utama tradisi masyarakat Cina iaitu ‘Lou Sang’ yang diketuai oleh YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof.

YBhg. Datuk Haji Hashim Wahir berkata dalam ucapan aluan beliau,

“Tahun Tikus adalah signifikan kerana ia merupakan tanda permulaan kitaran 12 haiwan Astrologi Cina dan atas sebab ini, tahun 2020 adalah tahun pembaharuan khususnya bagi masyarakat Cina. Justeru, Suria KLCC telah menyediakan pelbagai aktiviti menilik masa hadapan untuk para pengunjung alami, selain daripada mendalami prospek masa hadapan bagi mengambil langkah-langkah yang yakin untuk tahun 2020.”

Photo 3

Ruang legar Suria KLCC pastinya menjadi tumpuan utama para penunjung dek kepelbagaian aktiviti yang diadakan di sini. Para pengunjung dan pembeli belah juga boleh bergambar dengan ‘Replika Pagoda Tertinggi di Malaysia’ di KLCC Esplanade yang telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records 2020’. Dengan ketinggian 70-kaki serta dihiasi dengan keunikan perhiasan tradisional masyarakat Cina seperti tanglung dan bunga ‘peony’, para pengunjung pasti akan tertarik dengan kemegahan dan keindahan Pagoda tersebut.

Bagi mereka yang teruja untuk mengetahui apa yang mungkin menanti mereka pada Tahun Tikus ini boleh mencuba aktiviti “Interactive Zodiac Reading” yang bakal memberi pengalaman interaktif yang elusif dan canggih pada masa yang sama dalam penilikan nasib berasaskan kalendar astronomi Cina. Aktiviti penilikan ini merangkumi perihal hubungan peribadi, kesihatan, kekayaan dan banyak lagi. Di samping itu, para pengunjung berpeluang untuk memenangi e-baucer dari kedai kedai terpilih di Suria KLCC.melalui aktviti “Lucky Angpow Pick and Win”.

Untuk pengalaman yang lebih bermakna, para pengunjung boleh mencuba aktiviti “The gReAT Fortune Teller” bagi mendapatkan konsultasi ketua tukang tilik yang mana akan berlangsung selama dua jam pada Sabtu dan Ahad terpilih sepanjang bulan perayaan Tahun Baru Cina ini.

Sepanjang musim perayaan ini juga, pelbagai persembahan tradisi masyarakat Cina yang menarik boleh dihayati oleh para pengunjung antaranya, tarian singa serta persembahan 24- gendang.

Suria KLCC juga menyediakan cetakan foto secara percuma untuk para pengunjung di “Prosperity Photobooth”. Kepada para peminat seni, anda boleh mempamerkan bakat anda di bengkel kaligrafi Cina yang akan diadakan setiap Sabtu dan Ahad terpilih sepanjang musim perayaan ini.

Bersempena Tahun Tikus, patung-patung tikus comel ditempatkan di setiap pintu masuk utama Suria KLCC iaitu di Ramlee mall, Ampang mall dan Park mall untuk mengalu-alukan para pengunjung dan pembeli belah.

BELI-BELAH DI SURIA KLCC DAN TEBUS GANJARAN DENGAN SEGERA!

Nikmati ganjaran hebat apabila anda membeli belah di Suria KLCC pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini. Mulai sekarang hingga 2 Februari 2020, belanja RM1,500 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih di Suria KLCC untuk menebus koleksi Pandora Charm yang esklusif, satu set paket angpow dan satu set hiasan ucapan Tahun Baru Cina.

INISIATIF KOMUNITI

Continue reading “Dekorasi Tradisional Cina Jadi Pilihan Sambutan Tahun Baru Cina Suria KLCC”

Dina Nadzir Tampil Lebih Berkeyakinan Dengan SSKlinik

dav

Memang nampak ketara perubahan bentuk badan penyanyi, pengacara dan penyiar radio bersama ERA FM ini yang semakin kurus berbanding penampilannya yang agak berisi sebelum ini.

 

Terserlah keyakinan yang ada pada Naib Juara di Musim Pertama Malaysia Idol 2004  setelah berjaya menurunkan berat badan sehingga ENAM kilogran dalam tempoh empat minggu selepas menjalani rawatan pelansingan signatur SSSlim di SSKlinic.

Juga Duta kepada SSKKlinic, Dina tidak lokek berkongsi pengalaman beliau menjalani rawatan pelangsingan bersama-sama wakil media dan penulis blog dalam satu majlis yang diadakan di SSKlinic, Damansara 3, Petaling Jaya.

 “Saya rasa seperti orang baru selepas kehilangan kira-kira enam kilogram dalam masa empat minggu. Sekarang, saya boleh memakai pakaian kegemaran saya kembali!

Alhamdulillah. SSSlim telah menunjukkan kepada saya bahawa ia bukan hanya tentang pengambilan makanan yang sihat tetapi bagaimana kita makan dalam jumlah yang betul.”

dav

Untuk makluman, perlantikan Dina Nadzir sebagai duta SSKlinic di Malaysia bermula sejak November 2019 lalu. Dengan perlantikan tersebut beliau akan berusaha dalam kapasitinya sebagai seorang selebriti untuk mempromosikan program rawatan pelansingan SSSlim kepada masyarakat Malaysia yang ingin tampil cantik penuh keyakinan.

KECAPI HASIL MAKSIMUM DALAM TEMPOH MINIMUM.

dav

SSKlinic menawarkan pelbagai jenis rawatan estetika serta program pelangsingan badan bagi mereka yang mencari solusi untuk meningkatkan kesihatan dan penampilan secara keseluruhan.

Terletak di Lembah Klang, SSKlinic merupakan salah satu pemain terawal dalam industri estetika dan pelangsingan yang menyediakan pelbagai jenis rawatan kulit yang tertumpu kepada perubatan dan rawatan pelangsingan yang menyeluruh; yang menggunakan peranti gred perubatan yang memenuhi keperluan semua orang.

dav

Setiap rawatan dilakukan oleh sekumpulan pakar perunding, ahli terapi dan pakar kecantikan yang berkemahiran tinggi. Setiap rawatan yang disediakan oleh doktor estetik bertauliah disini, telah  disahkan serta disokong dengan dengan penggunaan teknologi yang terkini serta kemudahan bertaraf dunia untuk keputusan maksimum dalam masa yang minimum.

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT MEDIGLOW

Rangkaian penjagaan kulit MediGlow digunakan secara eksklusif di SSKlinic. Produk ini dijamin selamat dan telah diuji secara dermatologi dan dibuktikan secara klinikal.

MediGlow dibangunkan pada 2009 telah diformulasikan oleh para doktor bertauliah. Produk ini memenuhi gred perubatan dan sesuai untuk semua jenis kulit pada semua peringkat umur. Diformulsikan dari ramuan terbaik dan unik dari pembekal terkemuka dunia seperti Switzerland, Perancis, Jepun, Korea, AS dan Taiwan bagi memastikan hanya kualiti terbaik diberikan kepada pengguna.

KEMPEN ‘PAY AS YOU WISH’**

Sejajar dengan matlamat setiap individu dalam memperbaharui keyakinan diri untuk tahun baru, SSKlinic telah melancarkan kempen terbaru di mana buat semua pelanggan baru kali pertama, layak untuk menikmati rawatan percubaan pertama sekali bernilai sehingga RM 470 ** atau pada mana-mana amaun yang ingin dibayar.

Promosi ini hanya untuk pemengang kad kredit sahaja.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

** Layak untuk satu rawatan tunggal.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan SSKlinic yang ditawarkan di Malaysia, sila layari:

Bagi mereka yang ingin mengikuti perjalanan Dina, boleh ikuti #nakkurusnakcantik #dinasjourney

“A Blooming New Beginning” Raikan Perayaan Tahun Baru Cina Avenue K

Diharap tema sambutan Tahun Baru Cina bakal membawa lebih banyak kejayaan dan keuntungan pada Avenue K sepanjang tahun baru 2020 ini sepertimana mekarnya kuntuman bunga-bunga yang kembang di taman Avenue K!

dav

Dihiasi dengan bunga-bunga cherry blossom dan peonies berwarna terang lagi ceria, menjadikan taman bunga di Avenue K menjadi tumpuan bagi mereka yang gemar bergambar OOTD yang mana boleh diabadikan di dalam Instagram masing-masing. Bunga-bunga ini mempunyai simbolik tersendiri yang memberi erti “pembaharuan” sempena meraikan kedatangan musim bunga manakala elemen tradisional Cina seperti kipas meraikan kehadiran Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi. Kehadiran burung-burung di taman Avenue K pula memberi erti “panjang umur” dan kewujudan suasan romantik di ‘langit’ Avenue K dan tanglung yang terapung di udara memberi pencahayaan yang cantik pada persekitaran pusat beli-belah ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan aneka barangan yang sesuai dengan sambutan Tahun Baru Cina boleh berkunjung di gerai-gerai kecil yang terletak di aras Atrium. Antara yang boleh dibeli di sini adalah aneka jenis kuih-muih dan pakaian.

dav

Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini juga, Avenue K telah meraikan 20 penghuni Rumah Kasih Charity Home dengan membeli-belah dan makan malam untuk menggembirakan mereka.

Pada 3 Februari nanti, bakal diadakan majlis “Money Showering’ yang menyaksikan buah-buah oren mandarin akan dilepaskan daripada mulut “Singa” yang beraksi sambil menari di hadapan pengunjung. Buah-buah oren ini membawa simbol kekayaan dan pastinya, membawa banyak kekayaan, keuntungan dan kegembiraan pada Avenue K sepanjang tahun baru ini.

Bukan itu sahaja, Avenue K sudah menyediakan banyak aktiviti menarik pada pengunjung termasuk Street Art Lion Dance, Tarian Kebudayaan Chinese Blossom, pertunjukan seni Erhu Speed, Pertukaran Pelbagai Topeng Muka, pertujukan Daibolo, aligrafi Rainbow, persembahan musik instrumental dan banyak lagi yang memnghiburkan pengunjung.

Selain itu, pengunjung juga boleh dapatkan peket Angpow Prosperity dan beg bertuah Fortune khas Avenue K. Pengunjung perlu berbelanja minimum Rm288 (RM200 bagi pemegang kad keahlian AK Neighbours) untuk mendapatkan Peket Prosperity dan memandangkan stok ini terhad, maka pengunjung perlu menebusnya dengan cepat.

Jika anda peminat cookies pula, anda boleh dapatkan Famous Amos Chocolate Chip Cookies yang diletakkan di dalam Beg Bertuah Fortune. Anda juga boleh mendapat baucer tunai Nene Chicken. Apa yang perlu dilakukan adalah berbelanja sebanyak minimum RM388 (RM288 bagi pemegang kad keahlian  AK Neighbours). Juga terhad, ia akan diberikan pada mereka yang cepat menebusnya.

Avenue K terus berkongsi kemeriahan bermula 3 Januari sehingga 17 Januari ini dengan mengadakan pertandingan ‘Toss the Yee Sang’. Anda boleh memenangi satu set Yee Sang yang ditawarkan oleh Dolly Dim Sum melalui pertandingan media sosial. Lima set ditawarkan oleh restoran ini. Apa yang perlu dilakukan adalah meneka ‘ golden ingredients’ yang tersembunyi di dalam video online dan jika tepat, anda akan menjadi pemenangnya!

Jika anda ingin ke Avenue K dan berhadapan dengan masalah pengangkutan, boleh menaip kod promo Grab: AKCNY20 dan anda mendapat RM10 diskaun untuk DUA kali tempahan dari dan ke Avenue K. Tawaran ini juga terhad kepada 1,000 tempahan bermula 3 Januari hingga 9 Februari.

 

SNOWPLUS Perkenal Evolusi Kopi di Malaysia

Vape Kafein dengan perisa kopi sebenar ini adalah yang Pertama seumpamanya di pasaran!

product1

SNOWPLUS, sebuah syarikat yang berasal dari Beijing, China telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu SNOWPLUS Edisi Kopi.

product5

Selaras dengan usaha untuk memberi satu alternatif merokok yang lebih selamat, inovasi terkini SNOWPLUS ini juga merupakan vape pertama di seluruh dunia yang mengandungi kafein.
vip

SNOWPLUS Edisi Kopi ini adalah sebuah pod (vape), dan pek permulaannya mengandungi vape elektronik serta dua botol cecair berperisa kopi. Perisa ini telah di ekstrak dan diatomkan oleh biji-biji kopi sebenar, dan ia bebas nikotin. Pod ini direka tahan lasak agar ia dapat berkualiti tinggi dan selamat diguna. Produk ini menepati piawaian keselamatan global, termasuklah di Kesatuan Eropah dan Pendtadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

SNOWPLUS Edisi Kopi yang baru diperkenalkan ini mempunyai bahagian yang menonjol berbanding dengan produk lain. Ia lebih terang dan lebih memuaskan. Selain daripada itu, bateri berkapasiti tinggi memastikan hayat bateri yang luar biasa dan kuasa mudah bertahan selama dua hingga tiga hari untuk pengguna biasa.

Kini, anda boleh membeli SNOWPLUS Edisi Kopi melalui aplikasi Shopee dengan harga promosi!

derek1

Menurut pengasas SNOWPLUS, Encik Derek Li berkata,

“Kami percaya bahawa pasaran kini tertarik kepada alternatif yang lebih bagus dan selamat. Dengan itu, SNOWPLUS Edisi Kopi ini adalah pilihan terbaik untuk beralih kepada produk bebas nikotin,”

Baru-baru ini, syarikat penyelidikan pasaran iaitu Green Zebras Sdn Bhd mendapati bahawa majoriti perokok di Malaysia (69%) menyatakan mereka berharap akan ada undang-undang yang memberi kelulusan untuk menjual dan mengedar penjualan rokok elektronik berasaskan nikotin, agar mereka mempunyai lebih banyak pilihan untuk membantu mereka berhenti merokok. Sementara itu, pegawai-pegawai kesihatan di Malaysia menjangkakan kerajaan bakal merangka undang-undang baharu terhadap produk rokok elektronik di tahun 2020.

edward2

Menurut Dr. Edward Choo selaku Pengurus Besar SNOWPLUS Malaysia berkata,

“SNOWPLUS akan sentiasa mempercayai pembuatan, penjualan dan penggunaan produk rokok elektronik yang bertanggungjawab. Syarikat kami telah membuat penyelidikan secara meluas tentang perkara ini, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan.”

SNOWPLUS merupakan jenama rokok elektronik ketiga paling besar di dunia. Syarikat ini terdiri daripada pekerja-pekerja yang terbaik dalam industri. Produk SNOWPLUS adalah ciptaan sekumpulan pakar dari luar negara yang mahir dalam bidang teknologi, perkakasan dan Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG).

Untuk maklumat, sila layari:

 

JDX Presto Concept Store Kini di Quill City Mall

JDX Presto Concept Store merupakan gedung konsep tanpa tunai terbesar di ASEAN.

Photo 1 (23)

Ia dibuka sebagai melambangkan usaha sama antara PUC dan Smuzcity dalam mewujudkan landskap peruncitan tanpa tunai di Malaysia iaitu gedung Dalam Talian ke Luar Talian (“O2O”) yang pertama seumpamanya.

Berkeluasan sejumlah 50,000 kaki persegi di Aras 3 (Lot 63, 63B dan 72) Quill City Mall KL, JDX Presto Concept Store menampilkan pelbagai label dan jenama produk yang merangkumi barangan Elektrikal, Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Kelengkapan Rumah, Fesyen dan Makanan & Minuman. Penawaran-penawaran yang berjumlah sebanyak 3,000 Unit Penyimpanan Stok (SKU) ini melibatkan produk daripada J.Zao, serta produk-produk laris dari China dan rantau ASEAN.

Photo 3 (11)

Membeli-belah di gedung berkenaan adalah mudah. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR produk pilihan mereka dengan menggunakan aplikasi Presto dan menikmati pengalaman pembayaran mudah melalui eDompet bernama PrestoPay yang terdapat dalam aplikasi berkenaan. Pelanggan kemudiannya dapat memilih sama ada pemungutan barangan daripada gedung atau penghantaran ke pintu rumah untuk kemudahan menerusi sokongan JD Logistics, afiliasi logistik kepada peruncit terbesar China, JD.com.

Para pelanggan boleh berehat daripada aktiviti membeli-belah mereka dengan menikmati sajian ringan daripada Peti Sejuk Tanpa Kendalian Manusia (JDX Presto Unmanned Fridge) yang berada dalam kafe gedung dan dikuasai dengan teknologi AI dan RFID. Peti Sejuk ini merupakan ciptaan makmal inovasi logistik kepada JD Logistics, JDX. Dengan mengimbas paparan kod QR melalui aplikasi Presto, pelanggan berupaya membuka peti sejuk tersebut dan memilih produk kegemaran mereka. Pembayaran akan ditolak daripada PrestoPay apabila pintu peti sejuk ditutup.

Seiring dengan pelan kerajaan untuk mencapai masyarakat tanpa tunai di Malaysia, PUC telah mendukung usaha kewangan digital sepenuhnya menerusi usaha-usaha seperti penerapan PrestoPay dan pengenalan kemudahan pembiayaan mikro PrestoPay Credit Financing ke dalam ekosistem berkenaan. Di JDX Presto Concept Store, setiap transaksi tidak melibatkan tunai dan disempurnakan dengan lancar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, CHEONG Chia Chou berkata,

“Kami dengan bangga telah melancarkan Presto dua tahun lalu dan sejak itu, pasukan kami telah berusaha keras untuk memperkaya Presto dengan pelbagai penawaran digital secara berperingkat-peringkat. Dengan pembukaan rasmi gedung O2O pertama kami, hari ini sememangnya merupakan satu pencapaian penting dalam pengembaraan selama ini. Kami amat teruja untuk menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai produk dan teknologi inovasi JDX menerusi PrestoMall dan menyempurnakan pengembaraan beli-belah dengan mengunjungi JDX Presto Concept Store atau sebaliknya kerana kami mempercayai bahawa pengalaman bersepadu ini adalah penting bagi pelanggan untuk merasai produk berkaitan bagi membolehkan mereka membuat pilihan, terutamanya kepada golongan yang kurang atau tidak pernah membuat sebarang pembelian dalam talian.”

Cheong menambah, “Simbol Presto diwakili oleh arnab. Pilihan arnab sebagai watak utama disebabkan oleh sifat yang mudah disayangi, kepekaan, keupayaan untuk mengemudi melalui cabaran dan kepantasan melompat, menggambarkan kecenderungan jenama Presto terhadap pertumbuhan. Menerusi pelancaran gedung O2O pertama kami, pelanggan boleh bertemu dan mengambil gambar bersama Presto, menggandakan pengalaman membeli-belah dengan unsur-unsur keseronokan dan interaktif. Barangan bertema Presto juga boleh didapati daripada gedung ini bagi pengemar Presto.”

Pengasas Smuzcity, Kent Lee Kian Yan berkongsi pendapat,

“Kami amat berbangga untuk menggunakan teknologi JDX bagi menggandakan kesenangan tanpa tunai kepada pembeli Malaysia melalui aplikasi super tempatan yang bernama Presto.”

“Pernahkah anda membayangkan diri anda membeli barangan di pusat beli-belah tanpa membawa dompet anda? Kini, dengan hanya sebuah telefon pintar di tangan, perjalanan membeli-belah anda boleh bermula. Bersama PUC, kami berdedikasi untuk menambahkan sentuhan inovasi dalam landskap peruncitan, memberikan definisi baharu dan membentukkan pengalaman beli-belah O2O yang unik kepada rakyat Malaysia,” tambah Lee.

Rakan tuan rumah rasmi, Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong berkata,

“Pusat beli-belah kami memberikan sokongan sepenuh kepada usaha pembayaran digital yang memanfaatkan kedua-dua pelanggan dan peniaga. Pada Mei lalu, Presto telah menganjurkan Bazar Raya Tanpa Tunai pertama mereka di Quill City Mall KL untuk menggalakkan dan mendidik pengguna untuk membuat pembayaran barangan keperluan Hari Raya mereka tanpa melibatkan wang tunai. Usaha itu telah berjaya dan kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan mereka dalam dunia peruncitan.”

Naib Presiden Kanan Quill City Mall KL, Justin Liew menambah,

“Dengan peralihan Quill City Mall KL ke arah era ‘phygital’, JDX Presto Concept Store yang bertumpu pada infrastruktur teknologi berasaskan pengguna yang melicinkan interaksi antara pengguna dan jenama, amat seiring dengan langkah kami. Oleh sebab itu, kami amat teruja untuk berganding bahu dengan kedua-dua pihak dalam usaha-usaha yang menarik, seperti mengembangkan jenama tempatan ke platform antarabangsa.”

Bersempena pembukaan rasmi JDX Presto Concept Store, 300 pelanggan pertama dapat membuat pembelian barangan SKU terpilih pada harga RM12.12 sahaja, terhad hanya satu item bagi setiap pelanggan. Orang ramai boleh beratur mulai pukul 8 pagi dan pintu akan dibuka kepada orang ramai pada pukul 11 pagi, 12 Disember ini. Melanjutkan sambutan sehingga 15 Disember 2019, pelanggan boleh mencari dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam gedung dan pusat beli-belah untuk memperoleh PrestoPay Credits, yang boleh terus berbelanja dalam gedung dan servis yang terdapat dalam Presto.

Lima pelanggan yang membelanjakan nilai minimum RM50 dalam gedung tersebut dari 12 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019 akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket masuk ke Taman Tema Disneyland Hong Kong masing-masing.

Jangan lepaskan peluang ke Quill City Mall KL dan menikmati pengalaman beli-belah penuh keunikan pada hari ini!

Aplikasi Presto boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut berkenaan Presto, sila layari https://www.prestouniverse.com/presto.

 

Program Keusahawanan Belia NESCAFE Perkasakan 5,000 Usahawan Pelajar

Program Keusahawanan Belia NESCAFÉ (NYEP) kembali meraikan kejayaan penglibatan belia dalam bidang keusahawanan sepanjang tahun dengan acara Majlis Anugerah Penutup NYEP.

NESCAFE NYEP_9DEC2019_01

Inisiatif NESCAFÉ yang bertujuan untuk menggalakkan peluang pekerjaan wajar dalam kalangan belia dan memupuk diversiti di tempat kerja,

NYEP memperkasakan dan mempersiapkan mahasiswa tempatan dengan pengalaman perniagaan ‘kehidupan sebenar’ yang menyediakan peluang menguruskan gerai ‘pop-up’ serba lengkap yang menyajikan NESCAFÉ di kampus masing-masing.

NESCAFE NYEP_9DEC2019_02

Ditugaskan untuk mengembangkan perniagaan secara keseluruhannya dengan berbekalkan dana permulaan, mahasiswa melibatkan diri secara langsung dalam operasi perniagaan, daripada pengurusan rantaian bekalan dan logistik, sehinggalah jualan dan pemasaran.

Bermula pada 2016 di 3 kampus, program kini telah berkembang meliputi 15 kampus dan menjangkaui hampir satu juta belia serta penggemar NESCAFÉ di seluruh negara.
Majlis Anugerah Penutup NYEP mengiktiraf semangat keusahawanan yang ditonjolkan para peserta NYEP dan pencapaian kampus masing-masing.

Antara anugerah yang disampaikan termasuklah kepada pasukan yang mencapai jualan tertinggi serta pasukan dengan strategi promosi dan pemasaran yang paling kreatif.
Acara yang sama turut menampilkan panel perbincangan melibatkan pakar-pakar yang berkongsi pandangan tentang keusahawanan belia.

Mengulas tentang visi NYEP untuk membangunkan dan memupuk golongan belia, Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan NESCAFÉ, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata,

“Kami teruja untuk mengukuhkan jalinan hubungan dengan golongan belia hari ini. Kami juga percaya bahawa jalinan hubungan ini mampu mencetuskan perubahan sosial yang positif. Justeru, cara yang terbaik adalah dengan menyediakan platform yang membolehkan golongan belia memupuk cita-cita mereka, di samping membantu mereka mengorak langkah menuju alam dewasa berbekalkan kemahiran dan pengetahuan keusahawanan yang berguna dan praktikal.”

Selain menyediakan pembelajaran berasaskan pengalaman, NYEP juga berusaha memupuk nilai-nilai bersama dengan menyumbang semula keuntungan yang diraih kepada mahasiswa terbabit bagi membiayai keperluan kampus masing-masing. Setakat ini, program ini telah memperkasakan seramai 5,000 usahawan belia, malahan dijangka akan terus berkembang.

“Di samping memperkayakan kehidupan golongan belia, kami berharap pengalaman bersama NYEP akan membantu mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam mengejar cita-cita. Sebagai tambahan kepada NYEP, peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dijemput untuk menyertai satu program latihan industri di Nestlé bagi memupuk kemahiran kepimpinan serta minda keusahawanan mereka,” tambah Chraibi.

Dalam pada itu, Altimet, artis hip-hop yang kini menempa nama sebagai usahawan yang berjaya berkongsi tentang perjalanan keusahawanan beliau. Nasihat beliau kepada golongan belia:

“Jadilah yang terbaik dalam perkara yang boleh anda lakukan dengan terbaik. Hargailah dan berbangga dengan semua pencapaian anda, tidak kira sekecil manapun dan jadikannya inspirasi untuk mencetuskan idea-idea perniagaan yang bernas.”

Kelainan yang dibawakan Anugerah NYEP pada tahun ini termasuk satu Cabaran Bonus yang dianjurkan buat julung kalinya, di mana para pelajar dari 7 universiti bersaing untuk menghasilkan resipi kopi asli terbaik di samping membentangkan idea pemasaran mereka kepada barisan panel pakar.

Keputusan PROGRAM KEUSAHAWANAN BELIA NESCAFÉ (NYEP) ANUGERAH PENUTUP 2019

Kategori Anugerah Pemenang Hadiah
1 Super Baristar Grand Champion Pencapaian keseluruhan terbaik – Juara Bescafé – Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah MYR 20,000
2 Super Baristar 2nd Champion Pencapaian keseluruhan terbaik – Naib Juara [Keputusan seri] MYR 10,000
Gucci Gang – Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah & NESCAFÉ UTM – Universiti Teknologi Malaysia, Johor
3 Super Baristar 3rd Champion Kampus keseluruhan terbaik – Tempat ketiga Sun’Brew – Sunway College, Selangor MYR 5,000
4 Sales Ninja Kampus dengan purata jualan bulanan tertinggi sepanjang bulan operasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah MYR 2,000
5 “Don Draper” Award Kampus dengan strategi promosi dan pemasaran yang paling kreatif Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak MYR 2,000
6 “Clean Bandit” Kampus dengan tahap Sunway College MYR 2,000
Award kepatuhan yang tertinggi
kepada prosedur operasi
standard (SOP)
7 Bonus Challenge Superstar Pemenang Cabaran Bonus NYEP Universiti Teknologi Malaysia, Johor MYR 4,000

Universiti-universiti yang menyertai NYEP 2019
1. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu
2. Sunway University, Selangor
3. Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan
4. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
5. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
6. Universiti Sains Malaysia (USM), Penang
7. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor
8. Taylor’s University, Selangor
9. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Selangor
10. Universiti Malaya, Kuala Lumpur
11. UiTM Shah Alam, Selangor
12. UiTM Kedah, Kedah
13. Universiti Kesbangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor
14. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Gombak, Selangor
15. UIA Kuantan, Pahang

Pasukan-pasukan yang menyertai Cabaran Bonus NYEP 2019
1. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah – 3 pasukan
2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak – 1 pasukan
3. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah, Kedah – 3 pasukan
4. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu – 1 pasukan
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor – 1 pasukan
6. Sunway University, Selangor – 1 pasukan
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak), Selangor – 1 pasukan

Terminal Pembayaran Bersepadu Untuk Transaksi Tanpa Tunai di Sunway Pyramid

Pengunjung dan peruncit dipermudahkan dengan adanya terminal pembayaran yang mempakejkan kefungsian “semua dalam satu”.

Sunway Pyramid 1

Atas sebahagian daripada usaha pendigitalan Sunway untuk membekalkan pengalaman yang serba mudah bagi para pembeli-belah dan peruncitnya, rangkaian pusat beli-belah Sunway (Sunway Malls) telah memperkenalkan Terminal Pembayaran Bersepadu (“Unified Payment Terminal” atau “UPT”), sebuah terminal pembayaran semua dalam satu yang menerima pelbagai bentuk pembayaran tanpa tunai daripada transaksi yang dibuat menggunakan e-dompet (e-wallet), kad debit dan kredit.

Sunway Pyramid 2

Langkah ini akan memberi manfaat kepada para peruncit dan pembeli-belah. Terminal Pembayaran Bersepadu berkenaan dapat menawarkan pembeli-belah lebih banyak opsyen pembayaran tanpa tunai yang dapat membuahkan pengalaman yang lebih mudah dan lancar.

Dengan cara ini, pembeli-belah tidak perlu membawa wang tunai yang banyak bersama mereka, sekali gus meminimakan kekhuatiran pengguna terhadap aspek sekuriti. Pembeli-belah juga tidak perlu membimbit duit syiling kerana mereka boleh membayar jumlah yang tepat menerusi kemudahan pembayaran tanpa tunai.

Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu ini turut mengelakkan para peruncit daripada mengerahkan berbilangan buah terminal untuk menerima pembayaran, lantas dapat menjurus kepada kos sewaan terminal yang lebih rendah. Oleh kerana terminal tersebut membolehkan para peruncit menerima bayaran daripada pelbagai jenis e-dompet, maka jurang batasan untuk menerima pembayaran tanpa tunai dapat disingkirkan.

Setakat Disember 2019, Sunway Malls telah menyaksikan lebih daripada 750 peruncitnya menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai, dan rakan-rakan kongsi e-dompet yang terkini meliputi:

  • Alipay
  • Boost
  • Grabpay
  • GoodKredit
  • Maybank QRPay
  • Mcash
  • NETS
  • Touch ‘n Go eWallet
  • WeChat Pay,
  • lain-lain yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Perungkaian ini juga sejajar dengan komitmen Sunway terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan mengurangkan jejak karbon para pembeli-belah, termasuk pusat beli-belah tersebut dengan memupuk gaya hidup tanpa tunai.

Untuk menggalakkan pembeli-belah menggunakan kemudahan baharu ini, Sunway Pyramid sedang menawarkan pembeli-belah peluang untuk mendapatkan 10x mata ganjaran Sunway Pals apabila mereka menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet pembekal yang terlibat (Boost, GrabPay, Maybank QRPay, dan Touch ‘n Go eWallet) sehingga 31 Disember tahun ini.

Bagi pembeli-belah yang membelanjakan RM200 dan ke atas menggunakan NETS, mereka akan menerima mata ganjaran Sunway Pals yang bernilai RM15 sehingga akhir bulan Jun 2020.

HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks sementara itu menyatakan,

“Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu ini merupakan antara inisiatif kami untuk menambah baik pengalaman buat para pembeli-belah dan peruncit kami di Sunway Pyramid. Kami berharap untuk membekalkan persekitaran yang lebih memudahkan, efisien dan selamat untuk setiap individu yang memilih kami sebagai destinasi pusat beli-belah pilihan mereka pada hari ini dan pada masa yang akan datang.”

Sejak Oktober lalu, Sunway Malls telah melancarkan inisiatif ini menerusi empat pusat beli-belah lain yang meliputi Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Sunway Carnival Mall dan Sunway Citrine Hub.

Nantikan perkembangan lanjut daripada Sunway Pyramid di media sosialnya.
Ikuti perkembangan daripada Sunway Pyramid di platform media sosial yang berikut:

Sunway Malls sedang bersiap untuk menjadi antara pemilik-operator pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dengan projek-projek sedia ada dan yang dirancang kini meliputi NLA berjumlah 7.7 juta kaki persegi, dan angka ini bakal ditingkatkan kepada NLA berjumlah 10.2 juta kaki persegi tidak lama lagi.

Pusat-pusat beli-belah tersebut ialah:-

  1. Sunway Pyramid, Sunway City, Kuala Lumpur
  2. Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
  3. Sunway Big Box Retail Park, Sunway Iskandar, Johor
  4. Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
  5. Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
  6. Sunway Citrine Hub, Sunway Iskandar, Johor
  7. Sunway Giza Mall, Kota Damansara

RED READERHOOD Sumbang Buku di Jualan Buku Big Bad Wolf

Sumbangan berupa buku Bahasa Inggeris kepada mereka yang kurang bernasib baik. Syabas diucapkan kepada Red Readerhood!

BBW KL 2019 RRH _02

Jika anda seorang pengunjung setia Jualan Buku Big Bad Wolf, anda pasti arif tentang Red Readerhood! Ia adalah sebuah sudut istimewa yang disediakan secara khusus, dibarisi oleh para sukarelawan yang ceria sambil menggayakan mantel ala Red Riding Hood dan terletak bersebelahan dengan kaunter pembayaran. Walau bagaimanapun, bagi anda yang tidak tahu mengenainya atau belum pernah melihatnya sebelum ini, berikut adalah sedikit pengenalan mengenai Red Readerhood:

Red Readerhood (RRH) adalah sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Big Bad Wolf Books yang berpegang teguh kepada prinsip bahawa semua orang, tanpa mengira status mereka mempunyai hak untuk memperolehi ilmu menerusi pembacaan.
● Tahun lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur berjaya menyumbangkan lebih 16,000 buku kepada rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim di Lembah Klang.
● Sepanjang 2019, Jualan Buku Big Bad Wolf telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai organisasi penerima manfaat di seluruh negara, mengumpul dan mendermakan lebih 35,000 buku. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ulat buku dermawan dari Pahang, Johor, Sabah, Sarawak Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Kedah dan Melaka!
● Inisiatif ini tidak berakhir di Malaysia, sebaliknya Red Readerhood telah banyak membantu masyarakat kurang bernasib baik di peringkat antarabangsa di negara-negara seperti Filipina, Indonesia, Taiwan, Myanmar, Korea Selatan, Pakistan dan banyak lagi.

BBW KL 2019 RRH _01

Tahun ini, sempena dengan Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur, Red Readerhood telah bekerjasama dengan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan global iaitu Friends to Mankind (FtMK) Malaysia bagi menjayakan projek The Book Effect.

Projek The Book Effect adalah sebuah projek sepanjang tahun yang menyasarkan untuk mengumpul 10,000 buku bagi membina perpustakaan untuk beberapa sekolah anak yatim dan pelarian di sekitar Lembah Klang. Bukan setakat itu sahaja, mereka turut merancang untuk memupuk minat suka membaca di kalangan anggota masyarakat menerusi aktiviti seperti kelab buku, sudut membaca komuniti, sesi membaca khusus oleh pelajar kolej untuk kanak-kanak di perpustakaan awam tempatan dan banyak lagi aktiviti lain bagi menyebarkan keseronokan membaca.

Sebagai permulaan, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019 berikrar untuk menyumbangkan 1,000 buku dan telah berjaya mengumpul lebih 11,000 buku dalam tempoh 10 hari yang lalu. Para pengunjung digalakkan untuk membeli buku di Jualan ini dan mendermakannya demi usaha murni berkenaan di sudut Red Readerhood di sepanjang tempoh 24 jam selama 11 hari, Jualan ini diadakan. Sila singgah ke sudut ini yang terletak bersebelahan dengan kaunter pembayaran di Jualan Buku berkenaan!

Sudut aktiviti Friends to Mankind di Jualan Buku

Selain daripada itu, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019 turut menjadi tuan rumah kepada 120 anak-anak bekas penagih dadah yang sedang menjalani pemulihan di bawah seliaan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di Jualan ini. Aktiviti ini dianjurkan di bawah Projek Amal, sebuah inisiatif oleh PEMADAM. Kanak-kanak berusia di antara 7 hingga 16 tahun berkenaan berpeluang bersemuka dan beramah mesra dengan Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books, Andrew Yap serta Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Selangor, Daing Muhammad Reduan. Kanak-kanak tersebut telah dihiburkan dengan sesi bercerita sebelum dibawa meninjau Jualan Buku berkenaan dan memilih buku kegemaran mereka sambil diiringi oleh para sukarelawan. Projek Amal ini dianjurkan dengan tujuan untuk memupuk minat suka membaca di kalangan kanak-kanak semasa cuti sekolah hujung tahun dengan harapan semoga tabiat berkenaan terus berkekalan.

Jangan lepaskan peluang untuk turut sama menyumbang kepada inisiatif Red Readerhood sambil anda berbelanja di Jualan Buku Big Bad Wolf.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai acara utama serta pertandingan yang dianjurkan semasa Jualan Buku berkenaan, sila muat turun aplikasi Wolf Pack di http://www.bigbadwolfbooks.com/download dan ikuti:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif Friends To Mankind, sila kunjungi: https://www.friendstomankind.org/bookeffect/.